Live

Slider Livestreaming


TERBARU!!!

MILIKI HARI INI!!!

Thumbnail Tour de jannah-01


LIVE

06Jun 2018

Cepatnya masa berlalu. Ramadhan makin meninggalkan kita. Raya dah dekat, tinggal seminggu lagi.. Perasaan tak sabar nak balik kampung jumpa mak ayah, adik beradik, keluarga, jiran tetangga dan saudara-mara, nak makan ketupat rendang ,air tangan emak. Tapi, bila nak balik raya ni, mesti kene hadap jalan raya yang sesak. Memang tradisi dari zaman dulu lah […]

 

TERIMA KASIH KERANA LIVESTREAMING BERSAMA FATEHTEAM  :-)

DAPATKAN KOLEKSI-KOLEKSI KULIAH USTAZ KESAYANGAN ANDA DI SINI


RAKAMAN KULIAH SIARAN LANGSUNG

18May 2016

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani – JA 25 [180516] [#FatehteamKuliah] Kitab Jagalah Allah, Allah Menjagamu, Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam Lawati: web: www.fatehteam.com fb: www.facebook.com/teamfatehteam 💿KETAHUI Koleksi Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki Di Sini ≥≥≥ http://goo.gl/CTfgxE ========================= PERCUMA!!! Sertai Telegram Fatehteam Channel: Dengan Click Link: 👇👇👇 Telegram: Contact @teamfatehteam . . Facebook: https://www.facebook.com/teamfatehteam Youtube: https://www.youtube.com/fatehteam […]

29Apr 2016

  Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani – RKK 71 [290416] Kuliah Dhuha Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat, Masjid Al-Falah, USJ 9 . Tonton Live: 👇👇👇 www.fatehteam.com/live PERCUMA!!! Sertai Telegram Fatehteam Channel: Dengan Click Link: 👇👇👇 . Facebook: https://www.facebook.com/teamfatehteam Youtube: https://www.youtube.com/fatehteam . . 💿KETAHUI Koleksi Kuliah Ustaz Ahmad Dusuki […]


TERBARU!!!

 

Header ZAB-01

 

Header Buku Ustaz-01

Zikir Istighosah

 

 


KULIAH TERDAHULU

 

TERIMA KASIH KERANA MENONTON BERSAMA FATEHTEAM  :-)

DAPATKAN KOLEKSI-KOLEKSI KULIAH USTAZ KESAYANGAN ANDA DI SINI


IKUTI UPDATE TERKINI KAMI

Blog Traffic

Pages

Pages|Hits |Unique

  • Last 24 hours: 0
  • Last 7 days: 0
  • Last 30 days: 0
  • Online now: 0

5 KULIAH TOP RANKING RAKAMAN FATEHTEAM

Karangan Kitab-kitab Yang Hebat Di Kupas Oleh Penceramah Dengan Cara Yang Mudah Difahami Dan Menarik Menjadikan Kitab-kitab ini Semakin Di Minati Oleh Umat Islam Khususnya Di Malaysia.

  1. Kuliah Kitab Induk Pensucian Diri

    Induk Pensucian Diri

    (Al-mustakhlas fi Tazkiatin nafsi)

    Said Hawwa

    Penterjemah: Syed Ahmad Semait

    Penulis membicarakan perihal tazkiyatun-nafsi, atau pensucian diri dan semua selok-belok ilmu tasawuf, atau ilmu yang menunjukkan cara-cara mensucikan kebatinan seseorang manusia dalam menujukan diri kepada Allah s.w.t.

    Cetakan Kelima 2004.
    9971-77-306-9. 1426 m/s.

  2. Kitab Ziarah Ke Alam Barzakh

    PENULIS  : AL-IMAM JALALUDDIN AS-SUYUTI

    Manusia sesungguhnya tertidur; ketika mati, mereka terjaga (an-nas niyam; fa-idza matu, intabahu). Demikian sabda Rasul yang mulia. Ungkapan bernas initampaknya lebih merupakan peringatan serta pengajaran. Rasul yang mulia seperti hendak mengingatkan kita bahawa hidup ini tidak lebih dari sekadar mimpi sesaat. Kita akan benar-benar terjaga justeru setelah kita mati. Saat itu, kita akan sedar bahawa kehidupannya yang sebenar adalah kehidupan setelah kematian. Dalam konteks ini, memahami realiti kehidupan pasca-kematian akan senantiasa relevan dan signifikan bagi setiap muslim. Tujuannya bukanlah semata-mata memahami makna kehidupan pasca-kematian itu, tetapi apa yang lebih penting ialah memaknai hakikat kehidupan di alam fana ini.

    Imam Jalaluddin as-Sayuti cuba mengajak kita menziarahi alam barzakh – sebuah alam penantian yang penuh misteri pasca-kematian yang diyakini akan menentukan nasib setiap manusia dalam menuju terminal akhir kehidupan akhiratnya: syurga atau neraka. Buku di tangan anda ini berbicara tentang seluruh reality yang mungkin ditemui di alam barzakh. Di dalamnya dihuraikan pelbagai hal: masalah kematian, keutamaan dan metodenya, sifat malaikat maut dan bala tenteranya, perkara yang dapat memalingkan manusia menjelang sakaratulmaut, keadaan roh setelah meninggalkan jasad, keadaan di alam kubur, fitnah, seksaan dan sebagainya. Semua itu disajikan dalam pembahasan yang cukup menarik dan sarat dengan muatan sufistik. Oleh itu, buku ini sangat penting di baca sebagai bahan kontemplasi bagi siapa sahaja yang ingin mengharungi kehidupan ini dengan lebih bermakna.

  3. Kuliah Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat & Kiamat

    Pengarang : Imam Al-Qurtubi
    Alih Bahasa : Nabila Abd. Jalil
    Di Semak Oleh : Panel Editor Al-Hidayah
    Muka Surat: 1122

    Keterangan Buku :
    Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul“RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT” telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.
     
     

  4. Kuliah Kitab Jangan Bersedih

    Pengarang : Dr.Aidh bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : Noraine Abu
    Muka Surat: 611

    Keterangan buku:

    Buku ini merupakan hasil kajian yang sungguh-sungguh oleh penulis, yang cuba menyelesaikan berbagai masalah dalam kehidupan manusia. Permasalahan yang timbul akibat keraguan, kegelisahan, dukacita, penderitaan, kesedihan, keputusan, hilang harapan, kekecewaan dan berbagai lagi.
    Buku ini diharapkan dapat memberikan penyelesaian terhadap segala permasalah tersebut, melalui tuntutan cahaya wahyu, petunjuk ajaran Nabi, dan panggilan fitrah kemanusiaan, serta melalui berbagai saranan yang kreatif dan etika yang mengkagumkan. Di dalam buku ini juga terdapat berbagai nukilan sejarah para sahabat terbaik dan tabi’in terpilih. Juga ada beberapa potongan bait puisi para penyair terkemuka, nasihat daripada para doktor, pesanan para ahli hikmah dan tuntutan para ulama.
    Di antara lembaran-lembaran halaman buku ini terdapat pula beberapa hasil karya ilmiah dari ilmuan Timur dan Barat, terdahulu dan masa kini. Semuanya dirangkum dari berbagai sumber media maldumat, berupa tulisan yang terdahulu, majalah, makalah dan beberapa media lainnya.
    Buku ini merupakan kumpulan berbagai topik yang disusun rapi dan telah disaring serta diringkaskan. Ringkasnya, buku ini akan mengatakan kepada anda: “Bergembiralah, tenanglah, bersikap optimislah dan janganlah bersedih.”
    Dr. ‘Aidh bin Abdullah bin ‘Aidh Ali Majdu’ Al-Qarni. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin, Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjah (MA) dalam bidang hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada tahun 1422 Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Mufhim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Bulughul Maram dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ulama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. Dia pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam pertemuan dewan sastera dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuanpertemuan kebudayaan.

  5. Kuliah Kitab Jagalah Allah, Allah Menjagamu

    Pengarang : Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
    Penterjemah : H.Sarwedi M.HSB
    Penyunting/Editor : Noraine Abu
    Muka Surat: 475

    Keterangan buku:

    Allah memiliki perintah dan larangan. Ada perintah dan larangan untuk hati, lisan, penglihatan. pendengaran, perut dan anggota tubuh lainnya. Berbagai perintah dan larangan itu semestinya dipelihara oleh seorang hamba dengan melaksanakan perintah-perintah dan menjauhi larangan tersebut. Pendek kata, setiap persendian manusia diperintahkan untuk bertaqwa.
    Apa yang diperintahkan Allah, itulah yang paling dicintaiNya, dan apa yang dilarang Allah itulah yang paling dibenciNya. Bila seorang hamba sentiasa memelihara apa yang dicintaiNya, nescaya Allah menaruh cinta kepadanya. Dan bila Allah telah mencintainya, maka sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadith qudsi:
    Aku menjadi pendengarannya yang dengannya ia mendengar, menjadi tangannya yang dengannya ia menggenggam menjadi kakinya yang dengannya ia berjalan. (AI-Bukhari)

    DR. ‘AIDH BIN ABDULLAH BIN ‘AIDH ‘ALI MAJDU AL-QARNI. Beliau lahir pada tahun 1379 Hijrah di Al-Qarn, selatan Kerajaan Arab Saudi. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dari Fakulti Usuluddin. Universiti Al-Imam Muhammad bin Sa’ud pada tahun 1403-1404 Hijrah. Memperolehi Sarjana (MA) dalam hidang Hadith pada tahun 1408 Hijrah dengan risalah yang berjudul Bid’ah dan Pengaruhnya dalam Dirayah (Pengetahuan) dan Riwayah (Periwayatan). Memperolehi gelaran Doktor(Phd) dari Universiti yang sama pada Hijrah dengan risalah yang berjudul Kajian dan Penelitian Kitab Al-Muthim Syarah Shahih Muslim Karya tulisan Al-Qurthubi.
    Dia telah merakam hasil karyanya yang bernafaskan Islam dalam bentuk kaset dalam jumlah lebih dari 800 buah kaset tentang topik khutbah, pelajaran, ceramah, karya syair dan sastera. Hafal Al-Qur’an dan Kitab Buluhul Maran dan hafal hadith sebanyak lebih kurang 5000 buah hadith dan lebih dari 10000 bait syair.
    Adapun mengenai karya tulisannya, dia telah menulis berbagai karya tulisan tentang hadith, tafsir, fiqh, sastera, sirah (perjalanan hidup/sejarah) dan biografi para tokoh ilama’.
    Dia ikut serta dalam puluhan kongres dan penemuan. la pernah menghadiri Muktamar Pemuda Arab Muslim, Muktamar Al-Kitab was-Sunnah di Amerika Syarikat dan pernah menjadi juru pembicara di dalam perbicara di dalam pertemuan dewan sastra dan matematika dan menjadi juru pembicara dalam berbagai universiti dan pertemuan-pertemuan kebudayaan.


SOKONG USAHA INI

Call Now Button