DOA MIHRAB

doamihrab

 

 

 

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum wbt.

SubhanaAllah, Walhamdulillah wa La Ilahaillah, Allahhuakbar, La Haulawala Quwwata Illa Billahhil’aliyyul ‘azim.

Sahabat-sahabat, muslimin muslimat, tuan-tuan, puan-puan, anak-anak yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah.

Hari ini benar-benar ustazah menyatakan kesyukuran kepada Allah kerana hajat kita semua untuk ustazah menghasilkan Ebook Doa Mihrab telah pun dapat terlaksana. 

Ebook Doa Mihrab ini mengandungi koleksi doa yang ustazah kongsikan dalam ceramah-ceramah ustazah. Biasa kalau sharekan doa, amalan doa, nantikan adalah audience yang datang, sahabat-sahabat yang datang. “Ustazah tolong tuliskan”, “Ustazah makcik nak ambik dekat mana doa ni?”, “Ustazah apa fadhilat doa ni dan sebagainya?”.


Alhamdulillah dalam Ebook Doa Mihrab  ini hasil dari kompilasi doa yang ustazah kongsikan dalam ceramah ustazah. Dalam Ebook Doa Mihrab ini dinyatakan sumber amalan, fadhilatnya dan dinyatakan pengalaman ustazah sendiri ketika mana mengamalkan doa-doa ini. 


Dalam Pakej Ebook Doa Mihrab  ini juga,di berikan  beberapa koleksi video tazkirah Ustazah Norhafizah Musa yang boleh di dengar, difahami, diamalkan dan dikongsikan dengan semua yang lain. Boleh dikeluarkan dalam Ig, Facebook masing-masing bahkan boleh dijadikan sebagai idea pencetusan, idea untuk diberikan tazkirah dimana-mana, disyarikat ataupun dirumah masing-masing. Jadi bukan sahaja Ebook Doa Mihrab  bahkan tuan puan juga dapat koleksi ceramah dan tazkirah secara audio dan visual. 


Sahabat-sahabat, tuan-tuan dan puan-puan sekalian, segera dapatkan Ebook Doa Mihrab  ini yang ustazah berikan secara esklusif kepada tuan-tuan dan puan-puan sekalian sebagai satu hadiah yang berharga. Cuma ada pembelian yang harus dilakukan dan semua itu juga adalah sebahagian daripada sumbangan tuan-tuan dan puan-puan kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Bantu ustazah, bantu tahfiz kami untuk mensasarkan sebanyak unit yang boleh. Sebagai satu cara kami memberi kepada kalian dan kalian juga memberi dan membantu Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. 


Sekian, terima kasih atas sokongan semua. 

Dari : Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa

Sinopsis 

Ebook Doa Mihrab menghimpunkan koleksi doa harian dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis nabi saw yang Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa amalkan  dalam kehidupan seharian. Ebook Doa Mihrab merangkumi koleksi doa, huraian dan pengalaman Ustazah agar setiap pembaca dapat menghayati, memahami dan memaknai setiap doa yang dibaca hingga ke lubuk hati. Ebook Doa Mihrab Ini boleh di amalkan setiap kali selepas solat dan dalam kehidupan seharian individu muslim. 

Ebook Doa Mihrab

Tajuk : Doa Mihrab
Pengarang : Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa
Mukasurat : 61 Halaman

Call Now Button