image
1. Baca ketika anda rasa mengantuk
Mungkin anda terasa pelik dengan nasihat ini.
Cuba baca buku beberapa minit sebelum anda tidur. Ini kerana semasa tidur, otak kita akan memperkukuhkan ingatan baru. Jadi anda mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengingati apa yang anda baca sebelum anda tidur tadi. (Sebagai peringatan, jangan membuat kerja-kerja yang berat semasa hendak tidur, kerana ini boleh menyebabkan anda sukar untuk tidur). Belajar selepas anda bangun tidur di waktu pagi juga membantu ingatan anda kerana masih banyak lagi ruang di dalam otak kita untuk diisi dengan maklumat baru.

2. Jarakkan masa belajar
Terdapat satu teknik belajar dipanggil ‘spaced repetition‘ yang pernah di terangkan di dalam majalah Harvard Magazine. Dalam teknik ini, anda perlu memecahkan maklumat kepada beberapa kelompok kecil dan membuat ulangkaji dengan kerap terhadap kelompok kecil ini. Sebagai contoh, jangan menghafal keseluruhan jadual berkala dalam satu hari. Sebaliknya, cuba hafal satu baris setiap hari dan lakukan ulangkaji baris tersebut sebelum menghafal baris yang baru.

3. Bercerita
Tukarkan maklumat yang perlu diingat kepada satu cerita yang luar biasa kerana cerita lebih mudah untuk diingati berbanding maklumat yang tidak mempunyai makna. Sebagai contoh buat satu cerita untuk anda menghafal formula di dalam matematik.

4. Belajar di tempat yang berlainan.
Ada kajian menunjukkan anda akan kurang cenderung untuk lupa jika belajar perkara yang sama di tempat yang berbeza-beza. Ini kerana, setiap kali anda bergerak (dari kelas ke perpustakaan, atau dari bilik tidur ke taman permainan), kita akan memaksa otak kita untuk membentuk kaitan yang baru dengan material yang sama. Ini akan menguatkan lagi memori tersebut.

5. Buat kuiz
Latihlah diri anda dengan membuat soalan-soalan ramalan ataupun percubaan. Ini dapat melatih diri untuk menjawab soalan seperti di dalam peperiksaan sebenar. Lagi susah soalan yang anda buat, lagi mudah untuk anda mengingatinya di masa akan datang.

6. Tulis atas kertas
Kajian menunjukkan kita semua akan menyimpan maklumat dengan lebih lama jika kita menulisnya berbanding dengan jika kita menaip atau sekadar membaca sahaja. Jadi, amalkan untuk membuat nota berkaitan pelajaran yang anda pelajari di sekolah atau di kuliah.

7. Baca dengan kuat
Membaca sesuatu dengan kuat bermakna anda akan mengingat dengan dua cara: melihat dan mendengar. Jika anda sentiasa lupa selepas membaca, cuba kali ini anda membaca sehingga anda boleh dengar apa yang dibaca.

8. Berkumpul bersama-sama
Tidak semua orang sesuai dengan belajar berkumpulan. Tetapi jika anda dapat faedah daripada bekerja bersama-sama, belajar berkumpulan adalah cara yang terbaik. Pilih beberapa orang kawan yang rajin untuk berkumpul bersama-sama dan mengulang kaji pelajaran. Lantiklah seorang ketua untuk membahagikan tugas dalam kumpulan dan memastikan setiap ahli kumpulan mencapai matlamat.

9. Beri ganjaran
Sentiasa memberi ganjaran kepada diri sendiri jika anda berjaya mencapai sesuatu matlamat. Teknik ini dapat membantu untuk memberi fokus ke atas tugas yang perlu diselesaikan.

10. Berehat yang mencukupi
Mengambil rehat yang mencukupi dapat meningkatkan produktiviti  dan fokus ke atas tugas yang dilakukan. Berhenti sebentar jika anda kerap melihat skrin komputer.

11. Bersenam
Jika anda bersenam, anda dapat merperkuatkan badan serta minda dengan serentak. Kajian mendapati, anda boleh mempertingkatkan kelajuan memproses otak dan pelbagai kebolehan kognitif lain dengan hanya setengah jam senaman aerobik.

12. Tidur dengan cukup
Ramai yang mengambil langkah untuk berjaga malam jika terdapat terlalu banyak subjek dan tajuk yang perlu di baca dan di ulangkaji. Tetapi, anda tidak semestinya akan dapat A jika anda tidak tidur. Malah ada kaitan rapat antara kekurangan dalam kemahiran berfikir dan sensitif terhadap stress dengan tidur yang tidak mencukupi. Cuba dapatkan masa tidur antara tujuh hingga sembilan jam pada hari-hari sebelum peperiksaan besar supaya usaha anda selama ini tidak menjadi sia-sia.

13. Coklat gelap (DARK CHOCOLATE IQ MINDA)
Coklat Gelap terbukti menjadi makanan yang cukup berkesan untuk mengawal kadar kolesterol dan tekanan darah tinggi.

Penemuan terbaru ini merupakan hasil penyelidikan dari University of Reading, Britain. Mereka menemui bahawa coklat gelap memiliki banyak kandungan flavanol yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak. Hasil kajian ini juga membuka spekulasi bahawa coklat Gelap juga membantu meningkatkan aliran darah ke retina untuk mempertajam penglihatan. Jadi Coklat Gelap dapat membuat pandangan semakin tajam dan meningkatkan kemampuan otak.

Coklat gelap ternyata mengandungi flavonoid yang memacu pembentukkan dan pertumbuhan sel saraf baru pada otak. Ini dapat meningkatkan kemampuan memori anda.

Makan coklat gelap dan pembebasan endorphines akan dirangsang dari otak anda. Endorphines bukan sahaja penahan sakit semulajadi malah dapat membantu mengubah emosi anda menjadi lebih tenang dan gembira. Jadi ia juga dapat mengurangkan kebimbangan ketika peperiksaan.

image

14.  Yang paling penting, buat apa yang selesa untuk anda
Sesetengah orang suka belajar pada waktu subuh. Sesetengah orang suka belajar pada waktu tengah malam. Sesetengah orang suka belajar berkumpulan manakala yang lain suka belajar bersendirian dan tidak mahu dikacau. Eksperimen untuk mencari apa yang efektif untuk anda, dan kekalkannya.

USTAZ AZHAR IDRUS
CARA UNTUK MENGUATKAN INGATAN

 

Prestasi Pembelajaran Anak Meningkat : http://www.fatehteam.com/prestasi-pembelajaran-anak-meningkat/

Sila Tekan Gambar Ini :

Call Now Button