Jika rumah kita kemas dan tersusun, kita akan sentiasa bersedia untuk meraikan tetamu. Begitu juga kehidupan kita. Jika sentiasa melakukan amal soleh, kita sentiasa bersedia untuk bertemu Allah. 

Ajal itu datang tepat pada waktunya. Tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat. Sentiasa berdoa penuh harap pada Allah moga Allah akhirkan hidup kita dalam husnul khotimah. 

Hidup adalah untuk mati. Dan alam kematian kembali hidup untuk bersoal jawab dengan malaikat munkar dan nakir. Kembali dimatikan dan dihidupkan untuk hisab dalam perjalanan mahsyar yang panjang

Keputusannya sama ada syurga dan itulah kejayaan yang besar untuk kita atau neraka kegagalan yang membawa penderitaan tanpa sudah. Raihlah cinta, kasih, berkat dan rahmat Allah di dunia. 

Dunia adalah ladang amal sebelum sampai ke akhirat transit terakhir. Kalam Allah Surah Al Mukminun , Ayat 37

إِنْ هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا نَحْنُ بِمَبْعُوثِينَ

“Tiadalah hidup yang lain selain dari hidup kita di dunia ini. Kita mati dan kita hidup (silih berganti) dan tiadalah kita akan dibangkitkan hidup semula.

Sekadar gambar hiasan

Mabuk MATI. Pasti akan dilalui oleh kita suatu hari nanti bila tiba masanya. Bagaimana kita nak kenali mabuk mati itu?

Mabuk ni ada banyak jenis. Ada mabuk ubat, mabuk kapal terbang, mabuk cinta, mabuk dunia, mabuk shopping dan macam-macam mabuk lagi maka mati pun ada mabuk juga.

Apa ciri utama yang berlaku pada mabuk mati ialah terputus hubungan roh dengan dunia. Dia tidak lagi berada di alam sedar tetapi dia berada pada alam mabuk mati.

Apa yang berlaku pada alam mabuk mati?

Wajib tonton dan belajar, agar kita boleh bantu mereka yang sedang mabuk mati atau dipanggil sakaratul maut dan orang sekeliling kita boleh bantu saat kita menghadapi sakaratul maut.

Setiap orang pasti melalui saat ini nanti. Dan pasti kita nak ahli keluarga kita tahu apa perkara perlu dilakukan saat kita sedang menghadapi sakaratul maut.

Tajuk : Mabuk Mati
Penceramah : Dr Azahar Yaakub

Bagaimana Keluarga Membantu Saat Sakaratul Maut ? Katakan saat salah seorang ahli keluarga kita sedang nazak, apa kita perlu buat? Kena baca yasin ke? Kena baca doa ke? Atau kena buat apa?

Topik ini sangat penting untuk kita dan anak-anak tahu sekiranya salah seorang ahli keluarga kita sedang nazak dan akan menghadapi sakaratul maut. Apa step yang perlu dilakukan untuk membantu meringankan beban mereka yang sedang nazak dan dalam keadaan mabuk mati.

Wajib tonton dan belajar, agar kita boleh bantu mereka yang nazak dan orang sekeliling kita boleh bantu saat kita hampir nazak.

Tajuk : Bagaimana Keluarga Membantu Saat Sakaratulmaut
Penceramah : Ustaz Dr Azahar Yaakub

Pendrive Persiapan Kematian mengumpulkan koleksi Kuliah dan Tazkirah Persiapan Kematian. Boleh di dengar bersama ahli keluarga.

Orang yang paling bijak adalah orang yang mengingati kematian. Kerana mengingati kematian itu boleh menghubungkan silaturrahim, mencantikkan ibadah, dan memperbaikkan sesuatu pekerjaan.

Semoga dengan pengisian di dalam Pendrive Persiapan Kematian ini menjadikan kehidupan kita lebih baik setiap hari.

Pendrive Persiapan Kematian
✅44 Kuliah/Tazkirah
✅7 Murabbi
✅Durasi 18 Jam
✅Audio (mp3)
✅Keluaran Limited Edition

Dapatkan segera. Boleh dengar bersama anak-anak dan keluarga.

Tempahan , Sila layari link ini : http://nak.la/ppk

SILA TEKAN CAMBAR TEMPAH SEKARANG :

👇

Call Now Button