Pernahkah kita berfikir, berapa orang yang meninggal dunia di negara kita selama satu bulan ? Atau selama satu tahun? Atau bahkan setiap hari di seluruh penjuru bumi ini ? Ketetapan Allah terus berjalan. Ada yang lahir ke dunia dan sebahagian lagi meninggal dunia. Suatu saat nanti, pasti kita akan mendapatkan giliran. Ini sebuah realiti kehidupan yang tidak boleh dielakkan. Namun sayang, ramai orang yang lupa akan kematian.

Padahal dahulu Rasulullah saw banyak membicarakan tentang kematian kepada para sahabat supaya hati mereka hidup. Ini sangat berbeza dengan realiti hari ini. Betapa banyak program yang dibuat, untuk mengalihkan perhatian kita dari kematian. Padahal kita sangat memerlukan untuk menyedarkan kita dari kelalaian dan melunakkan hati yang sudah mengeras !! Kalau kita jawab dengan jujur, siapakah yang lebih memerlukan terhadap pembicaraan tentang kematian, kita ataukah para sahabat Rasulullah s.a.w ? Jawabnya, tentu kita.

“Perbanyaklah mengingat sesuatu yang melenyapkan semua kelazatan iaitu kematian!” (HR. Tirmidzi)

Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.

9 Tajuk Kuliah Pendek Berkenaan Kematian. Sila Klik link di bawah untuk tontonan lanjut.

1) Hormat Jenazah 

2) Seksa Mayat 

3) Besarnya Pahala Ziarah Kubur

4) Ganjaran Lalu Di Perkuburan

5) Doa Orang Soleh 

6) Lapangkan KuburKu

7) Ketahui Cara Selamatkan Diri dari Himpitan Kubur

8) Sedetik Ke Barzakh

9) 7 Akhlak Orang Hidup Terhadap Si Mati

Cukuplah kematian sebagai nasihat bagi orang yang hidup, kerana kematian memberikan banyak pelajaran, membingkai makna hidup, bahkan mengawasi alur kehidupan agar tidak menyimpang. Nilai-nilai pelajaran yang ingin diungkapkan oleh kematian begitu banyak, menarik, bahkan menenteramkan. Dengan begitu mengingat kematian dapat mendorong meraih kejayaan dalam kehidupan.

 

Call Now Button