Bila meninggal, siapa akan bacakan doa untuk kita?

Di saat orang meninggal dunia, mereka sangat memerlukan sokongan orang yang hidup iaitu DOA.

Bagi Orang yang meninggal dunia, mereka bangga kerana ada orang soleh yang datang menziarahi mereka. Lalu membacakan doa untuk mereka saat mereka memerlukan.

Jika orang soleh datang ziarah jenazah, mereka tidak berbicara tentang dunia. Mereka akan bacakan doa dan banyakkan sebut kebaikan si mati agar pahalanya hidup.

Mesti kita inginkan ramai orang soleh datang ziarah kita saat kita meninggal dunia.

Oleh itu ramaikan bersahabat dengan orang yang soleh. Lahirkan anak-anak dan keluarga yang soleh. Jadikan mereka sebagai saham untuk kembangkan pahala kita di dunia dan di akhirat.

Beruntunglah bila mana kita meninggal dunia, ramai orang soleh datang ziarah jenazah kita dan bacakan doa untuk kita.

Orang soleh itu mungkin anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat , jiran- jiran atau rakan sekerja kita. Oleh itu pentingnya untuk kita lahirkan ramai masyarakat islam yang soleh.

Moga kita dikalangan orang yang beruntung.

 

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Doa Orang Soleh

Ziarah Ke Alam Barzakh : http://www.fatehteam.com/ziarah-di-kuburan/

Sila Klik Gambar Dibawah Untuk Dapatkan CD Kuliah Ziarah Alam Barzakh :👇👇👇👇

 

Call Now Button