Di sini ingin Fatehteam ingin berkongsi  cara yang biasa diamalkan oleh para muslimin hari ini untuk khatam al-Quran dalam tempoh 30 hari terutamanya apabila berada dalam bulan Ramadhan. 

Cara ini adalah cara yang paling mudah, tidak membebankan dan tidak mustahil dicapai oleh semua.  Tinggal sahaja keazaman dan kerajinan.

Berikut caranya:

Dalam al-Quran mus-haf Uthmani, setiap juzuk al-Quran telah dicetak dengan ayat-ayat al-Quran sebanyak 20 muka surat. Bermakna setiap juzuk ada 20 muka surat.

Kita bahagikan 20 muka surat itu kepada 5, iaitu bilangan solat fardhu: Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isya’. 20÷5=4. Bermakna setiap solat fardhu, kita hanya membaca 4 muka surat.

Bagi meringankan lagi, kita bahagikan 4 muka surat itu kepada 2 bahagian, iaitu:

2 muka surat sebelum solat fardhu
2 muka surat selepas solat fardhu
Dengan beristiqamah melakukannya pada setiap kali solat fardhu selama 30 hari, insyaALLAH kita bakal mengkhatamkan al-Quran yang padanya ada 30 juzuk itu.

 

 

Ustaz Rahim Nasir

Tajuk : Tadarus Al Quran

Sinopsis : Tips Khatam Al Quran dengan mudah di bulan Ramadhan 

 

Doa Khatam Al Quran

اَللَّهُمَّ ارْحَمْنِيْ بِاْلقُرْآنْ
ALLOHUMMAR_HAMNI BILQUR’AAN,
Ya Allah rahmatilah saya dengan al Qur’an.

وَاجْعَلْهُ لِيْ إِمَامًا وَنُوْرًا وَهُدًا وَرَحْمَةْ
WAJ’ALHU LII IMAAMAW WANUROW WAHUDAW WARO_HMAH
Jadikanlah Al Qur’an bagi saya sebagai imam, cahaya, petunjuk dan Rahmat

اَللَّهُمَّ ذَكِّرْنِيْ مِنْهُ مَا نَسِيْتُ
ALLOHUMMA DZAKKIRNII MINHU MAA NASIITU
Ya Allah  ingatkan-lah saya andaikan terlupa dari ayat-ayat Al Qur’an

وَعَلِّمْنِيْ مِنْهُمَا جَهِلْتُ
WA ‘ALLIMNI MINHUMAA JAHILTU
Ajarkan saya dari padanya yang saya belum tahu

وَارْزُقْنِيْ تِلاَوَتَهُ آنَاءَ الْلَيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارْ
WARZUQNII TILAAWATAHU AANA ALLAILI WA ATROOFAN NAHAAR
Kurniakanlah kepadaku untuk  membaca Al Qur’an di tengah malam dan siang hari

وَاجْعَلْهُ لِيْ حُجَّةً يَا رَبَّ اْلعَالَمْيِنَ.
WAJ’ALHU LII _HUJJATAN YAA ROBBAL ALAMIIN.
Jadikanlah Al Qur’an bagiku sebagai pedoman Wahai Tuhan semesta Alam.

Sila Klik Gambar Di Bawah Ini Untuk Dapatkan Pendrive Ramadhan;)

Semoga kita diberi hidayah dan taufiq oleh ALLAH Ta`ala, amin…

Call Now Button