Hidup ini penuh dengan ujian. Kenapa? Kerna kita seorang hamba.  Allah berfirman:

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: ’Kami telah beriman’, sedang mereka tidak diuji lagi ?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. (Al-Ankabut : 2-3)

Kita berdoa pada Allah supaya Allah berikan kita kesabaran serta kekuatan. Mana mungkin kita boleh dapat semua itu tanpa melalui sebuah ujian. Kita tidak akan terlepas dengan sebuah ujian. Sama ada ujian sebuah perkahwinan, kerjaya, mahupun kehidupan. Tiada siapa yang boleh bagi waranti tanpa ujian dalam rumahtangga kerna hidup ini pasti diuji. Ujian anak bagi ibu dan ayah. Ujian pelajar bagi seorang guru. Ujian pesakit bagi seorang doktor. Dan pelbagai bentuk ujian.
Kita merancang dengan cita-cita. ALLAH merancang dengan cintaNya. Mana satu pilihan kita? Mengikut perancangan Allah atau perancangan kita? Sedangkan Allah itu bersifat Maha Penyayang, Pengasih. Mana mungkin ujian itu untuk menyusahkan hambaNya. Dan setiap perancangan Allah itu adalah yang paling terbaik.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui” (Al-Baqarah : 216)

Bagaimana kita ingin membentuk ujian itu dengan kebaikan?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman” (Al-Imran : 139)
#FatehteamTeladan

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Besar Ujian , Besar Pahala

Dapatkan CD Motivasi : http://www.fatehteam.com/bahagia-itu-di-hati/

Sila Klik Gambar Di Bawah Ini :

 

%d bloggers like this: