HORMAT JENAZAH

Bila bercakap bab kematian semua takut. Ada yang menjawab Tak bersedia untuk tahu. Hakikatnya kematian itu bila-bila akan datang dalam hidup kita.

Pernah tak kita beritahu ahli keluarga kita apa yang perlu di buat saat jenazah kita masih ada di dalam rumah. Apa adab mereka dengan jenazah kita? Siapa yang kita harapkan untuk menziarahi jenazah kita. Adakah rakan segosip kita? Atau rakan-rakan yang sentiasa menasihati kita dan menyebut kebaikan kita.

Apa peranan jiran tetangga kita saat kita tiada?

Adakah sama budaya masyarakat kita hari ini dengan apa yang ustaz terangkan iaitu adab dengan jenazah.

Kita bakal jenazah. Orang yang kita sayang juga bakal jenazah. Moga ilmu ini membantu kita semua saat kita perlukan. Dan pasti kita akan ingat kuliah ini suatu hari nanti.

 

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Hormat Jenazah

Ziarah Ke Alam Barzakh : http://www.fatehteam.com/ziarah-di-kuburan/
Sila Klik Gambar Ini :

 

Call Now Button