Coklat

RM4

Coklat Dapat Membantu Masalah STRESS & Meningkatkan Prestasi Minda, DiDatang Dalam 4 Jenis. Hazelnut, Cripsy, Almond & Kismis.

SKU: CIQM Category:

Produk : COKLAT IQ MINDA

Berat : 45g

Harga : RM4

Coklat IQ MINDA Mempunyai 4 perisa iaitu:

• Coklat IQ MINDA Crispy Hazel

• Coklat IQ MINDA Crispy

• Coklat IQ MINDA Almond

• Coklat IQ MINDA Kismis

 

Manfaat COKLAT IQ MINDA:

  1. ANTI-STRESS

Coklat berperanan dalam melebarkan pembuluh darah, maka suhu tubuh akan stabil dan otot-otot mengendur. Oleh itu. tubuh menjadi lebih rileks. Kandungan phenylethylamine yang terdapat didalam coklat juga dapat meningkatkan penyerapan triptofan ke otak yang kemudian menghasilkan dopamine. Fungsi Dopamine membantu merangsang perasaan senang hati dan ceria. Manakala Phenylethylamine pula dapat memberikan perasaan jatuh cinta (hati berbunga).

  1. Meningkatkan kecerdasan.

Banyak penelitian menyatakan bahawa coklat memiliki peranan dalam melindungi sel saraf otak dan meningkatkan memori.

  1. Kacang Hazel didalam Coklat IQ MINDA.

Kacang hazel membekalkan nutrisi seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol, dan phytosterol. Pengambilan kacang hazel dalam diet amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Juga memberi kekuatan tulang dan gigi serta membantu mencegah risiko diserang kanser.

  1. Kacang Badan didalam Coklat IQ MINDA

Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Protein tenusu yang terdapat dalam badam membantu meningkatkan kecerdasan minda dan menjadikan anda lebih bijak. Badam juga merupakan sumber nutrisi yang membantu dalam perkembangan minda serta meningkatkan tahap ‘intellectual’ yang tinggi dan dianggap sebagai makanan penting bagi pembesaran kanak-kanak.

  1. Kismis didalam Coklat IQ MINDA

Umum mengetahui kismis mampu membantu merangsang kecerdasan otak. Bayangkan apabila dua agen yang mampu merangsang otak (coklat dan kismis) digabungkan. Pastinya ia akan memberikan hasil yang mengujakan.

  1. Emping Jagung didalam Coklat IQMINDA

Emping jagung rendah lemak dan diperkaya dengan vitamin A,C dan zat besi. Emping jagung atau (corn flakes)adalah bijirin yang sangat baik.Emping jagung adalah campuran jagung,ekstrak ‘malt’,garam,vitamin,zat besi dan anti-oksida yang boleh meningkatkan daya tumpuan,melawan keletihan dan mencegah anemia.
INFO COKLAT IQ MINDA:

Fakta yang mungkin mengejutkan anda semua tentang kebaikan coklat.

  1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok.

Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

  1. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung.

Coklat mampu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

  1. Coklat boleh melawan diabetis.

Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

  1. Coklat melindungi kulit anda.

Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

  1. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk.

Ramuan dalam coklat yang dipanggil “Theobromine” mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

  1. Coklat memberikan anda mood yang baik.

Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

  1. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah.

Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

  1. Coklat meningkatkan kadar penglihatan.

Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

  1. Coklat boleh membuatkan anda bijak.

Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar. Kajian di Britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan

10. Kesan antioksida polyphenol dalam koko

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

11.  Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

12. Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

13.  Koko melambatkan proses penuaan

Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

14.  Coklat sebagai makanan berkhasiat

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

 

SOALAN FAMOUS TENTANG COKLAT

Benarkah Coklat Berkhasiat?

Sebahagian masyarakat beranggapan bahawa Coklat bukanlah satu gizi makanan yang sihat. Dan coklat sering dikaitkan dengan punca kegemukan. Sebenarnya, coklat mempunyai khasiat dan kebaikannya yang tersendiri. Malah, dalam menu diet, ia turut di sarankan sebagai salah satu makanan yang berkhasiat.

Adakah Coklat punca masalah jerawat di kalangan remaja?

Tahukah anda bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, cara pemakanan menjadikan punca utama jerawat. Perubahan hormon ketika baligh dan pengambilan makanan kurang zink dan banyak iodine menjadi punca utama jerawat tumbuh. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semulajadi. Jika pengaliranya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat.

Miliki hati bahagia dengan Coklat.

Kebanyakan orang mengambil coklat supaya merasa lebih tenang di saat stress. Ini kerana coklat memiliki kandungan phenlethylamine yang mirip amphetanine. Zat ini dapat meningkatkan serapan triptofan ke dalam otak yang kemudian menghasilkan dopamine. Dopamine memberikan perasaan senang dan memperbaiki suasana hati. Phenylethylamine juga dianggap mempunyai khasiat aphrodisiac yang memunculkan perasaan seperti orang sedang jatuh cinta.

Feniletilamin (Phenylethylamine = PEA) merupakan golongan alkaloid yang termasuk neurotransmitter. Ia berperanan dalam menciptakan perasaan positif, dan membuatkan perasaan berbunga-bunga. Ia bukan sahaja ditemui secara semulajadi di dalam tubuh malah, feniletilamin juga terdapat dalam makanan seperti coklat. Disebabkan fungsi dari feniletilamin inilah, antara faktor orang yang jatuh cinta sering menjadikan coklat sebagai hadiah.

Coklat tidak menggemukkan.

Coklat bukan punca utama kegemukan. Ia disebabkan oleh gaya pemakanan yang tidak betul dan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangan orang obesiti kian ramai. Makan sederhana termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumlah makanan yang dimakan.

Penghidap diabetes boleh menikmati coklat.

Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika Dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak boleh diterima.Justeru, penghidap diabetis boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.

Coklat bukan penyebab penyakit jantung.

Punca utama peningkatan kes jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah antara penyebab sakit jantung. Sebaliknya coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL).

Makan coklat tidak akan menimbulkan ketagihan, tetapi bagi sebahagian orang rasa coklat yang enak mungkin menyebabkan kerinduan untuk mengambilnya kembali. Ini yang disebut chocolate craving. Kesan coklat terhadap perilaku dan suasana hati (mood) berkaitan erat dengan chocolate craving. Rindu coklat boleh kerana aromanya, teksturnya, manis-pahitnya dsb. Hal ini juga sering dikaitkan dengan kandungan phenylethylamine yang merupakan suatu bahan mirip amphetanine yang dapat meningkatkan serapan triptofan ke dalam otak yang kemudian pada gilirannya menghasilkan dopamine. Kesan dopamine adalah muncul perasaan senang dan pembaikan suasana hati. Phenylethylamine juga dianggap mempunyai khasiat aphrodisiac yang memunculkan perasaan seperti orang sedang jatuh cinta (hati berbunga).

Catechin adalah antioksidan kuat yang terkandung dalam coklat. Salah satu fungsi antioksidan adalah mencegah penuaan awal yang boleh terjadi kerana pencemaran ataupun radiasi. Catechin juga dijumpai pada teh meski jumlahnya tidak setinggi pada coklat. Orang tua jaman dahulu sering mempraktikkan cuci muka dengan air teh kerana boleh membuat kulit muka berseri dan awet muda. Seandainya mereka tahu bahawa coklat mengandungi catechin lebih tinggi daripada teh, mungkin mereka akan menganjurkan mandi lulur dengan coklat.

Coklat mengandungi theobromine yang boleh mengurangkan tahap mengantuk. Oleh itu pelajar sangat digalakkan mengambil coklat disaat belajar untuk menjadikan lebih bersemangat dan seronok dalam proses belajar.

 

 

 
%d bloggers like this: