Biarpun manusia sifatnya pelupa dan berlebih kurang. Namun, naluri kecil kemanusiaan pasti ada. Buat baik dibalas baik. Maka apatah lagi Allah yang bersifat Maha Sempurna. Allah pastinya tidak pernah lupa membalas atas setiap baik dan buruk dari perlakuan hambanya. Cuba tunjukkan dimana ruginya kita berbuat baik kepada sesama manusia?

Orang yang benar imannya, mencintai apa yang Allah berikan kepadanya.

Seorang suami yang beriman mencintai isterinya kerana itulah isteri yang Allah berikan kepadanya. Cintanya semakin bertambah apabila isterinya melakukan perkara-perkara yang diperintah serta diredhai oleh Allah. Cintanya kepada isteri tidak lain adalah buah dari cintanya kepada Allah.

Demikianlah juga kecintaan seorang isteri kepada suaminya, kecintaan suami-isteri kepada anak-anak mereka, kecintaan anak-anak kepada ibubapa mereka dan kecintaan di antara sesama umat Islam. Semua itu tidak lain adalah hasil dari cinta mereka kepada Allah.

Pasangan hidup kita adalah sahabat terdekat kita. Tanyalah pada pasangan kita, agak-agak layakkah kita ini masuk syurga Allah? Muhasabah di antara satu sama lain. Menjaga pasangan bukan pada makan , minum, pakaian sahaja. Tapi amalan wajib dan amalan sunat. Berlumba-lumba dalam melaksanakan kebajikan. Agar kita menjadi pasangan bahagia di syurga idaman setiap rumahtangga.

Setiap pasangan yang berkahwin, pasti inginkan kemanisan yang berpanjangan dalam rumahtangga yang dibinanya. Persefahaman dan sikap toleransi antara suami isteri amat penting dalam memastikan kerukunan di dalam sesebuah rumahtangga. Pelbagai masalah akan timbul baik dari segi kewangan, cara kehidupan, dan sebagainya. Tetapi setiap pasangan haruslah bersikap terbuka dan menerima segala perubahan dengan positif.

Mari kita merenung sebuah hadith Rasulullah saw yg diriwayatkan oleh Imam Ahmad, al-Hakim dan al-Tirmidzi.

” JIka ALLAH menginginkan kebaikan kepada penghuni satu rumah, maka DIA akan memasukkan ke dlm rumah tersebut kelembutan”.

Justeru, mari kita menilai suasana dlm rumah yg kita diami. Bagaimana akhlak suami isteri, ibu bapa dan anak2, sesama adik beradik, dengan pembantu dan sebagainya.

Kelembutan itu lebih dekat dgn kecintaan Allah. Moga kita dikurniakan keluarga sakinah menuju jannah.

Ustazah Norhafizah Musa – Rumahtangga Perlukan Kematangan

 

 Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Rumahtangga Perlukan Kematangan

===================================================================

Haid berpanjangan? Tidak datang haid? Sengugut? Masalah keputihan? Badan lesu dan letih sepanjang hari? Pre monopous? Sila Klik di sini  https://yup.la/Kacipfatimah

Jom cuba Ekstrak Kacip Fatimah Phyton Plus keluaran UTM. In sha Allah dapat membantu menyelesaikan masalah anda.

Kacip Fatimah antara suppliment terbaik untuk para wanita bagi kecantikan dalaman dan luaran wanita. 

Klik Gambar Di Bawah Untuk Info Lanjut  : 👇👇👇👇

Sumbangan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz : https://goo.gl/ghXoJF

Sila Klik Gambar Di Bawah : ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

 

Rancangan JomToJannah Bersama Ustazah Norhafizah Musa di page Facebook JomToJannah: www.facebook.com/jomtojannah

Sila Klik Gambar Di Bawah : ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡ðŸ‘‡

Call Now Button