Kesilapan besar anak-anak terhadap arwah ibubapa yang sudah meninggal dunia antaranya adalah :

1. Ada yang hanya menggantung gambar ibubapa di dinding-dinding rumah atau simpan gambar itu dalam dompet.

2.Ada yang suka simpan barang yang ditinggalkan oleh ibubapa, dijaga dengan baik atau diwariskan.

3. Ada yang sering pergi ke kubur hanya untuk bersihkan kuburan dan dicabut rumput.

4. Ada yang menangis dan bersedih sepanjang masa teringatkan arwah dan lain-lain.

Sebenarnya bukan itu sangat yang arwah ibubapa kita mahukan, harapkan dan perlukan. Semasa mereka berada di alam barzakh sana, ada yang lebih utama dari itu.

Sebagai anak kita wajib meneruskan bakti dan khidmat kita kepada arwah ibubapa kita. Di sana mereka teramat- amat menantikan doa dan kiriman pahala khas dari anak-anak mereka.

Yang mereka perlukan, antaranya ialah :

1. Doa keampunan dan rahmat Allah untuk mereka dari anak-anak.

2. Sedekah harta yang diniatkan pahalanya untuk mereka dari anak-anak.

3. Amal soleh yang dilakukan hasil didikan mereka dari anak-anak.

4. Anak-anak sering menyebut atau menceritakan apa saja kebaikan ibubapa.

5. Sedekahkan Al-Fatihah setiap hari untuk arwah ibubapa.

Setelah matinya seorang ibu atau bapa, segalanya sudah berubah. Di alam barzakh sana segala nikmat duniawi sudah tidak bermakna lagi… hilang sudah senda gurau, gelak tawa, main main, perhiasan indah atau harta dunia.

“… yang bernilai di sana hanya pahala yang dibawa atau yang dikirim…”

Ingatlah..hari ini kita sebagai anak, esok lusa kita mati amalan yang sama kita perlukan pada anak kita.

Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut.

Wallahu a’lam…

Ziarah Alam Barzakh : http://www.fatehteam.com/ziarah-ke-alam-barzakh/

 

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Larangan Ketika Ziarah Mayat

Dapatkan Pendrive Persiapan Kematian untuk Muhasabah Iman.

Sila klik link atau gambar di bawah 👉 http://nak.la/ppk

Call Now Button