Website IPD-01

Di antara jiwa yang bermasalah bila kita buat zalim pada diri sendiri. Antara kezaliman yang kita buat pada diri sendiri adalah solat tidak khusyuk, buat sesuatu tidak ikhlas, ambil hak orang dan pelbagai lagi.

Islam sentiasa minta kita bersihkan hati dari kekotaran jiwa.

Berbuat dosa menggelapkan hati. Ia akan menjadikan diri kita munafik dan bersifat hipokrat. Perangai munafik bila bercakap berbohong. Bila berjanji tipu. Bila di beri amanah khianat. Contohnya bila jadi suami. Khianat pada isteri dengan abaikan amanah sebagai seorang suami. Dan sebaliknya. Bahaya perangai munafik dalam rumah tangga. Dengan adil beradik akan bermusuh bila ada sifat munafik. Apatah lagi pada negara.

Orang munafik depan kita baik. Belakang kita tikam kita. Bercakap buruk-buruk berkaitan kita.

Orang mukmin itu ada adab. Jangan samakan orang Islam dengan orang kafir.

Bila hati kotor akan jadi ragu-ragu pada agama. Bila hati keras susah nak dengar nasihat. Kita akan jumpa banyak perangai macam ni dalam perjalanan hidup kita. Bila solat kata nak tunjuk warak. Bila kita bagi nasihat kata nak tunjuk baik.

Konsep agama mendidik hati. Contoh kita hantar anak belajar Quran. Bukan untuk mendidik jasad. Tapi mendidik hati. Didik ruhhiyah dengan tarbiyyah.

Bila bertembung di antara maksiat dan ibadah. Mana lagi kuat? Contoh kita minta anak kita baca quran dengan tengok tv. Mana yang di pilih?

Bila hati bersih, kita akan melihat sesuatu yang baik atau ujian itu dengan pandangan hati yang baik.

Allah sentiasa memberi rahmat pada kamu daripada kegelapan dan di beri cahaya.

Wudhuk adalah kosmetik anugerah Allah. Cahaya yang jernih dari wajah orang berwudhuk. Sedekah, zikir, baca Quran adalah bahan kosmetik terbaik untuk jasad dan rohani.

Allah nak keluarkan kita dari kegelapan adalah dengan ilmu. Tanpa ilmu kita akan hidup dalam masalah yang tak sudah.

Nampak mata celik, telinga dengar serta lidah boleh bercakap secara zahirnya. Tetapi batinnya Allah butakan mata, telinga pekak dan lidah bisu , maka matilah hati itu. Itu gambaran orang yang ingkar dan langgar perintah Allah. Hidup akam terus di belai dengan maksiat.

Hidup ini adalah satu perjalanan pulang ke negeri akhirat yang kekal abadi. Oleh itu marilah kita persiapkannya supaya apabila kita pulang nanti kita dapat meninggalkan kehidupan ini dengan penuh makna dan kebaikan buat orang lain yang pernah mengenali dan pernah berada bersama kita.

Moga-moga kita terpelihara dari penyakit hati.

NOTA KULIAH DARI KITAB INDUK PENSUCIAN DIRI (IPD 164)

πŸ’šKULIAH DHUHA – IPD 164 
Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kitab Induk Pensucian Diri
Masjid Masjid Negeri Shah Alam

Terbitan : Fatehteam
.
PERCUMA!!!
Sertai Telegram Fatehteam Channel:
Dengan Click Link:
πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡
https://goo.gl/w4StP5
.
Facebook: https://www.facebook.com/teamfatehteam
Youtube: https://www.youtube.com/fatehteam
.
.
Ceramah Agama , Kiamat , Ustaz Ahmad Dusuki , Kematian , Kuliah Agama , Ustaz Dasuki , Ceramah Agama Islam , Ustaz Dusuki , Ustaz Ahmad Dasuki , Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani , Ustaz Dasuki Abd Rani , Fatehteam , Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat , Induk Pensucian Diri, IPD 164 , [210116]

 

Memaknai Kehidupan Dengan Hati Yang Bersih – Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 

 

Dapatkan Koleksi Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani menerusi Kitab Induk Pensucian Diri dari awal pengajian hingga pengajian terkini. Klik gambar di bawah untuk ke link koleksi Kuliah Kitab Induk Pensucian Diri (IPD)

 

 

 

Call Now Button