SANTAI GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS)

TARIKH : 31 DISEMBER 2015

TEMPAT : DATARAN KEMERDEKAAN, SHAH ALAM

 

Poster Tonton Rakaman AMBANG16-01

IMG-20151230-WA0038

 Tentatif Program

7.15 MLM : AZAN MAGHRIB OLEH BILAL

7.25 MLM : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN DOA

7.45 MLM : SEMBANG SANTAI BERTAJUK RINDU RASULLAH SAW

8.15 MLM : KETIBAAN YAB DATO’ MENTERI BESAR

8.30 MLM: AZAN ISYAK & SOLAT ISYAK BERJEMAAH DAN DOA

8.45 MLM: SEMBANG SANTAI GEJALA SOSIAL

8.55 MLM: FORUM SANTAI BERSAMA UST HASLIN DAN UST ABDULLAH KHAIRI 

10.00 MLM: DISKUSI PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

10.30 MLM: SEMBANG SANTAI AMBANG 2016

11.50 MLM: PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENCERAMAH & SELEBRITI

11.58 MLM: DOA DAN PENUTUP

AMBANG16 – DIANA AMIR SAJAK


AMBANG16 – SEMBANG SANTAI DIANA AMIR 

 


 

AMBANG16 – USTAZ HASLIN DAN USTAZ ABDULLAH KHAIRI 


 


 

AMBANG16 – SEMBANG SANTAI AFDLIN SHAUKI 

 


 

AMBANG16 – ABAM BOCEY 

 


 

AMBANG16 – BOCEY, SHIRO DAN AFDLIN SHAUKI 

 


 

AMBANG16 – USTAZ AZHAR IDRUS

 

Tentatif Program

7.15 MLM : AZAN MAGHRIB OLEH BILAL

7.25 MLM : SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN DOA

7.45 MLM : SEMBANG SANTAI BERTAJUK RINDU RASULLAH SAW

8.15 MLM : KETIBAAN YAB DATO’ MENTERI BESAR

8.30 MLM: AZAN ISYAK & SOLAT ISYAK BERJEMAAH DAN DOA

8.45 MLM: SEMBANG SANTAI GEJALA SOSIAL

8.55 MLM: FORUM SANTAI BERSAMA UST HASLIN DAN UST ABDULLAH KHAIRI 

10.00 MLM: DISKUSI PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT

10.30 MLM: SEMBANG SANTAI AMBANG 2016

11.50 MLM: PENYAMPAIAN CENDERAHATI PENCERAMAH & SELEBRITI

11.58 MLM: DOA DAN PENUTUP

 

Selebriti dan lebih 7,000 anak muda meriahkan Ambang 2016 GeMS

Jan 1 2016 / Naeem Raffi

Oleh: NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 1 JAN: Santai GeMS (Generasi Indaman Selangor) Ambang 2016 di Dataran Kemerdekaan berlangsung meriah apabila dihadiri kira-kira lebih 7,000 orang malam tadi.

Penceramah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi, berkata lebih membanggakan apabila dianggarkan lebih 70 peratus hadirin pada sambutan tahun baru berkonsepkan santai dengan pengisian ilmu keagamaan bersulamkan hiburan itu merupakan anak-anak muda.

SANTAI GEMS“Kita dapat lihat kebanyakkan yang datang pada malam ini kebanyakkannya adalah anak-anak muda, tetapi kalau dahulu-dahulu susah kita nak lihat pemandangan seperti ini.

“Dahulu yang nak datang program seperti ini semuanya adalah ‘anak-anak muda’ berumur 60 tahun lebih,” kata Abdullah disambut dengan gelak ketawa hadirin yang hadir.

Selain Abdullah, sambutan itu dimeriahkan beberapa penceramah terkenal lain seperti Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Haslin Bollywood, dan Ustaz Mohd Jaafarudin Md Ali.

Artis terkenal tanah air seperti Yana Shamsuddin, Afdlin Shauki, Abam Bocey, Ajak dan Shahrul daripada kumpulan Shiro serta Diana Amir turut tidak mewarnai acara.

SANTAI GEMS 1Acara yang dimulakan dengan penampilan Mohd Jaafarudin dan Diana itu diteruskan dengan solat Isyak berjemaah yang dipimpin Imam Masjid Negeri.

Seterusnya, pentas dihangatkan dengan penampilan Ajak, Shahrul dan Yana Shamsuddin dengan lawak bersahaja yang sarat dengan unsur mendidik anak muda ke arah kebaikan.

Keadaan bertambah gegak gempita dengan gelak ketawa orang ramai apabila munculnya Ustaz Haslin Bollywood dan Ustaz Abdullah.

SANTAI GEMS 3Walaupun acara sambutan amat santai tetapi Haslin dan Abdullah sempat menjawab beberapa soalan agama yang berkisar gaya kehidupan anak muda oleh Ajak, Shahrul dan Yana.

Tidak cukup dengan itu, keadaan digamatkan lagi apabila muncul Afdlin Shauki dan Abam Bocey sebelum disertai Ajak dan Shahrul sekali lagi.

Afdlin dan Abam dalam lawaknya turut menyampaikan mesej kepada anak-anak muda supaya tidak berputus asa mengejar impian masing-masing.

Kira-kira jam 11.00 malam, tiba giliran yang dinantikan, penceramah bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyertai barisan pelawak yang sedia menunggu di pentas.

SANTAI GEMS 4Kehadiran beliau bukan sahaja untuk menjawab beberapa soalan agama, malah beliau turut memainkan ukalele di samping Ajak dan Abam menyampaikan lagu bertajuk Katak yang dipopularkan Mark Adam.

Kira-kira jam 12.00 malam sebagai penutup acara, Shah Alam digemakan dengan bacaan Asma Ul Husna oleh barisan selebriti di atas pentas dengan disertai Exco-exco Kerajaan Selangor dan orang ramai.

-nR-

Call Now Button