Ramadhan, saat Allah tunjukkan kasih sayang. Awal ramadhan ini penuh dengan rahmat Allah, pertengahan penuh dengan keampunan Allah dan akhir ramadhan di bebaskan dari azab api neraka.

Ramadhan Allah betulkan jadual hidup, masyarakat dan kekeluargaan kita.

Bagaimana kehidupan kita terbina dengan Ramadhan?

Bila masuk Ramadhan terasa kekeluargaan. Buka puasa dan sahur bersama keluarga. Pergi terawih bersama jiran tetangga .  Bila dah ramai keluar solat terawih, lahirnya sistem kejiranan yang hilang sepanjang 11 bulan yang lepas. Masing-masing mula bertanya khabar. Ukhwah kembali terpahat.  Ramadhan sangat menyeronokkan. Allah ingin susun balik jadual ibadah kita. Allah ingin satukan balik hati-hati kita.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الرَّحْمَةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ وَسُلْسِلَتْ الشَّيَاطِينُ

Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Apabila datang bulan Ramadhan pintu-pintu rahmat akan dibuka , pintu-pintu neraka ditutup rapat, dan syaitan-say Intan dibelenggu’.” HR. Muslim, Shahih Muslim, II:758, No. 1079; Ahmad, Musnad Ahmad, II:281, No. 7767, II:401, No. 9193; An-Nasai, as-Sunan al-Kubra, II:65, No. 2409, II:66, No. 2413, Sunan an-Nasai, IV:127, No. 2100; Abdurrazaq, al-Mushannaf, IV:176, No. 7384; Abd bin Humaid, Musnad Abd bin Humaid, I:420, No. 1439

Apabila masuknya BULAN Ramadan, pintu syurga di buka seluas-luasnya. Dan dikunci rapat pintu neraka. 

Ramadhan adalah anugerah terindah paling hebat untuk orang Mukmin. Manfaatkan peluang Ramadhan yang ada. Ramadhan juga adalah bulan Quran. Target untuk khatam Al- Quran untuk BULAN Ramadan.

Ayuh kita memotivasikan diri dan sucikan jiwa untuk momentumkan ibadah puasa kita tahun ini. Jom ulangkaji bab Puasa menerusi Rancangan Bicara Iman.

1) Episod 1 : “Ramadhan Kembali Lagi” – Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

 

2) Episod 2 : “Golongan Orang Yang Bertaqwa” – Ustaz Rizuan Rahmat

 

3) Episod 3 : “Tadarus Quran” – Ustaz Rahim Nasir

 

4) Episod 4 : “Kelebihan Ramadhan” – Ustaz Nazmi Karim

 

5) Episod 5 : “Perbaiki Hati” – Ustaz Nasaruddin Hasim

 

6) Episod 6 : “Dengar Tak??” – Ustaz Abdul Rahman

 
7) Episod 7 : “Kehebatan Ramadhan” – Ustaz Mutalib

 

8) Episod 8 : “Menjadi Mukmin Yang Kuat” – Ustaz Fairus

 
9) Episod 9 : “Ramadhan Bulan Barokah” – Ustaz Husni

 
10) Episod 10 : “Janji Rasulluallah S.A.W” – Ustaz Husni

Semoga ibadah Puasa kita tahun ini lebih baik dari tahun yang lepas.

📺Dapatkan lebih video menarik dengan SUBSCRIBE YOUTUBE FATEHTEAM di
🔴 www.youtube.com/fatehteam🔴

Doa Khatam Al Quran 

Sila Klik Gambar Di bawah : 

 

%d bloggers like this: