Stevia Liquid

RM39

Stevia Liquid Pengganti Gula, Extrak Dari Daun Stevia

SKU: SLIQM Category:

Produk : Stevia Liquid IQ MINDA
Berat.   : 10 ml
Harga  : RM39

INFO STEVIA LIQUID IQ MINDA

Stevia merupakan pemanis semula jadi yang mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa.

Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu Steviosid tidak toksid. Bagi penghidap DARAH TINGGI, kajian saintis Brazil pada tahun 1991 mendapati Steviosid berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya merupakan 106 orang berbangsa Cina (lelaki dan perempuan) yang mengalami penyakit darah tinggi. 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari. Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama satu tahun. Selepas 3 bulan , tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia boleh dijadikan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.

Bagi penghidap DIABETES, satu kumpulan saintis melakukan ujian terhadap kesan hipoglisemik glikosid yang terdapat dalam stevia. Mereka juga mengkaji kesan terhadap pengeluaran glukos terhadap glikosid, steviol, isosteviol dan glukosilsteviol. Steviol didapati tidak menghasilkan glukos. Pada tahun 2000 juga, para pengkaji di Denmark telah menjalankan satu kajian yang menunjukkan tindakan hipoglisemik in vitro yang dilakukan oleh steviosid dan steviol adalah hasil daripada keupayaan kedua-duanya menghasilkan insulin melalui tindakan terus terhadap sel-sel beta. Mereka merumuskan hasil kajian mendapati sebatian ini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi agen anti-hipeglisemik dalam rawatan diabetes mellitus jenis 2.

Stevia juga digunakan sebagai tonik untuk jantung.Ia berfungsi dengan cara menstabilkan tekanan darah dan degupan jantung.

Kini, berjuta-juta pengguna di Brazil dan Jepun telah menggunakan Stevia sebagai perisa makanan dan pemanis semulajadi. Ia telah diluluskan sebagai perisa makanan selama hampir 20 tahun. Jepun merupakan pengguna yang paling besar didunia dan Stevia digunakan untuk memaniskan hampir kesemua produk makanan termasuk jeruk, minuman ringan dan coklat. Syarikat besar seperti Coca Cola juga menggunakan ekstrak Stevia sebagai gantian kepada NutaSweet dan sakarin untuk produk mereka yang dipasarkan di Jepun, Brazil dan negara-negara lain dimana Stevia merupakan pemanis yang diluluskan.

MANFAAT STEVIA LIQUID IQ MINDA :
1. Pemanis Semulajadi
2. Anti-hyperglycaemic – Membantu menurunkan dan mengimbangi paras gula dalam darah. Sesuai untuk pesakit kencing manis dan hypoglycaemia.
3. Anti-hypertensive – Membantu menurunkan tekanan darah
4. Anti-inflammatory –  Mengurangkan kesan radang
5. Anti-tumor- Kesan antioksidan boleh mengurangkan risiko kanser
6. Diuretic – Mengawal kandungan air dalam badan
7. Immunomodulatary effect – Meningkatkan sistem imun kepada kuman

 
%d bloggers like this: