Harga diri pastinya jauh lebih mahal dari harga sebutir intan berlian. Ini kerana Allah telah memasukkan pada diri kita “perhiasan” berbentuk hati dan perasaan. Maka dengannya kita mampu merasa dan memilih baik dan buruk, iman atau kufur. Sudahkah anda memilihnya di hari ini?

JANGAN MERASA DIRI BAIK

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita solat cukup 5 waktu serta tepat pada waktunya.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita bersedekah setiap hari malah lebih banyak nilai disedekahkan.*

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita nasihat dan tegur orang lain yang berbuat silap.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun kita sudah pakai jubah,beserban, bertutup litup dengan sempurna.*

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap malam kita jaga solat Tahajjud, Witir, Hajat dan amalan sunat lain.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun hari hari kita ke masjid atau surau untuk beribadah dan menambah ilmu.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap saat kita update status berunsur nasihat dan dakwah.

Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun setiap masa kita menolong orang lain.

JANGAN MERASA DIRI KITA LEBIH BAIK DARIPADA ORANG LAIN.

Kerana kita takkan pernah tahu dimanakah dan bilakah saat HATI kita IKHLAS melakukan amalan amalan soleh, menasihati orang serta beramal ibadah lain yang bakal diterima oleh Allah Swt.

Kita tak tahu amal manakah yang Allah terima.

Selalu letak diri kita dalam keadaan;

“Aku sedang perbaiki diriku dan cuba bantu orang lain ” untuk menjadi lebih baik.
Kerana Allah hanya memandang tepat pada hati hambaNya.

Wujud keikhlasan atau sekadar penuh Riak dan Hasad. Jadi laksanakanlah sesuatu kebaikan hanya kerana mengharapkan REDHA Allah.
Disamping kita perbaiki diri sendiri serta orang lain.

Hanya Allah yang akan terus beri kita PETUNJUK serta JALAN KEBENARAN.

Jadikanlah diri kita bernilai di sisi Allah. Jadikan diri kita orang yang bermanfaat pada yang lain. Moga ia menjadi ladang amal soleh dalam kehidupan kita dalam mendapat redha dan cinta Allah. 

Jom kita tambah nilai diri kita dengan mendengar pengisian dari Ustazah Norhafizah Musa. Moga ia memberi impak besar dalam mendidik diri kita ke arah yang lebih baik.

 
Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Nilai Diri
 

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video ini.
InsyaAllah.

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Cantik Mempesona
Olahan : Mardhiah Mustapha
Terbitan : Fateh Team

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Kuliah PERCUMA  : 👇👇👇👇

 

%d bloggers like this: