Kematian ini bukanlah untuk menakut-nakutkan, atau melemah-lemahkan atau membuatkan ummah tidak produktif dan menunggu saat . Tetapi inilah agenda kehidupan yang mesti ditempuhi dan inilah sumber motivasi bagi setiap muslim. Mengingati mati adalah tanda orang yang bijak dan berakal.

Dunia dipenuhi dengan masalah, kedukaan dan kegagalan. Ingatkan mati adalah kerinduan kita untuk mendapat kenikmatan yang sebenarnya. Kita mengingati mati untuk bertemu kekasih yang sedang menunggu. Penderitaan yang kita alami dan mehnah yang dihadapi dalam rangka kerja untuk taqwa kepada Allah adalah sangat ringan berbanding dengan kerinduan kita untuk bertemu dengan pencipta kita. Apalah nilaian penderitaan kita berbanding dengan penderitaan orang yang berjaya didunia tetapi gagal di akhirat.

Apalah nilaian makhluk yang membebankan kita atau yang mendukacitakan kita berbanding dengan keasyikkan untuk bertemu tuhan. Makhluk tersebut terlalu kerdil berbanding dengan kekasih kita yang sedang menunggu. Makhluk tersebut terlalu rendah nilainya berbanding dengan kekasih kita yang menjadi pencipta kita dan makhluk tersebut.

Kita juga mengerti bahawa setiap kesabaran kita dalam menghadapi masalah akan diberikan ganjaran oleh Allah apabila kita bertemu dengannya selepas kematian nanti. Kematian kita kelak akan menamatkan penderitaan, kegagalan dan kedukaan yang sementara itu. Kematian itu akan menghadiahkan kita pahala atas segala kesabaran.

Di sini telah menyusun lima video pendek dari sedutan Kuliah Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat yang di sampaikan oleh .  Berikut adalah senarai Link untuk panduan semua.

Selamat menonton dan sebarkan ilmu. Semoga beroleh manfaat.

1) Tak Ingat Mati
Di dalam Islam di antara amalan yang diajar di dalam hidup kita ialah sentiasa mengingati kematian. Ketika sedang berada di dalam kenikmatan dunia, kematian seumpama jodoh yang akan kita temui di penghujung perjalanan kehidupan. Dengan mengingati akan tibanya saat menghadapi kematian, manusia akan kembali insaf dan tidak akan terus melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah SWT. Sebaliknya apa yang difikirkan ialah tentang bekalan dan amalan yang akan dibawa apabila tibanya saat kematian. Apabila tidak mengingati mati, manusia akan lupa apakah bekalan yang akan dibawa dan persediaan untuk mengadap Allah SWT kelak.

 

2) Dekat Nak Mati
Dan ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala juga berfirman “Maka mengapa ketika nyawa sampai di kerongkong. Padahal kamu ketika itu melihat, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu.Tetapi kamu tidak melihat, maka mengapa jika kamu tidak dikuasai (oleh ALLAH)? Kamu tidak mengembalikan nyawa itu (kepada tempatnya) jika kamu adalah orang-orang yang benar.”” (Q.S. Al Wāqi’ah 56 : 83-87)

Namun jika ia dahulu orang yang tidak soleh, ia akan mengatakan, “Celaka! Hendak kemana kalian membawa jenazah ini! Seluruh makhluk mendengar suara tersebut kecuali manusia, andaikata seseorang mendengarnya, pasti dia akan pengsan.” (HR. Bukhari, no. 1314

 

3) Belajar Daripada Kematian
Apabila di akhirat, orang tua juga boleh diangkat kedudukannya sebab anak soleh tersebut. Rasulullah saw menjelaskan; bahawa darjat orang yang telah meninggal masih boleh terangkat. Orang yang telah meninggal itu terkejut dan tidak menyangka, “ya Allah, apa yang terjadi?” maka dijawab, “anakmu selalu memintakan ampun untukmu”. (HR. Bukhari)

 

4) Lebih Dahsyat Dari Mati
Selama ni leka dengan dunia. Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila. Tapi…. semuanya dah terlambat.
Jadi, mulai dari sekarang.
Rancanglah kematian sebaik-baiknya. Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat?
Tepuk dada, tanya iman.

 

5) Mati Yang Pasti
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya. Dan Kami lebih dekat kepadanya dari urat nadi lehernya sendiri. Ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain di sebelah kiri, tiada sesuatu ucapan pun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir.” ( Qaf: 16-18 )

 

Ketahuilah kita adalah orang yang telah bertunang dengan kematian. Bersedialah untuk berkahwin dengannya. Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Adakah kita mahu mereka mengadakan pesta di saat kematian kita? Adakah kita mahu mereka menunjukkan kemewahan yang kita berikan kepada mereka di saat tersebut?

Atau Adakah kita mahu anak kita yang soleh membelai lembut jasad kita sambil membisikkan kalimah syahadah di telinga kita? Jiran tetangga datang memberi kata-kata yang baik dan mendoakan kita. Sahabat handai datang menyebut kebaikan kita agar pahala terus mengalir. Atau bagaimana? Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut. Dengarilah Cd Kompilasi Senafas Ke Barzakh agar kita boleh berwasiat pada keluarga kita apa yang kita ingin mereka lakukan untuk kita saat Sakaratul Maut.

Sebarkan ilmu dan kebaikan.
Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/
Sila Klik Gambar Di Bawah Ini :

 
%d bloggers like this: