KURSUS WANITA QURANIYAH – USTAZAH NORHAFIZAH MUSA

 

“Wanita solehah sedar akan identiti dan peranan mereka di atas muka bumi, sama ada sebagai anak perempuan, saudara perempuan atau sebagai seorang ibu.

Antara tanggungjawab wanita yang paling besar adalah sebagai seorang ibu dalam mendidik anak-anak dan membina keperibadian mereka berbanding bapa. Ini adalah kerana anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka dan kebanyakan waktu mereka dihabiskan bersamanya. Di samping itu, pengetahuan ibu yang mendalam dalam perkembangan anak-anak dari peringkat bayi kepada kanak-kanak, remaja seterusnya menjadi dewasa dari sudut akal, perasaan dan keperibadian.

Peranan para ibu bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka dengan pendidikan Islam yang teratur, membesarkan mereka dalam suasana pembesaran yang solehah yang berdiri di atas asas-asas akhlak mulia yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w.

 

Penceramah : Ustazah Datuk Norhafizah Musa
Tajuk : Wanita Quraniyah

Oleh itu betapa pentingnya para wanita menjadi Wanita Qur’aniyah Abad Milenium ini yang penuh mencabar. Bayangkan kita menjadi wanita Qur’aniyah yakni wanita yang akhlak dan peribadi acuan Al Quran yang bergerak. Jika kita seorang ibu, kita akan mendidik anak-anak mengikut acuan Al Quran. Jika kita seorang isteri, kita menjadi bidadari penyejuk hati suami. Jika kita bekerjaya , kita menjadi inspirasi sahabat-sahabat seperjuangan kita dengan nilai kemasyarakatan yang tinggi.

Ayuh para wanita, kembalilah wanita umat ini kepada Al-Quran! Hidupkan rumah kalian dengan Al-Quran, bangkitkan kalbu kalian dengan Al-Quran, dan hiasilah hati kita dengan Kitab Allah! Semoga Allah swt suburkan jiwa kita dengan ayat-ayat-Nya, mengembalikan kita kepada Al-Quran dengan cara yang baik, dan memberi petunjuk kepada kita ke jalan yang lurus. 

WANITA QUR’ANIYAH ABAD MELLENIUM

Setelah sekian lama tidak bertemu di dalam program khas untuk wanita, pada tahun ini Ustazah dan team akan menganjurkan sebuah Program Pembangunan Kecemerlangan Wanita yang bertemakan “Wanita Quraniyah Abad Milenium”

Menjadi duta Allah di atas muka bumi merupakan nikmat terindah dan pelaburan akhirat yang paling berbaloi.

Ia dapat diperolehi dengan kita menghiasi personaliti diri menjadi ahli qurani menerusi 3M iaitu (membaca, menghafaz & menghayati)

Antara intipati program ialah mengupas mengenai cabaran wanita qur’aniyah akhir zaman dan perkongsian wanita qu’raniyah.

Maka kursus kecemerlangan wanita kali ke-12 ini akan menyingkap personaliti ini secara lebih jelas dan sistematik untuk kita mengapainya.

Kaedah penyampaian kursus yang menggabungkan kekuatan audio , visual, simulasi, game dan terapi InsyaAllah akan menjadikan kursus ini lebih dinamik terutama dalam menyentuh keupayaan emosi, spritual dan kerohanian.

Oleh itu Ustaz Dan Ustazah ingin mengajak wanita-wanita di luar sana mengikuti program ini bagi mendalami kupasan yang lebih mendalam. Para suami juga mungkin boleh menghadiahkan kepada isteri untuk menghadiri program ini.

Maka jangan lepaskan peluang untuk anda menghadiri kursus yang penting yang perlu dihadiri oleh setiap wanita.

SEMINAR WANITA QURANIYAH

TAJUK : WANITA QUR’ANIYAH ABAD MELLENIUM

Tarikh: 31 Mac 2018
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), KL
Yuran : RM170 seorang

TEMPAT ADALAH TERHAD

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut mengenai program boleh hubungi :

Puan Noorain : 017-937 8264

 

 

 

 

 

 

 

Cik Ismi : 011-3344 5474

 

Sekian dan salam hormat dari kami berdua:
Ustaz Dr Azahar bin Yaakub dan Ustazah Norhafizah Musa

%d bloggers like this: