Saat si isteri terasa ingin marah pada suami, ingin sahaja keluar bermacam-macam perkataan yang paling menyakitkan hati dari lidah ini. Tapi para isteri bersabar,berdiam diri dan menahan kemarahan. Sehingga mereka solat,zikir, berdoa dan mengadu pada Allah. Sesungguhnya saat itu masih ada taqwa di hati seorang isteri.  Itulah “TAQWA SEORANG ISTERI”

Sesungguhnya Allah menerima amalan orang-orang yang bertaqwa. Kerana di dalam hati mereka di suburi dengan iman dan dicantikkan dengan peribadi akhlak yang baik. 

Jika amalan itu datang bukan dari ketaqwaan kepada Allah. Nescaya amalan itu akan mudah rosak, busuk dengan jiwa yang kotor. Lantas menjadi amalan yang punah ranah.

Allah menuntut kita menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Firman Allah Swt.:
{وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ}
Barang siapa yang bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. (Ath-Thalaq: 2-3)

Maksudnya, barang siapa yang bertakwa kepada Allah dalam semua apa yang diperintahkan kepadanya dan meninggalkan semua apa yang dilarang baginya, maka Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari urusannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Yakni dari arah yang tidak terdetik dalam hatinya.

Taqwa adalah solusi segala masalah yang ada di dunia. Jaminan Allah memberi ketenangan kepada seorang hamba yang bertaqwa.

Tugas kita hanyalah menjadi hamba Allah yang bertaqwa.

Kebahagiaan rumah tangga merupakan suatu kebaikan yang dibawa ke dalam sebuah keluarga sebelum memperoleh kebahagiaan dari masyarakat atau sesebuah organisasi luar yang lain. Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya serta haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan, kelebihan dan kelemahan dengan positif. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan rukun kebahagiaan di dalam sesebuah rumahtangga itu terjamin.

Sebuah rumahtangga merupakan satu perjalanan penerbangan menuju keredhaan ALLAH SWT dimana suami diwakili oleh sayap kanan manakala isteri diwakili oleh sayap kiri untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Peranan dan tanggungjawab yang dilaksanakan haruslah diikuti dengan sabar, tekun menjalankan amanah serta bertaubat kepada ALLAH SWT. Muhasabah di setiap perubahan untuk memperbaiki diri sendiri kearah positif yang diniatkan kerana ALLAH SWT, akan dapat membantu pasangan itu menjadi ceria, gembira, redha dengan nikmat dan rahmat yang dikurniakan.

 

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Taqwa Seorang Isteri

Sebarkan dan kebaikan.

Hadirlah Bahagia  : http://www.fatehteam.com/la-tahzan-usahlah-bersedih/
Sila Klik Gambar Di Bawah Ini :

 

 
%d bloggers like this: