Antara fadhilat bulan Ramadhan ini dapat kita fahami daripada hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim yang bermaksud: “Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka serta dibelenggu semua iblis dan syaitan“.

Setelah mengetahui beberapa rahsia dan hikmah puasa Ramadhan, maka kita hendaklah mempersiapkan diri untuk menyambut kedatangannya dengan penuh keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Antara persiapan yang boleh dilakukan bagi menyambut kedatangan Ramadhan adalah seperti yang berikut:-

1. Mengulangi kembali ilmu yang berkaitan dengan puasa agar kita memasuki dan menjalani amalan puasa ini dengan pengetahuan dan pedoman yang baik dan sempurna. 

2. Membuat persiapan dari segi rohani dengan memperbanyakkan taubat kepada Allah dan bermaafan sesama manusia. 

3. Memperbanyakkan doa agar Allah memberikan kesihatan, tenaga, kelapangan dan kesempatan mengerjakan puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayahNya supaya kita dapat menunaikan puasa dengan hati yang jujur, tulus ikhlas dijauhi dari sifat riak, ujub dan daripada segala rupa penyakit hati yang menghilangkan pahala puasa. 

4. Menguatkan semangat untuk melaksanakan puasa dengan sempurna agar kita memperoleh ketaqwaan kepada Allah s.w.t. 

5. Memperbanyakkan amalan-amalan soleh dan amalan-amalan kebajikan di dalam bulan Ramadhan.

Kami di Fatehteam mengumpulkan Kuliah dan Tazkirah Ramadhan dari beberapa murabbi sebagai persediaan ilmu untuk kita beramal sepanjang menempuh ramadhan.

Pendrive Ramadhan mengumpulkan koleksi Kuliah dan Tazkirah Ramadhan sebagai persediaan kita menyambut Ramadhan.

Semoga dengan pengisian di dalam Pendrive Ramadhan ini menjadikan Ramadhan kita lebih baik dari Ramadhan sebelum ini.

Pendrive Ramadhan
✅53 Kuliah/Tazkirah
✅29 Murabbi
✅Durasi 20 Jam
✅Audio (mp3)
✅Keluaran Limited Edition
✅Terhad Untuk 100 orang sahaja.

Hubungi Fatehteam untuk dapatkan HARGA PROMOSI SEMPENA RAMADHAN khas bagi tuan puan yang melayari website ini.

Tempahan : http://www.wasap.my/60196066697/PendriveRamadhanPR

SILA KLIK GAMBAR INI :


%d bloggers like this: