Apakah yang dikatakan dengan ujian luaran dan dalaman? Dugaan? Cabaran?

Ujian luaran dan dalaman berkait rapat dengan mereka-mereka yang diperdayakan dengan beberapa perkara yang memperdayakan dalam hidup ini.

Kita akan berhadapan dengan banyak ujian bila kita pilih untuk bersama dengan islam. Ujian ini dipanggil ujian luaran. Ujian yang cuba memperdayakan kita supaya kita tidak mati dalam keadaan islam. Berdasarkan pada hadis Rasulullah dan juga berasal daripada ayat-al Al-Quran. Banyak sangat Allah ceritakan tentang bagaimana tipudaya yang dibuat oleh luaran. Luaran kita ni memperdayakan kita.

Kemudian yang kedua ialah dalaman. Dalaman yang memperdayakan kita ni pun salah satu masalah besar juga dalam hidup kita bila yang dalaman kita ni kita tak boleh nak kawal dan akhirnya kita terpedaya juga. Penyakit dalaman ini termasuklah ujub, kita terpedaya dengan diri kita sendiri. Antara benda yang memperdayakan kita ni dia menyebabkan kita termasuk dalam kalangan orang yang rugi.

Bila menghadap depan Allah tengok-tengok amalan kita ni kosong. Tiada apa-apa amalan. Dalam surah al kahfi ayat 110, Allah ceritakan mengenai orang yang masuk kubur tiba-tiba tengok kanan kira tiada amalan yang dibawa menghadap depan Allah. Sebut wahai Muhammad, orang yang bila dia masuk dalam kubur tiada apa-apa amalan yang dibawa menghadap depan Allah. Kenapa jadi demikian? Dia membiarkan perjalanan hidupnya terpedaya dengan dunia. Dia disesatkan dengan dunia.

Kadang-kadang orang kita ni, dia terpedaya dengan bahasa-bahasa sastera. Kalau waktu kita berdoa jangan guna bahasa yang pelik-pelik. Ada juga yang berkeinginan meraih kedudukan yang melebihi apa yang dimiliki oleh orang lain ataupun dia nak tunjuk yang dia ni hebat sangat. Juga dalam keadaan seperti kepimpinan dan kehormatan tetap terus berlangsungnya penglihatan yang menjadi persaksian dan akhirnya dapat mencapai kedudukan yang tertinggi di sisi zat Maha Pencipta

Nota Kuliah : Kitab Induk Pensucian Diri  (07_UAD-IPD 260-190718)

 

TAJUK : KELOMPOK TERPEDAYA
PENCERAMAH : USTAZ AHMAD DUSUKI

 

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Sila Klik Gambar Ini :

Call Now Button