Choco Ball

RM15

Coklat Bulat Yang Mengandungi Almond Dan Kismis, Sesuai Di Nikmati Seisi Keluarga Di Setiap Masa, Waktu & Keadaan.

SKU: CBIQM Category:

Produk : CHOCOBALL IQ MINDA

Berat : 150g

Harga : RM15

Almond dan Kismis di salut dengan Coklat. Rasa yang memukau pastih menyebabkan jatuh cinta dengan kelazatan Chocoball. Nak habiskan cepat terasa sayang. Semua golongan menggemarinya. Sesuai di ambil oleh pelajar, ibu hamil, kanak-kanak dan semua lapisan usia.

 

Manfaat Chocoball IQ MINDA:

1. ANTI-STRESS Coklat berperanan dalam melebarkan pembuluh darah, maka suhu tubuh akan stabil dan otot-otot mengendur. Oleh itu. tubuh menjadi lebih rileks. Kandungan phenylethylamine yang terdapat didalam coklat juga dapat meningkatkan penyerapan triptofan ke otak yang kemudian menghasilkan dopamine. Fungsi Dopamine membantu merangsang perasaan senang hati dan ceria. Manakala Phenylethylamine pula dapat memberikan perasaan jatuh cinta (hati berbunga).

2. Meningkatkan kecerdasan. Banyak penelitian menyatakan bahawa coklat memiliki peranan dalam melindungi sel saraf otak dan meningkatkan memori.

3. Kacang Badam didalam Coklat IQ MINDA Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Protein tenusu yang terdapat dalam badam membantu meningkatkan kecerdasan minda dan menjadikan anda lebih bijak. Badam juga merupakan sumber nutrisi yang membantu dalam perkembangan minda serta meningkatkan tahap ‘intellectual’ yang tinggi dan dianggap sebagai makanan penting bagi pembesaran kanak-kanak.

4. Kismis didalam Coklat IQ MINDA Umum mengetahui kismis mampu membantu merangsang kecerdasan otak. Bayangkan apabila dua agen yang mampu merangsang otak (coklat dan kismis) digabungkan. Pastinya ia akan memberikan hasil yang mengujakan.

 

INFO COKLAT IQ MINDA:

Fakta yang mungkin mengejutkan dunia tentang kebaikan coklat.

1. Coklat mengurangkan kadar serangan strok. Kajian di sweden menunjukkan wanita yang makan coklat lebih daripada 45g seminggu kurang berisiko terkena serangan strok sebanyak 20% lebih rendah.

2. Coklat meningkatkan kadar kesihatan jantung. Coklat mampu merendahkan tekanan darah, kadar kolestrol dalam badan, dan risiko menghidap penyakit jantung. Ini kerana coklat yang mampu bertindak melawan peradangan.

3. Coklat boleh melawan diabetis. Kajian di Itali pada tahun 2005 mendapati coklat meningkatkan sensitiviti insulin dan seterusnya mengurangkan risiko diabetis.

4. Coklat melindungi kulit anda. Lupakan apa yang anda pernah dengar tentang coklat menyebabkan jerawat. Coklat gelap sebenarnya adalah baik untuk kulit anda. Jenis antioksidan yang dipanggil flavonoid yang ditemui dalam coklat gelap menawarkan beberapa perlindungan daripada kerosakan UV dari matahari. Tapi, itu tidak bermakna anda tidak perlukan pelindung matahari!

5. Coklat boleh mengelakkan batuk-batuk. Ramuan dalam coklat yang dipanggil “Theobromine” mampu mengurangkan aktiviti saraf vagus. Sekitar tahun 2010, para saintis membuat kajian untuk menghasilkan sejenis ubat yang mengandungi theobromine bagi menggantikan ubat batuk yang mengandungi kodein yang boleh mendatangkan kesan sampingan yang berisiko.

6. Coklat memberikan anda mood yang baik. Tidak dapat dinafikan, kenikmatan menikmati kemanisan coklat adalah sesuatu yang hebat. Menikmati makanan adalah sebahagian daripada menikmati kehidupan. Penggemar coklat juga mengatakan mereka berasa kurang stress.

7. Coklat membantu meningkatkan peraliran darah. Koko mengandungi anti-pembekuan darah dan satu sifat yang bekerja dengan cara yang sama seperti aspirin, ia boleh meningkatkan aliran peredaran darah.

8. Coklat meningkatkan kadar penglihatan. Oleh kerana keupayaannya untuk memperbaiki aliran darah, khususnya ke otak,coklat didapati juga boleh meningkatkan aliran darah ke retina, sekali gus memberi rangsangan yang baik kepada mata.

9. Coklat boleh membuatkan anda bijak. Peningkatan aliran darah ke otak mampu membuatkan kita lebih berjaga-jaga dan sedar. Kajian di Britain menunjukkan coklat boleh meningkatkan prestasi dalam bidang pengiraan.

10. Coklat boleh mengisi perut anda. Oleh kerana coklat yang kaya dengan fiber, ia mampu membuat anda berasa kenyang dan kurang lapar.

 

Keistimewaan Coklat kepada Kesihatan

  • Kesan antioksida polyphenol dalam koko :

Khasiat biji koko terhadap kesihatan adalah diperolehi daripada kandungan polyphenols yang tinggi seperti flavanoids. Kandungan yang paling penting didapati dari koko adalah flavan-3-ols atau lebih dikenali sebagai catechin. Flavanoids adalah merupakan kumpulan kandungan kimia yang memberikan tindakan antioksida yang kuat.

  • Coklat mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular :

Kajian melaporkan bahawa kuantiti antioksida yang diserap dari koko dan coklat adalah lebih tinggi berbanding wain, teh dan sayur. Pengambilan koko sebagai makanan yang kaya dengan antioksida flavanoids dapat mengurangkan risiko atherosclerosis serta mengurangkan kematian akibat penyakit koronari jantung.

  • Koko meningkatkan kebolehan mengatasi tekanan :

Daripada kajian terhadap tikus, menunjukkan bahawa antioksida yang mengalir semasa dalam keadaan tertekan dan senaman mempunyai kesan yang baik terhadap stamina. Kajian di Jepun menunjukkan bahawa poliphenol dapat menghalang perubahan sikap emosi dibawah tekanan fizikal dan berupaya mengurangkan tekanan.

  • Koko melambatkan proses penuaan :

Penuaan adalah salah satu proses yang mengakibatkan kerosakan radikal. Sehubungan itu, pemakanan yang kaya dengan antioksida memainkan peranan dalam melambatkan proses penuaan. Kajian mengenai proses penuaan telah dijalankan secara meluas dimana jangkamasa hayat bagi manusia yang sihat boleh dilanjutkan selama 5 hingga 10 tahun dengan mengamalkan pemakanan seimbang yang kaya dengan antioksida. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Epidemiotologi dari Harvard School of Public Health di Boston U.S.A mendapati bahawa penggemar coklat menikmati purata tambahan umur sebanyak 0.95 tahun berbanding bukan penggemar coklat. Ini menunjukkan wujudnya polyphenol sebagai antioksida dalam coklat.

  • Coklat sebagai makanan berkhasiat :

Coklat adalah produk koko yang mempunyai khasiat sebenar dan kandungan nutrien dalam coklat merupakan makanan yang seimbang.

 

Benarkah Coklat membahayakan KESIHATAN?

Kajian telah menunjukkan coklat dianggap makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Tetapi kajian saintifik juga menunjukkan terdapat kesan-kesan buruk daripada pengambilan pemakanan coklat. Anda jangan terkejut pula, ia cuma sebahagian kecil sahaja yang jarang sekali berlaku dan jangan terus memandang negative ye. Ianya berlaku mungkin terdapat bahan-bahan alahan kepada si pemakan.

Banyak kebaikan yang terdapat pada coklat. Antaranya, coklat mempunyai flavinoids yang memberi kesan dalam peningkatan peredaran.Selain itu, coklat mempunyai ciri-ciri anti-oksida yang membantu tubuh untuk menyingkirkan beberapa bahan kimia yang berbahaya di dalam darah.Tetapi sebagai pecinta coklat, anda juga perlu bertanggungjawab terhadap kadar jumlah coklat yang anda makan dalam satu masa. Apa-apa sahaja makanan yang diambil secara berlebihan turut membawa kesan buruk.

Sebagai contoh, Ubat. Jika anda makan ubat dengan kadar yang berlebihan, ia juga membawa kesan buruk juga bukan ? walaupun anda tahu ia boleh membantu mengubati sakit anda.Untuk sesiapa yang gemar makan makanan yang manis seperti gula-gula, saranan saya supaya gantikan gula-gula kepada coklat kerana kandungan gula pada coklat sangat sederhana berbanding gula-gula.

Adakah anda tahu flavinoids juga boleh didapati pada sayur-sayuran serta buah-buahan dan minuman teh? Ini menunjukkan bahawa pemakanan coklat jauh lebih kepada kebaikan walaupun anda makan sekeping coklat.Kandungan gula pada coklat boleh bertindak sebagai karbohidrat yang boleh memberi tenaga kepada badan. Sesetengah lemak mempunyai kesan yang baik untuk memberi tenaga yang lebih. Selagi lagi diingatkan, jangan ambil secara berlebihan hanya sekadar cukup sahaja.

 
%d bloggers like this: