Sesungguhnya, kebahagiaan itu adalah sesuatu yang didambakan oleh setiap manusia. Ia menjadi matlamat terakhir yang ingin dicapai dalam kehidupan seorang yang bergelar insan. Kefahaman atau interpretasi manusia terhadap makna kebahagiaan pula bersifat subjektif. Setiap soalan tentang maksud bahagia bagi setiap orang berkemungkinan menghasilkan jawapan yang berbeza-beza.

Kemungkinan makna kebahagiaan di sisi seorang kanak-kanak ialah apabila dia berada di sisi kedua ibu dan ayah yang sanggup untuk menunaikan apa sahaja hasrat keinginannya. Manakala bahagia seorang ibu dan ayah apabila anak yang dilahirkan, dibesarkan dan diberikan didikan itu berjaya dalam kehidupannya seterusnya dapat berbakti kepada kedua orang tuanya. Mungkin juga rasa bahagia orang miskin dan orang kaya juga berbeza. Namun, kesemuanya boleh menerima apabila bahawa kebahagiaan itu asalnya berada dalam sanubari setiap insan, bukan pada fizikal mereka.

Oleh sebab itulah, bagi sebahagian manusia yang mencari kebahagiaan melalui material yang diangkat sebagai sumber atau matlamat kebahagiaan sebenar, kerap kali menemui kegagalan dalam pencarian tersebut melainkan ianya hanya dijadikan sebahagian dari sebab untuk mendapat kebahagiaan semata-mata dengan syarat-syaratnya perlu dipenuhi.

Pelbagai ragam manusia yang mencari kebahagiaan pada pentafsiran nafsu, bukan berpandukan wahyu yang memimpin akhirnya pasti akan menemui kegagalan atau tidak bertemu jawapan. Jawapan yang ditemui oleh mereka setelah memperolehi apa yang didakwa di situlah wujudnya bahagia adalah sebenarnya bahagia itu tidak pernah ada. Bahkan mungkin sahaja mereka menuturkan aku tidak ingin bahagia, atau tiada ada apa yang diistilahkan sebagai bahagia. Tekanan kehidupan juga menjadikan bahagia itu hilang jika tidak diuruskan dengan betul. Jika Setiap ujian itu dihadapi dengan tabah dan sabar, insyallah pasti akan nampak setiap hikmah yang tersurat dan tersirat. 


Lalu, bagaimana sebenarnya kebahagiaan itu dapat ditemui? Bagaimana untuk mencarinya? Bicara ringkasnya, sesuatu yang dicari hanya akan ditemui pada pemiliknya yang memilikinya. Andai anda ditanya, siapakah pemilik kebahagiaan. Jawapan seorang mukmin dan muslim, Allahlah Pemilik kebahagiaan yang sebenar. Pasti akan ditemui panduanNya untuk sekalian makhluknya tatacara dan panduan bagaimana untuk menemui, memperolehi dan mengecapi kebahagiaan.

Cd Kompilasi La Tahzan bertemakan motivasi, kekeluargaan, kerjaya dan rumahtangga. Memberi jawapan kepada makna sebuah Kebahagian. Dan pasti  akan temui bahagia itu  sama ada di tempat kerja, di rumah mahupun di mana sahaja. Bahagia itu hadir di dalam hati. Dan mengikut kemana sahaja  destinasi.

Sesuai didengar bersama ahli keluarga tersayang dan di hadiahkan kepada sahabat dan mereka yang bakal mendirikan rumahtangga. Majikan juga boleh berikan hadiah Cd ini kepada pekerja untuk meningkatkan motivasi mereka dalam pekerjaan. Banyak tips kekeluargaan dan motivasi boleh di ambil dalam siri kuliah ini.

CD ini adalah merupakan Siri Kuliah Kitab La Tahzan dan tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam siri ini adalah seperti berikut :-

1) Tulislah Sejarah hidup Dengan Kebaikan

2) Kebergantungan Pada Allah Saat Susah Dan Senang

3) Waspada Terhadap Kerinduan

4) Perkara yang menjadikan Hidup Sempit

5) Carilah Sahabat

6) Perlunya Rasa Tenang

7) Bersemangatlah! Jangan MALAS

8) Kata-kata yang baik meringankan Musibah

9) Hakikat Bahagia.

9 siri  Kuliah yang hampir 9 Jam ini sesuai untuk dijadikan silibus dalam rumahtangga dan di dengar bersama anak-anak dan ahli keluarga. Cd Kompilasi La Tahzan juga sangat sesuai dihadiahkan kepada teman-teman dan pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga.
CD KOMPILASI LA TAHZAN

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Kitab : La Tahzan
Jumlah Kuliah : 9 Kuliah
Format : MP3
Harga : RM20.00
Terbitan : Fatehteam
Dapatkan sekarang CD Kompilasi Senafas Ke Barzakh.
Tempahan : https://www.wasap.my/60196066697

Moga Cd Kompilasi La Tahzan dapat menambahkan ilmu, memberi motivasi dan sebagai penghibur di saat berdukacita. Moga ia juga dapat membantu dalam memberi jawapan kepada kita semua dalam menuju bahagia yang di impikan dalam hidup.

 

%d bloggers like this: