DUA DOSA YANG DIANGGAP RINGAN OLEH MANUSIA YANG MENJADI ANTARA SEBAB MENDAPAT SEKSA KUBUR

1. Tidak menjaga diri dari percikan air kencingnya sendiri dan juga tidak membersihkannya dengan baik

2. Mengadu domba dan memburuk-burukkan manusia pada mata orang lain.

Dalilnya adalah yang berikut:

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ

Dari Ibnu Abbas radiyallahu anhuma, beliau berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melewati dua buah kubur. Lalu baginda bersabda,

”Sungguh keduanya sedang diseksa. Mereka diseksa bukan kerana perkara besar (dalam pandangan keduanya). Salah satu dari dua orang ini, (semasa hidupnya) tidak menjaga diri dari kencing. Sedangkan yang satunya lagi, dia berjalan menyebarkan namiimah (mengadu domba).”

(Muttafaqun ‘alaih)

Semoga bermanfaat.

 

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Azab Kencing Berdiri

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Call Now Button