Kadang-kadang kita cuba mencari solusi dalam hidup, kita sanggup berhabis duit, kita bertanya pada semua orang tentang masalah yang kita hadapi. Sampai kita rasa buntu. Ada yang berumah tangga, huru hara, ada yang ada anak, belum menjadi penyejuk mata, ada yang diuji dgn masalah ekonomi dan harta benda. Ada juga yang di uji dengan kemelut kehidupan.

Kita tertanya bagaimana untuk keluar dari setiap masalah.

Sebenarnya solusi itu tidak jauh dari kita. Sangat dekat dengan kita. Iaitu Istighfar kepada Allah. Allah ingin mendengar kita mengaku salah pada Allah. Allah ingin mendengar kita lemah di hadapan Allah. Allah ingin kita mengadu pada Allah.

۞ وَسارِعوا إِلىٰ مَغفِرَةٍ مِن رَبِّكُم وَجَنَّةٍ عَرضُهَا السَّماواتُ وَالأَرضُ أُعِدَّت لِلمُتَّقينَ

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Surah Al Imran Ayat 133

Kita pernah mendengar seorang lelaki yang dikurniakan seorang isteri yang belum menenangkan hatinya. Selalu bertelingkah dan tidak bersefahaman sehingga terdetik ingin berpisah dengan isterinya. Saat malam itu Allah menggerakkan hati nya membentangkan sejadah. Sujud kepada Allah. Memulakan solat supaya di beri jalan keluar. Dia beristighfar. Mengaku di hadapan Allah di saat dia gagal mendidik isterinya. Air mata laju mengalir di hadapan Allah. Allah memberi pencerahan kepada nya. Allah memberi jalan keluar kepadanya.

Keesokannya terdetik di hatinya dan terdengar pada naluri hati sang suami, kamu perlu bertemu dengan isteri kamu. Bukan utk menceraikannya. Bahkan memohon maaf padanya diatas kelemahan kamu. Mengeluarkan kata-kata bahagia pada isteri kamu saat isteri kamu terasa dengan kamu. Luahkan apa yang kamu inginkan. Iaitu kebahagiaan. Dan mungkin itu juga yang di tunggu oleh isteri kamu.

Istighfar adalah jalan keluar di setiap masalah yang di hadapi. Jalan ketenangan di saat kita rasa sempit. Jalan kebahagiaan di saat kita rasa gelisah.

 

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Solusi Hidup

Ayuh sama-sama kita istighfar dan lakukan dengan segera untuk mendapat keampunan Allah dan mendapatkan syurga Allah yang Allah sediakan untuk orang yang bertaqwa.

Kadang-kadang kita banyak kecundang dengan nafsu,nikmat telah banyak kita tidak syukuri. Kadang-kadang juga kehidupan kita bukan menjadi tujuan. Hingga kita hilang arah dan keliru tentang prinsip kehidupan.

Sama-sama kita muhasabah.

Uhibbukum fillah.

Jom to Jannah

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Olahan : Mardhiah Mustapha

Bahagia itu di hati : http://www.fatehteam.com/bahagia-itu-di-hati/

Sila KLIK gambar dibawah :


 
%d bloggers like this: