Tawaran Penajaan Rancangan Tanya Murabbi

Assalamualaikum wrbt. Terima Kasih kerana Tuan/Puan berhasrat untuk menjadi sebahagian penaja bagi Rancangan Tanya Murabbi sebuah Rancangan Ilmu. Di harapkan Tuan/Puan telah membaca maklumat lanjut Rancangan Tanya Murabbi di  http://www.fatehteam.com/rancangan-tanya-murabbi/. Insyaallah Rancangan ini akan memberi manfaat yang besar pada masyarakat khususnya pada penonton.

Trailer Rancangan Tanya Murabbi

Penajaan dan Pengiklanan Tuan/Puan akan digunakan untuk perbelanjaan peralatan dan  operasi Fatehteam bagi Rancangan Tanya Murabbi. Menaja sambil Menyumbang adalah satu konsep yang Fatehteam laksanakan yang mana Rancangan ini adalah untuk kita semua sama ada di pihak operasi, para penonton mahupun penaja. Moga dengan rancangan ini dapat melahirkan hubungan yang baik di antara ketiga belah pihak iaitu  Fatehteam, Penaja Dan Penonton. Dan semoga di antara kita ini memberi manfaat di antara satu sama lain. Di Pihak Fatehteam, kami akan membantu Tuan/Puan/Syarikat/Usahawan dari sudut pemasaran iaitu “Brand Awareness” dengan meletakkan logo sebagai Penaja atau bagi mereka yang berminat untuk meletakkan iklan di setiap slot yang di tetapkan. 

Pihak Pengurusan Fatehteam mengucapkan terima kasih kepada   Tuan/Puan yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Penajaan  dan Slot Iklan Rancangan Tanya Murabbi. 

Melalui RANCANGAN TANYA MURABBI ini, kami memperkenalkan konsep baru dalam penajaan. Sebarang sumbangan kewangan  bukan hanya setakat terhad kepada publisiti terhadap syarikat anda akan tetapi meningkatkan imej kredibiliti dan perkembangan hubungan syarikat anda dengan masyarakat.  Dengan menjadi penaja kami, pihak anda sebenarnya telah menjalankan tanggungjawab sosial dan seterusnya dapat merapatkan hubungan syarikat anda dengan masyarakat.

ANTARA FAEDAH-FAEDAH YANG DITERIMA OLEH PENAJA:
1. Pengecualian Cukai Pendapatan
Jumlah sumbangan yang diberi melebihi RM 200.00 akan dikecualikan daripada cukai pendapatan sebagaimana yang diluluskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri.

2. Publisiti
Nama dan logo syarikat penaja akan disertakan dalam publisiti yang akan dikelolakan sendiri oleh pihak urusetia program. Nama dan logo syarikat penaja akan dinaikkan sebelum dan sepanjang berlangsungnya program.

3. Cenderahati 
Sebagai tanda penghargaan, pihak penaja akan menerima cenderamata daripada pihak urusetia sebagai tanda terima kasih bagi tuan/puan yang menaja Rancangan Tanya Murabbi selama sebulan. 

Sasaran penonton yang menonton Rancangan Tanya Murabbi berdasarkan analisa Fatehteam bagi beberapa Edisi  yang lepas menunjukkan yang paling tinggi adalah :

1. Wanita yang berusia 35 tahun – 54 tahun

  1. Top Lokasi : Selangor Dan Kuala Lumpur

Untuk Tajaan/Iklan bagi Rancangan Tanya Murabbi, Fatehteam buka untuk 2 kategori iaitu : 

1. Di Taja Oleh : Tampilkan Logo Syarikat Anda

Contoh :

2. Iklan Produk untuk “< 30 saat”.

Maklumat Ringkas Mengenai Rancangan Tanya Murabbi 

Rancangan akan di siarkan Di Page Fatehteam www.facebook.com/teamfatehteam

Rancangan ini akan di siarkan antara 1-3 kali seminggu.

 

Contoh :

Susu Kambing IQ MINDA KOKO membantu anak anda untuk kekal bertenaga dan fokus sepanjang pembelajaran mereka terutama…

Posted by SUSU Kambing IQ MINDA on Wednesday, March 14, 2018

 

Ini adalah Senarai Harga Untuk Tajaan Bagi Bulan April 2018

PAKEJ TAJAAN

RANCANGAN TANYA MURABBI
PENAJAAN DAN PENGIKLANAN

Bagi anda yang berminat untuk menjadi penaja atau membuat iklan di Rancangan Tanya Murabbi, boleh whatsaap Fatehteam di 013-8016567 atau emailkan di fatehteam@yahoo.com  dengan kata kunci “Tajaan/Pengiklanan”. 

Terima Kasih kepada Tuan/Puan yang menjadi Penaja Rancangan Tanya Murabbi. Diharapkan program ini dapat memberi manfaat yang besar untuk masyarakat.

 

%d bloggers like this: