image

Adakah kita bersedia menghadapinya? Setiap hari sebenarnya adalah bonus dalam kehidupan yang singkat ini. Saban hari banyak kita dengar dan lihat di dada akhbar dan TV berita-berita kematian. Di musim perayaan makin tinggi kadar kemalangan di jalan raya. Setiap kali mendengar berita ini, apakah perasaan kita saat itu? Atau adakah ada jentikan di hati untuk menjadikan ia sebagai peringatan buat kita yang hidup mengenai sebuah kematian. Mereka ini  dah sampai masa menghadap  Tuhan, samada bersedia atau tidak, ajal mereka sudah sampai yang mana tidak akan ditunda sesaat ke hadapan atau kebelakang! Begitu juga kita. Bagaimana kematian kita? Di mana kubur kita? Moga-moga Allah akhirkan hidup kita dengan kesudahan yang baik. Moga kubur kita di sebelah kubur orang yang soleh.

Dengan mengingati sebuah kematian, kita boleh merancang dengan amalan kebaikan yang sepatutnya dilakukan sebagai persediaan untuk sebuah kematian.  Kekadang kesibukan kita dengan dunia sering melalaikan diri ini. Jadi apakah persediaan lain lebih besar dari persediaan untuk mati? Memang semua kita akan mengakui hakikat ini. Buatlah sebanyaknya persediaan untuk hari terakhir kita!!

Pernahkah kita menyaksikan orang terdekat menghadapi saat-saat kematiannya? Di saat kematian, pasti sedang bergelut dalam ujian dan dugaan syaitan yang menyesatkan. Hanya  amalan kita dan pertolongan dari Allah SWT yang Maha Mengasihani yang dapat membantu kita melepasi ujian tersebut dan mengakhiri hidup ini dalam husnul khatimah (kesudahan yang baik) .  Sakaratul maut adalah satu pertarungan yang dahsyat. Setiap orang pasti akan melaluinya kerana Allah telah menetapkan tarikh kematian bagi setiap yang bernyawa.  Firman Allah :

“Semua yang dibumi akan binasa, dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” Surah Ar-Rahman ayat 26-27

Perumpamaan kematian itu seperti yang diberitahu oleh Kaab kepada Umar Al- Khattab. Ia bagaikan seorang lelaki yang dipukul dengan pokok bidara (yang dipenuhi duri yang tajam). Setiap duri itu masuk dan menusuk setiap urat saraf. Apabila pokok itu ditarik dengan kuat, setiap duri yang melekat pada urat saraf itu akan ikut tercabut bersamanya.

MasyaAllah sakitnya tidak terkata….. suara  tenggelam, tidak boleh terkeluar untuk menjerit kerana terlalu sakit! Seorang sahabat Rasulullah saw iaitu Abu Darda ra. menjelang kematiannya berkata…. Adakah orang yang sanggup melawan pertarungan yang dahsyat ini? Adakah orang yang mampu melawan kematian ini? Adakah orang yang kuasa menghadapi huru hara ini?  Justru itu Allah SWT sentiasa mengingatkan kita tentang kematian di dalam Al-Quran. FirmanNya dalam surah Al-Baqarah ayat 281 yang bermaksud.

“Dan peliharalah diri kamu dari (azab yang terjadi) pada hari yang waktu itu kamu dikembalikan kepada  Allah ( kematian). Kemudian masing-masing akan diberi balasan yang sempurna terhadap apa-apa yang telah dikerjakan sedangkan mereka sedikit pun tidak dianiaya.”

Namun demikian, walaupun Allah SWT telah memberikan peringatan demi peringatan akan musibah besar ini, sungguh ramai umat manusia yang lalai, leka dan terbuai dengan kenikmatan duniawi! Walaupun saban hari mendengar malah mungkin ada yang menyaksikan kematian di depan mata, namun jiwanya masih belum terkesan dengan hakikat mati ini. Hanya setelah berlakunya kematian pada diri yang akan menyedarkannya kelak. Pada ketika itu nasi sudah menjadi bubur! Tidak mungkin kembali semula kedunia untuk menebus kembali segala yang dilalai dan dilekakan!

Firman Allah dalam surah Qaf ayat 22 yang bermaksud…. ” Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan daripadamu tutup (yang menutupi) matamu , maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.”

Disaat kematian kita, segalanya akan tersingkap. Amalan-amalan kita sama ada baik atau jahat, semuanya akan dipaparkan dihadapan mata kita, malah kita juga akan mengetahui kemanakah kita akan dicampakkan sama ada ke syurga atau neraka!

Kita lihat para sahabat Rasulullah saw telah bertahun-tahun mempersiapkan diri menghadapi kematian dan sakaratul maut. Mereka  benar-benar merasai tentang hakikat ini dalam jiwa sehingga mereka sedikit pun tidak lalai dan leka dalam hidup ini mencari bekalan amal soleh dan sentiasa menunaikan hak dan tanggung jawab pada Allah SWT. Seluruh hidup ini adalah persiapan untuk menghadapi kematian.

Menjelang kematian mereka, sahabat-sahabat Rasulullah saw begitu takut dan menangis untuk menghadapinya, contohnya seperti  Panglima perang tentera Muslimin di zaman Rasulullah iaitu ‘ Amr bin Al- ‘Ash yang menangis tanpa hentinya menjelang kematian beliau.  Jadi, bilakah lagi manusia akan menangis jika tidak menangis pada ketika itu? Bilakah lagi dia bersiap sedia menghadapi kematian ini? Bilakah lagi dia akan menyesal jika tidak  menyesal pada saat-saat menggerunkan ini?

Apabila puteranya Abdullah cuba menghiburkan dengan menyatakan segala apa yang telah diperbuatnya adalah untuk Islam, dia tetap menangis dan mengenang fasa-fasa kehidupan yang dilaluinya. Dia merasai ada ketikanya dunia sempat mempermainkan dirinya sehingga dia merasakan sekarang dia tidak tahu sama ada dia akan di dimasukkan ke syurga atau dicampakkan ke neraka.  Walaubagaimanapun, dirinya masih utuh dan tetap berpegang pada kalimah yang sangat diperlukan ketika berhadapan dengan Allah iaitu kalimah Laa illa ha illallah, Muhammadur rasulullah. Kemudian Amr menggengam erat tangannya seolah-olah dia memegang erat kalimah itu.

Setelah dia mengucapkan dua kalimah syahadah itu, Amr pun meninggal dunia. Meskipun setelah dimandikan dan dikafankan, dan kaum muslimin cuba melepaskan genggaman tangan Amr berulang kali, namun tidak berjaya tetap kembali pada asalnya sehinggalah mereka menguburkannya dalam keadaan tangan tergenggam erat.

Muaz bin Jabal pula menjelang kematiannya di pagi waktu sahur pula menanti-nantikan terbitnya waktu fajar lantas berdoa pada Allah agar melindunginya dari pagi yang mungkin akan membawanya ke neraka. Dia mengatakan dalam hidup ini dia hanyalah mencintai kehidupan dunia ini kerana  3 perkara iaitu untuk berpuasa disiang hari, berqiyamulail dimalam hari dan untuk berkumpul dengan ulama di majlis-majlis zikir.

Itulah hakikat kehidupan didunia sebenar sebagaimana yang di fahami oleh para sahabat. Hidup ini bukanlah untuk makan-makan, bermain, mengikuti hawa nafsu syahwat, menikmati hiburan-hiburan yang menggoda, melakukan perbuatan-perbuatan keji, duduk lepak membuang masa, mengumpat keji keaiban orang. Kehidupan sebegini adalah satu kehidupan yang kosong, hampa tidak bermakna, angan-angan kosong , tidak memberi manfaat sedikit pun malah mendatangkan kesengsaraan dan penyesalan yang luar biasa kepada sesiapa yang melakukannya!

Sama-samalah kita renungi kata-kata Saidina Ali ra. yang menyentuh kalbu kerana ia keluar dari hati yang suci dan ikhlas kerana Allah SWT. ”  Dunia pasti ditinggalkan pergi sedangkan akhirat sudah siap menanti.  Oleh itu jadilah kamu sebagai anak-anak akhirat, dan janganlah kamu menjadi anak-anak dunia. Hari ini adalah hari beramal tanpa hisab sedangkan esok (hari akhirat) adalah hari hisab bukannya hari beramal.”

image

Jadi sesungguhnya, yang dituntut dari kita sekalian orang Islam sebelum menghadapi sakaratul maut ada beberapa perkara iaitu

1. Hendaklah sentiasa mengingati kematian sepanjang pagi dan petang.

Disinilah letaknya kesalahan kita dimana kita melupakan hari yang menggerunkan tersebut, tidak mahu ambil tahu akan kejadian-kejadian luar biasa yang bakal terjadi pada saat itu dan hari-hari selepas kematian kita. Kelupaan kita pada kematian menyebabkan kita terjatuh ke dalam perbuatan maksiat, menuruti hawa nafsu, tidak ambil berat akan perbuatan syubhat malah suka melakukan perlanggaran akan hukum-hukum Allah sehingga Allah murka kepada kita! Nauzubillahiminzaalik..

Di antara cara yang paling bermanfaat mengingati kematian adalah dengan selalu menziarahi kubur, memberi salam pada penghuninya dan mendoakan mereka sambil mengingatkan diri kita bagaimana mereka ketika dijemput oleh pemutus segala kenikmatan iaitu kematian. Ada yang mati dalam husnul khotimah malah ada yang ketika memandu kereta mewah, ada yang mati kemalangan, ada yang mati dibunuh, ada yang mati ketika sedang bermaksiat pada Allah…….

Disamping itu memperingati kematian melalui pergaulan dengan orang-orang yang soleh,  menziarahi mereka, menimba ilmu dari mereka dengan menghadiri majlis-majlis pengajian, ceramah-ceramah agama mendengarkan nasihat , memohonkan doa dari mereka dan mencintai mereka.

2. Memahami dan sentiasa bersama Al-Quran, menghafal apa yang termampu dari Al-quran dan mengamalkannya.   Orang soleh berkata,” Dahulu aku sering membaca buku-buku nasihat dan penawar hati, namun setelah aku bandingkan dengan Al-Quran, ia tidak sehebat Al-Quran.”  Jika Al-Quran itu meresap dalam hati yang suci bersih, pasti ia mempunyai kesan yang luar biasa.

Oleh kerana itu Rasulullah berpesan  dalam  hadithnya… ” Bacalah Al-Quran, ia akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada para pembacanya..” (Riwayat Muslim) ” Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya.” (Al-Bukhari)

3. Pendek angan-angan

Pendek angan-angan terhadap dunia yang bersifat sementara, penuh tipu daya, sering melekakan manusia dari matlamat kehidupan dunia yang sebenarnya.

Dari Ibnu Umar ra berkata Rasululllah saw telah menarik kedua bahuku seraya berkata, ” Jadilah kamu di alam dunia ini seperti orang asing atau bagaikan orang yang sedang bermusafir.” Ibnu Umar sering berkata: ” Apa yang patut kamu lakukan diwaktu pagi jangan tunggu diwaktu petang. Dan apa yang patut kamu lakukan diwaktu petang jangan tunggu diwaktu pagi.  Gunakanlah kesihatanmu dengan baik sebelum kamu sakit. Dan pergunakanlah dengan baik  kehidupanmu sebelum datang kematian.”

Di samping itu ,kita juga dituntut agar segera bertaubat pada Allah SWT kerana orang yang bersiap sedia menghadapi kematian adalah mereka yng sentiasa segera bertaubat dan sering memperbaharuinya pagi dan petang.  Kita disuruh sentiasa berdoa agar mati dalam keadaan baik.  Dalam hidup ini kita perlu sentiasa bersungguh-sungguh melakukan amal soleh jangan suka bertangguh-tangguh, kerana bila kematian datang ia tidak boleh ditangguh-tangguhkan lagi!

Jadi sama-samalah kita bersiap sedia dari awal lagi, jangan amalkan budaya last minute atau budaya better late than never! Kita tidak boleh menjangkakan apakah kesudahan nasib kita nanti….. sedangkan orang-orang soleh , para sahabat Rasulullah begitu gusar dan takut menghadapinya….sepatutnya kita yang kurang amal dan banyak dosa ini lebih-lebih lagi ketakutan dan kegusaran menghadapi mati.

Semoga Allah menetapkan hati kita semua dengan kalimah tauhid didunia dan diakhirat nanti, InsyaAllah!

Kredit pada Cikgu Rabiah atas perkongsian penulisan ini.

image

Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana.

Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul ” Rahsia Kematian, Alam Akhirat Dan Kiamat” telah menjelaskan kepada kita tentang hal ehwal yang berkaitan dengan kematian , bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya

image

Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Imam Qurthubi juga mengutip banyak pendapat sahabat Nabi dan para salafus saleh. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi sebuah kematian sama ada kita atau orang terdekat. Semoga kitab ini dapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Jawapan berkaitan kematian ada di dalam buku Rahsia Kematian, Alam Akhirat Dan Kiamat. Buku ini merupakan salah satu karya terbesar ulama salaf terkemuka Imam al Qurthubi. Buku ini sangat lengkap membahas tiga fenomena ghaib yang harus di fahami dan dihayati oleh seorang insan setelah usianya di dunia berakhir, iaitu kematian, alam akhirat, dan kiamat.

Dengan menggunakan dalil-dalil al quran dan hadits Rasulullah s.aw, Iman Al Qurthubi mengupas lengkap tiga proses ghaib itu. Ia juga mengupas soal seksa kubur, tentang Roh keluarnya nyawa dari tubuh, juga tentang syurga dan neraka, dengan segala kenikmatan dan derita di dalamnya, serta tentang dasyatnya peristiwa hari kiamat.

Apa yang menariknya, kitab yang tebal ini di kupas oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dengan kupasan yang jelas dan bersilibus. Ia mudah di fahami apabila berguru. Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani mengupas kitab ini dari muka surat ke muka surat supaya mudah di fahami dan dihayati di sebalik kisah sebuah perkampungan akhirat yang mesti kita lawati dan hidup di sana bila tiba masanya.

image

Setiap pengajian kitab ini Fatehteam rakam dan Fatehteam jadikan bahan ulangkaji berbentuk audio cd untuk diulang dengar. Cd kuliah Kitab Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat boleh dijadikan muhasabah sebelum tidur, dihadiahkan untuk orang yang tersayang dan sebagai bahan rujukan berkaitan ilmu kematian dan persiapan sebelum menghadapi kematian bagi mereka yang mahu mengambil peluang.

Bagi yang ingin memiliki Cd kuliah dan Kitab Rahsia Kematian, Alam Akhirat Dan Kiamat, boleh dapatkan daripada Fatehteam

Judul Kitab : Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat

Karya    :   Imam Al Qurthubi

Harga : RM98.00 PERCUMA 5 cd kuliah Kitab Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat (PERCUMA POSTAGE)

Kod CD Kuliah : RKK

Harga : RM5 / tajuk

Untuk tempahan , hubungi atau whatsaap di talian 019 60 666 97 dengan dituliskan nama, alamat dan order ” Kitab RKK @ CD RKK”

Anda juga boleh layari www.youtube.com/fatehteam untuk tonton siaran ulangan siri kuliah sebelum ini dengan kod Kitab RKK.

 

USTAZ AHMAD DUSUKI

7 AKHLAK ORANG HIDUP TERHADAP SI MATI

Call Now Button