Maaf “Memaafkan memang tidak mudah. Namun buah memaafkan membuat anda awet muda. Orang pemaaf hidupnya dipermudah. Orang pendendam hidupnya diperbudak. Memaafkan itu membuat sihat. Sihat membuat badan jadi seksi. Makanya memaafkan itu sangat seksi. Orang seksi enak dilihat. Orang seksi banyak anak. Banyak anak banyak rezeki. Makanya memaafkan itu banyak anaknya.” Memaafkan itu tak rugi malah menguntungkan diri kita serta ummah.”

 

Bukankah kita ketika berbuat salah juga ingin dimaafkan? Kerana itu maafkanlah dia.

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah bersabda :“Barangsiapa yang didatangi saudaranya yang hendak meminta maaf ,hendaklah memaafkannya,apakah ia berada dipihak yang benar ataukah yang salah, apabila tidak melakukan hal tersebut (memaafkan) , nescaya tidak akan mendatangi telagaku (di akhirat) (HR Al-Hakim)

Rasulullah s.a.w memiliki karakter pemaaf yang sangat hebat. Kita selalu mendengar kisah Rasulullah saw. Antaranya peristiwa yang berlaku di Taif di mana Rasulullah saw dalam usaha baginda mengembangkan Islam. Disebabkan penduduk Makkah menolak usaha dakwah yang disampaikannya, baginda berusaha pula mengajak penduduk Taif kepada Islam. Usaha Nabi saw bukan hanya ditolak, tetapi ditentang dan dibaling batu oleh pemuda Bani Thaqif sehingga kaki baginda. 

Bagaimanapun, Rasulullah saw tetap mendoakan mereka supaya mendapat pengampunan Allah SWT walaupun ditawarkan Malaikat Jibrail untuk membinasakan mereka.

Pendekatan diambil baginda adalah memaafkan serta mendoakan mereka supaya dikurniakan pengampunan dan hidayah.

Perbuatan sakit hati, mudah marah, menyimpan kebencian serta dendam pada orang lain akan menggganggu kesihatan jasmani seperti stres dan meningkatkan tekanan  Ia akan membelenggu jiwa dengan kesedihan dan kebencian

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya (perbuatan) yang demikian itu termasuk hal yang diutamakan.” (Surah as-Syuraa, ayat 43).

Begitulah karektor pemaaf yang dimiliki Rasulullah SAW yang patut diteladani setiap manusia.

Jika seseorang datang untuk meminta maaf, maka baginda terus memaafkan orang itu.

Untuk menjadi seorang yang mampu memaafkan orang yang melakukan kesalahan kepada kita memerlukan jiwa yang besar.

Orang yang memaafkan sedangkan dia berada di pihak yang benar adalah kemuliaan buat dirinya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199)

Allah swt berfirman yang bermaksud: “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang setimpal, tetapi barang siapa memaafkan dan berbuat baik (kepada orang yang berbuat jahat) maka pahalanya daripada Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang zalim.” (Surah asy-Syura, ayat 40)

Memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas. Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

“Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah memberinya maaf pada hari kesulitan (HR Ath-Thabrani)

“Barangsiapa senang melihat bangunannya dimuliakan, darjatnya di tingkatkan , maka hendaklah dia mengampuni orang yang bersalah kepadanya, dan menyambung (menghubungi) orang yang pernah memutuskan hubungannya dengan dia “ (HR Al-Hakim)

“Jika hari kiamat tiba , terdengarlah suara panggilan, “Manakah orang-orang yang suka mengampuni dosa sesama manusianya?” Datanglah kamu kepada Tuhan-Mu dan terimalah pahala-pahalamu .Dan menjadi hak setiap muslim jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk surga.” (HR Adh-Dhahak dari ibnu Abbas Ra)

Memaafkan seseorang adalah suatu perkara yang sangat sukar dan bukan semua orang mampu melakukannya, dengan ikhlas.

Hanya mereka yang berjiwa besar sahaja mampu memberi maaf seikhlas hati.

Bagaimanakah kita?

Apakah senang untuk kita melupakan kesalahan seseorang terhadap kita?

Mampukah kita memberi kemaafan seikhlas hati?

Sama-sama kita dengarkan perkongsian dari ustaz. Semoga kita dapat manfaat bersama. InsyaAllah”

HIKAM: JOMTOJANNAH – KEMAAFAN YANG TERINDAH UNTUK YANG TERSAYANG

 

Penceramah : Ustaz Dr Azahar Yaakub
Tajuk : Kemaafan Yang Terindah Untuk Yang Tersayang

 

Bahagia Itu Di Hati : https://goo.gl/CeyBCT  

Sila Klik Gambar Di Bawah : 

 

Sumbangan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz : https://goo.gl/ghXoJF

Sila Klik Gambar Di Bawah : 

 

Jom dapatkan kuliah Ustazah Norhafizah Musa di page Facebook JomToJannah: www.facebook.com/jomtojannah

Sila Klik Gambar Di Bawah : 

Call Now Button