[layerslider id="1"]


POST TERKINI

Harga diri pastinya jauh lebih mahal dari harga sebutir intan berlian. Ini kerana Allah telah memasukkan pada diri kita “perhiasan” berbentuk hati dan perasaan. Maka dengannya kita mampu merasa dan memilih baik dan buruk, iman atau kufur. Sudahkah anda memilihnya di hari ini? JANGAN MERASA DIRI BAIK Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun […]

Apabila kita mengalami kesusahan, ibu bapa kitalah orang pertama yang kita cari. Jika kita berada dalam kesedihan, ibu bapa jugalah yang akan dicari. Begitulah istimewanya hubungan anak dan ibu bapa dalam ikatan semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Segala jasa dan pengorbanan yang ibu bapa curahkan sejak kita kecil sehingga besar adalah tidak ternilai. Malah, […]

Biarpun manusia sifatnya pelupa dan berlebih kurang. Namun, naluri kecil kemanusiaan pasti ada. Buat baik dibalas baik. Maka apatah lagi Allah yang bersifat Maha Sempurna. Allah pastinya tidak pernah lupa membalas atas setiap baik dan buruk dari perlakuan hambanya. Cuba tunjukkan dimana ruginya kita berbuat baik kepada sesama manusia? Orang yang benar imannya, mencintai apa […]


Artikel


5 KULIAH TOP RANKING RAKAMAN FATEHTEAM

Karangan Kitab-kitab Yang Hebat Di Kupas Oleh Penceramah Dengan Cara Yang Mudah Difahami Dan Menarik Menjadikan Kitab-kitab ini Semakin Di Minati Oleh Umat Islam Khususnya Di Malaysia.

  1. Kuliah Kitab Induk Pensucian Diri

    Induk Pensucian Diri

    (Al-mustakhlas fi Tazkiatin nafsi)

    Said Hawwa

    Penterjemah: Syed Ahmad Semait

    Penulis membicarakan perihal tazkiyatun-nafsi, atau pensucian diri dan semua selok-belok ilmu tasawuf, atau ilmu yang menunjukkan cara-cara mensucikan kebatinan seseorang manusia dalam menujukan diri kepada Allah s.w.t.

    Cetakan Kelima 2004.
    9971-77-306-9. 1426 m/s.

  2. Kitab Ziarah Ke Alam Barzakh

    PENULIS  : AL-IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI

    Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

    Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

  3. Kuliah Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat

    Pengarang : Imam Al-Qurtubi
    Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil
    Di Semak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah
    Muka Surat: 1122

    Keterangan Buku :
    Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul“RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT” telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.
     
     

  4. Kuliah Kitab Jangan Bersedih

    Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : Noraine Abu
    Muka Surat: 611

    Keterangan buku:

    Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.
    Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalah tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi’in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntutan para ulama.
    Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maldumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
    Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkaskan. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih.”
    Dr. ‘Aidh bin Abdullah bin ‘Aidh Ali Majdu’ Al-Qarni. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjah (MA) dalam bidang hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada tahun 1422 Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Mufhim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Bulughul Maram dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ulama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. Dia pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam pertemuan dewan sastera dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuanpertemuan kebudayaan.

  5. Kuliah Kitab Jagalah Allah, Allah Menjagamu

    Pengarang : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : H.Sarwedi M.HSB
    Penyunting/Editor : Noraine Abu
    Muka Surat: 475

    Keterangan buku:

    Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan. pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya. Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut. Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.
    Apa yang diperintahkan Allah, itulah yang paling dicintaiNya, dan apa yang dilarang Allah itulah yang paling dibenciNya. Bila seorang hamba sentiasa memelihara apa yang dicintaiNya, nescaya Allah menaruh cinta kepadanya. Dan bila Allah telah mencintainya, maka sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith qudsi:
    Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi tangannya yang dengannya ia menggenggam menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. (AI-Bukhari)

    DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH BIN ‘AIDH ‘ALI MAJDU AL-QARNI. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin. Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjana (MA) dalam hidang Hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Muthim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Buluhul Maran dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ilama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. la pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam perbicara di dalam pertemuan dewan sastra dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuan-pertemuan kebudayaan.


FATEHTEAM NOTA KULIAH

22Nov 2019

Jika ahli keluarga kita sedang sakit dan tiba-tiba nazak, bagaimana untuk kenali tanda-tanda orang yang sedang nazak? Selepas saat nazak, mereka akan mengalami proses sakaratulmaut dan kematian. Keadaan orang yang nazak ni, kita kena kenalpasti dan wajib kita tahu cara untuk uruskannya bagaimana. Saat nazak tersebut, ahli keluarga terdekat boleh hubungi ahli keluarga dan anak-anak […]

22Nov 2019

“Ya Allah, jangan kau biarkan syaitan menggonggong iman aku dalam masa lima minit ini sedangkan aku telah istiqamah selama 60 tahun dan aku memohon sangat-sangat kepada kamu wahai Allah, tolong hantarkan malaikat rahmat untuk membantu aku ketika sakaratul maut.” Barangsiapa yang mengamalkan tiga perkara ini iaitu dia yakin, istiqamah dan dia sentiasa membacakan satu doa […]

12Nov 2018

  Apakah yang dikatakan dengan ujian luaran dan dalaman? Dugaan? Cabaran? Ujian luaran dan dalaman berkait rapat dengan mereka-mereka yang diperdayakan dengan beberapa perkara yang memperdayakan dalam hidup ini. Kita akan berhadapan dengan banyak ujian bila kita pilih untuk bersama dengan islam. Ujian ini dipanggil ujian luaran. Ujian yang cuba memperdayakan kita supaya kita tidak […]

24Oct 2018

”Saya pasti bahagia kalau saya kahwin dan punya anak.” ”Saya pasti bahagia kalau punya rumah sendiri.” ”Saya pasti bahagia kalau dapat pekerjaan itu.” ”Saya pasti bahagia kalau . . . ” PERNAHKAH Kita berfikir seperti itu? Dan, sewaktu mencapai cita-cita atau mendapat barang yang diingini, apakah kita boleh terus bahagia? Atau, apakah kebahagiaan itu kemudian […]

18Oct 2018

SALAH satu tanda kiamat dengan jelas disebutkan dalam Al-Quran dan Hadis Nabi Muhammad saw adalah Yakjuj dan Makjuj. Firman Allah, “Hingga apabila dibukakan (tembok) yakjuj dan makjuj, dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan telah dekatlah kedatangan janji yang benar (hari berbangkit), maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang- orang yang kafir. (Mereka […]

15Oct 2018

Apabila Palu dipalu oleh Allah SWT Disaat bumi digoncang dan diterbalikkan. Banyak misteri yang muncul di balik gelombang ‘maut’ yang menewaskan ribuan nyawa tersebut. Setelah lebih dari sepekan berlalu, satu per satu misteri tsunami Palu mulai terjawab. Allah swt jadikan kematian di Palu satu kematian yg amat dahsyat. Mereka sendiri tidak pernah terfikir akan terkena bencana […]

08Aug 2018

Apakah minyak dagu? Minyak dagu adalah sejenis minyak sihir yang di perbuat daripada anggota badan manusia yang telah mati ada juga di perbuat daripada manusia yang masih hidup… Bahagian anggota badan yang di gunakan adalah dagu…Itu sebab dipanggil minyak dagu. Ada kisah mengatakan minyak dagu di ambil daripada perempuan yang dibunuh kemudian kalau dapat lagi […]

08Aug 2018

  Apakah yang dikatakan dengan ujian luaran dan dalaman? Dugaan? Cabaran? Ujian luaran dan dalaman berkait rapat dengan mereka-mereka yang diperdayakan dengan beberapa perkara yang memperdayakan dalam hidup ini. Kita akan berhadapan dengan banyak ujian bila kita pilih untuk bersama dengan islam. Ujian ini dipanggil ujian luaran. Ujian yang cuba memperdayakan kita supaya kita tidak […]

11Oct 2017

DUA DOSA YANG DIANGGAP RINGAN OLEH MANUSIA YANG MENJADI ANTARA SEBAB MENDAPAT SEKSA KUBUR 1. Tidak menjaga diri dari percikan air kencingnya sendiri dan juga tidak membersihkannya dengan baik 2. Mengadu domba dan memburuk-burukkan manusia pada mata orang lain. Dalilnya adalah yang berikut: عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ […]



Call Now Button