TERBITAN RANCANGAN LAJNAH SEMPENA PRU

PENERBITAN VIDEO STUDIO BROADCASTING DAN MULTI CAMERA PRODUCTION MCP LIVE PAGE”. APA KEBAIKAN KEPADA LAJNAH ANDA TENTANGNYA.

Bagi kebanyakan orang, apabila mendengar tentang rakaman video secara automatik akan terbayangkan rakaman dan penerbitan video dengan menggunakan sebuah kamera video. Ini kerana kebanyakan orang awam mengambil video hanya menggunakan sebuah kamera sahaja. Tetapi hakikatnya, banyak lagi teknik untuk mengambil video dan salah satunya adalah yang dipanggil multi camera production (MCP). Penerbitan video Kamera Berbilang atau Multiple Camera Production, merupakan satu penerbitan video dengan menggunakan dua atau lebih kamera video.  Penghasilan video menggunakan dua kamera atau lebih memerlukan kepakaran dan kakitangan yang ramai serta cekap untuk menghasilkan penerbitan yang berkualiti.

JENIS PENERBITAN

Secara umumnya, penerbitan video kamera berbilang terdiri daripada 2 jenis iaitu yang bersifat siaran langsung (livefeed) ataupun rakaman. Penerbitan multiple camera production memerlukan ramai kakitangan yang terlibat dan setiap daripada anggota perlu menguasai tugas yang diberikan. Ini akan menjadi lebih penting sekiranya produksi yang dijalankan adalah siaran langsung kerana sebarang kesilapan tidak boleh dibetulkan dan mungkin akan menjejaskan keseluruhan produksi sekiranya berlaku masalah semasa penerbitan. Kerana itu, kita memerlukan kepakaran dan kakitangan yang cekap untuk mengendalikan penerbitan secara live.
Lain pula jika penerbitan yang bersifat rakaman. Penerbitan rakaman video kamera berbilang jenis rakaman dihasilkan dengan kurang tekanan kerana video yang dihasilkan boleh di edit terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Antara program yang biasanya dirakamkan secara penerbitan menggunakan kamera berbilang ialah Berita, Rancangan Wow Shop, Rancangan Tanyalah Ustaz dan lain-lain yang seumpamanya. Dan penerbitan rancangan ini di jalankan di studio dan di siarkan di kaca TV.

Dalam studio , tugas penerbitan ini dilakukan seperti rancangan berita, wawancara, bual bicara, pengiklanan dan sebagainya. Tugas ini dilakukan dengan menggunakan peralatan penerbitan yang lengkap dalam sesebuah studio.

Di Fatehteam Studio, kami menyediakan perkhidmatan Penerbitan Video Studio Bradcasting Dan Multi Camera Production MCP secara LIVE di Page Fatehteam atau di Page Pelanggan kami. Para pelanggan akan mendapat 2 dalam satu iaitu LIVE dan Video Rakaman. Penerbitan Video Studio Bradcasting Dan Multi Camera Production MCP secara LIVE diperlukan untuk meningkatkan ‘view audience’ yang menonton di Page Pelanggan kami. Manakala Video Rakaman Live yang telah siap boleh di ambil dan di terbitkan kembali ke dalam platform media yang lain seperti Youtube dan Website. Ia akan menjimatkan masa dan kos penghasilan video untuk penyediaan platform yang berlainan.

PERALATAN PENERBITAN VIDEO STUDIO BROADCASTING DAN MULTI CAMERA PRODUCTION MCP LIVE

Satu lagi keperluan utama semasa melakukan Penerbitan Video Studio Bradcasting Dan Multi Camera Production MCP secara LIVE adalah ia perlu menggunakan peralatan-peralatan tertentu. Penerbitan video kamera berbilang yang digunakan di studio Fatehteam merangkumi 3 buah kamera video, tripod tempat meletakkan kamera, 5 alatan pencahayaan, 3 monitor, Video Switcher, HDMI kabel, SDI kabel, 4 buah laptoap, Zoom Audio mixer, green screen backdroup, audio jet cable, unifi dan alatan yang lain.

KAKITANGAN PRODUKSI

Apa yang lebih penting adalah kakitangan yang mengendalikan peralatan tersebut. Mereka hendaklah mahir dengan peralatan yang dikendalikan kerana jika mereka tidak berkemahiran penerbitan atau rakaman yang dijalankan akan mengalami kecacatan.

Di antara kakitangan yang terlibat dengan Penerbitan Video Studio Broadcasting Dan Multi Camera Production MCP secara LIVE ialah Floor Manager, Switcher, Live Streamer, Grafik Designer, Jurulampu, Sound Supervisor , Media Social Manager, Jurukamera, dan Video Editor.

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

Kami menawarkan perkhidmatan Penerbitan Video Studio Bradcasting Dan Multi Camera Production MCP secara LIVE di Page anda. Servis kami meliputi 3 bahagian iaitu :
1. Rancangan Berkala
– Rancangan Berkala adalah rancangan yang di buat secara berkala seperti seminggu sekali.
– Portfolio : Gerbang Sejahtera Di Page Ehsan TV

Siapa yang memerlukan Perkhidmatan Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live:
1. Lajnah
2. Calon

Kami mempunyai Team yang sangat berpengalaman untuk berkerjasama bersama anda samada badan NGO, usahawan, trainer, konsultant, badan kerajaan ataupun swasta. Kami mempunyai peralatan Full HD Video Cam, Video Switcher, Rakaman dan Editing on the spot.

Perkhidmatan Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live adalah untuk anda yang ingin :
1. Satu Video Berkualiti Untuk Pelbagai Platform
Menggunakan semaksimum yang mungkin 1 video live untuk ke semua platform sama ada sekarang atau akan datang. Platform merangkumi, youtube, website atau ulang siaran kembali video tersebut.

2. Rancangan Setanding TV
Penggunaan alatan broadcast yang canggih digunakan seperti penggunaan 3 kamera, playback dan lagu di mainkan. Bila penonton menonton rancangan anda seolah-olah mereka menonton TV kerana tidak tertumpu kepada 1 sudut sahaja.

3. Jana pendapatan melalui penajaan / pengiklanan bagi Rancangan Anda.
Anda mempunyai ilmu yang ingin di kongsi. Dengan anda terbitkan rancangan ini, anda telah menarik golongan penonton berdasarkan ilmu yang anda kongsikan. Oleh itu anda boleh mendapatkan tajaan dengan membuka ruang iklan kepada agensi yang berkaitan melalui segmen penonton anda. Dalam masa yang sama anda menjaga kualiti Live Video Rancangan anda yang setaraf kualiti Video rancangan TV.

4. Membina kredibiliti
Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live dapat membina kredibiliti dan kepercayaan segmen penonton yang betul dan tepat.

5. Nilai Tinggi
Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live memberi manfaat dan kualiti nilai kepada 3 pihak iaitu pihak penaja, syarikat/produk anda dan penonton anda.

6. Playback Video iklan, slide , lagu, dan sebagainya
Jika anda seorang trainer, anda boleh tayangkan slide anda sambil mengajar. Dengan adanya Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live ini, bahan “playback” seperti slide, video, gambar, lagu dan iklan boleh di siarkan.

7. Melancarkan Penerbitan Video Studio Broadcasting dan Multiple Camera Production (MCP) Secara Live di Page Anda
Live Video Fb ini dilengkapi dengan Muliti Camera production (MCP). Ia membantu anda dalam melancarkan Live di Page yang anda gunakan. Penonton boleh menonton secara Live di page anda menggunakan IPAD, dekstop, phone, komputer atau laptoap mereka dengan lebih jelas. Dengan adanya Live Video FB, peserta lebih fokus semasa menonton. Paling penting speaker boleh memberi penyampaian yang lebih berkesan, teratur dan fokus tanpa fikir berkaitan operasi Live Video FB.

8. Kualiti Visual Jelas
Kualiti Visual mesti jelas dan nampak tidak membosankan para penonton dengan adanya “playback” seperti slide, video, gambar, lagu dan iklan yang telah disusun. Pasti para penonton yang menonton teruja untuk menonton lagi.

Portfolio Kami
1. Rancangan Tanya Azli – Coach Akaun Anda
2. Rancangan Tanya Murabbi
3. Gerbang Sejahtera
4. Kelas Online Penulisan Fiksyen – Khary Tajudin
5. Talk Show JomToJannah – Ustaz Norhafizah Musa & Ustaz Dr Azahar Yaakub
6. Majlis Tausiyah Dua Rumpun – Biro Muslimat Masjid Al Falah
7. Kuliah Dhuha Berkitab Ustaz Ahmad Dusuki
8. Kiamat Sudah Dekat Oleh Tuan Haji Ahmad Noor Sulaiman – Masjid Al Riduan Hulu Kelang

Kemudahan Fatehteam Studio sediakan:
1. Ruang Studio Berhawa Dingin
2. Teknologi MCP-HD ( 3 Camera )
3. Lighting Studio 
4. Sound System Studio
5. Live Streaming System ( Facebook )
6. High Speed Internet up to 50Mbps
7. Team Produksi Yang Professional
8. Green Screen Backdrop
9. Set Studio set up
10. Penyusunan Playback

Bonus:
1 – Rakaman Semasa Live akan di rekod dan anda boleh dapatkan video penuh anda secara terus setiap kali selepas live (on the spot )

2 – Team Live Graphic kami akan menyediakan graphic info percuma utk Live Talk Show. Anda boleh berikan maklumat tersebut seminggu sebelum live mengikut format terma dan syarat kami.

ANALISA RANCANGAN GERBANG SEJAHTERA DI PAGE EHSAN TV

LAMPIRAN SLOT RANCANGAN GERBANG SEJAHTERA


 

 

VIDEO SLOT RANCANGAN GERBANG SEJAHTERA 

 

[LIVE] RANCANGAN GERBANG SEJAHTERA Bersama YB USTAZ HJ SALLEHEN BIN MUKHYI

 

 

[LIVE] RANCANGAN GERBANG SEJAHTERA Bersama Dengan Y.B NOOR HANIM BINTI ISMAIL ADUN Seri Serdang 

%d bloggers like this: