Alhamdulillah, bulan Ramadhan yang penuh barakah. Bulan ini Fatehteam telah terbitkan 2 Cd Kompilasi iaitu Senafas Ke Barzakh dan Cd Bacaan Ruqyah oleh Ustaz Hadi Talha.

Tajuk yang diberikan Senafas Ke Barzakh adalah kompilasi 10 Kuliah terawal dari Kuliah Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat yang di sampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani. Menceritakan tentang perihal sebelum kematian.

Kita hanya ada senafas lagi sebelum ke alam barzakh. Bila senafas terakhir itu dunia yang fana ini akan beralih ke satu dunia yang asing bagi kita iaitu alam barzakh. Kita akan tinggal sendirian di sana berbekalkan amalan kita di dunia. Jika banyaknya amal soleh, insyallah kita tak sunyi di sana. Al Quran peneman kehidupan kita di sana. Jika hari ini kita jauh dengan Al Quran, bagaimana Al Quran itu akan menjadi teman kita?

Cd Kompilasi Senafas Ke Barzakh ini diterbitkan untuk masyarakat tahu tentang persediaan sebelum dan selepas kematian. Saya sentiasa berpesan pada para jemaah. Mak cik dan pak cik selalu datang ke kuliah. Saya yakin mak cik dan pak cik dah hadam ilmu-ilmu ini. Tapi bagaimana dengan anak-anak, jiran tetangga, saudara mara? Adakah mereka tahu tentang ilmu ini. Sekiranya kita berada pada saat sakaratul maut, ahli keluarga akan tahu apa yang mereka perlu lakukan. Jadi berwasiatlah pada ahli keluarga kita apa yang mereka perlu lakukan untuk kita saat kita hampir sakaratul maut. Apa yang perlu mereka baca. Perkataan apakah yang perlu mereka keluarkan. Bagaimanakah untuk menjadi anak yang soleh?

Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut. Dengarilah Cd Kompilasi Senafas Ke Barzakh agar kita boleh berwasiat pada keluarga kita apa yang kita ingin mereka lakukan untuk kita saat menghampiri Sakaratul Maut.

Dengarilah duhai anak-anak. Ada impian besar di hati ibu bapa untuk anak-anak faham ilmu ini. Jika anak-anak ada 10 orang. Tak semestinya kena beli 10. Beli satu sudah memadai. Bila seorang dah dengar, bagi orang lain dengar.

Bayangkan 1 keluarga ada 4 orang anak. 10 keluarga dah ada 40 orang anak. Dipasang dalam kereta. Masyallah, mudah nya ilmu tersebut tersebar. Saya yakin akan lahirnya baitul muslim.  Lantas ke arah masyarakat muslim. Pasti masyarakat kita akan harmoni tanpa persengketaan, permusuhan dan jenayah.  

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Sedetik Ke Barzakh

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Sila Klik Gambar Ini :

Call Now Button