Brek ditarik.Kereta elok parkir pada kotak yang disediakan.

Qila pandang pelik pada suaminya.

“Turun dulu ya?Nanti abang cakap”Pinta Aman.Qila hanya menurut perintah.

“Bang,siapa yang sakit dekat hospital ni?”

“Jiwa kita”Jawab Aman.

Qila cubit lembut lengan suami.Aman mengelak.Senyum je.Dengan lembut,Aman minta untuk jaga kelakuan.Malu,ramai orang tengok.Qila terus bertukar jadi wanita yang paling baik.Beginilah perempuan,bila kena caranya,mudah dididik.

“Erm..Abang.Siapa yang sakit?”

“Jiwa kita,sayang.Kita kerap gaduh dua minggu ni.Itu yang abang bawa ke hospital ni.Salah satu alternatif nak bagi hati kita bersyukur dan bersabar”

Qila diam.Dia tak pernah terfikir langsung akan “terapi rawat hati”,salah satunya adalah dengan pergi ke hospital.Suami berhenti hadapan senarai bahagian yang terdapat dalam hospital.

“Ortopedik”Perlahan bibir Aman menuturkan perkataan itu.Aman mengatur langkah ke bahagian tersebut.Qila hanya akur dan ‘menyerahkan segalanya’ untuk dirawat.

Terkenang juga dua minggu mereka kerap bergaduh.Baik dalam rumah,dalam telefon waktu rehat di pejabat.Ada saja yang tak kena.Aman tertinggal tuala atas katil pun,Qila melenting.Dikatanya,Aman sengaja hendak menyusahkan Qila.Air tertumpah pun,dikatanya sengaja buat tumpah sebab air Qila tak sedap.

Tak kurang juga dengan Aman.Qila terlupa masukkan garam pun,Aman kata sengaja hendak sabotaj dia.Macam-macam salah faham.Bagi orang luar,nampak remeh dan mungkin kelakar.Tetapi,dalam rumahtangga.Hal itu boleh jadi “masalah antarabangsa” dengan bisikan “raja syaitan”.Ingat lepas kahwin terlepas godaan ke?Tidak!

“Bang,kesian budak tu.Besi cucuk kat kaki dia”Berair mata Qila.Dia mengucapkan syukur pada Ilahi.Aman masih sihat kaki dengan izinNya.

“Sayang..kita diam je dulu okey?Biar mata ni sahaja yang melihat.Takut ada pesakit yang dengar,kecil hati dia.Nanti,kita turun bawah.Kita duduk kat pondok,kita bincang”Ujar Aman.Qila angguk.

“Kasihan mak cik tu.Umur sudah 60-an.Dia tak pernah berkahwin.Tak ada siapa datang melawatnya.”Kata jururawat pada sahabat sekerjanya.

Aman dan Qila saling berpandangan.Turut simpati.Mereka melanjutkan perjalanan lagi.

Di pondok,Qila dan Aman saling minta maaf.Mereka melihat “kekurangan” orang lain.Dan ternyata,mereka LEBIH BERTUAH.
Mereka cukup lengkap deria dan fizikal,mengapa tidak gunakan itu untuk memburu bahagia?
Sedangkan dalam bangunan hospital itu,terlalu banyak jiwa yang terpendam untuk BAHAGIA dan MEMBAHAGIAKAN.Hospital bagaikan “masjid” dipenuhi doa,air mata,harapan dan sujud.


Kita akan lebih menghargai bila apa yang kita ada sekarang,ditarik olehNya.Apakah saat itu baru kita belajar erti menghargai?Ketahuilah,saat itu kita sudah kehilangan sebelum kehilangan.Ramai kat luar sana yang tak berpeluang dapat apa yang kita dapat sekarang.Untuk persoalkan “kesempurnaan”,kita tak layak nak cakap soal tu.Kita pun asalnya tanah yang dipijak manusia.Hina bukan?
.
Jadi,bila orang buat salah pada kita.Jangan layan macam kita tak pernah buat salah pada orang.Harini hari dia buat salah,tiba giliran kita,kita hendak melatah bagaimana? Memaafkan memang tak boleh ubah masa lepas,tapi KITA DAPAT LAKAR MASA DEPAN YANG TENANG. Biiznillah..

 

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Tajuk : Pasangan Dunia VS Akhirat

 Hadirlah Bahagia   http://www.fatehteam.com/la-tahzan-usahlah-bersedih/

%d bloggers like this: