Perkara seterusnya yang dapat menghindarkan diri dengan azab kubur ialah kesabaran apabila menghadapi anak yang disayangi.

Apabila anaknya itu meninggal dunia, Allah mengutuskan malaikat untuk memerhatikan sama ada ibu bapanya mampu bersabar menghadapi ujian itu.

Sekiranya mereka dapat bersabar, bertahan dengan kehilangan itu dan kembali kepada Allah, pada waktu itu Allah akan memerintahkan agar sebuah istana pujian (baitul hamd) dibina di dalam syurga. Anak-anak kecil yang meninggal dunia itu akan menunggu ibu bapanya di pintu syurga dan apabila ditanya oleh malaikat, mereka akan berkata bahawa ibu bapanya belum lagi masuk ke syurga.

Kemudian apabila dimaklumkan oleh malaikat bahawa ibu bapanya sedang berada di dalam neraka, anak-anak itu akan menangis teresak-esak sambil mengadu kepada Allah tentang keinginannya untuk memimpin tangan kedua ibu bapanya kerana tidak dapat melakukannya sewaktu di dunia.

Dengan rahmat Allah, diperintahkan kepada malaikat agar mengeluarkan ibu dan bapa kanak-kanak itu daripada neraka dan diberikan syafaat agar dapat dimasukkan ke dalam syurga.

Tetapi ibu dan bapa itu juga seharusnya sentiasa berusaha melakukan amalan baik agar dapat masuk ke dalam syurga Allah.

Jika ada anak meninggal saat dia masih janin, adakah perlu ibubapa memberi  nama kepada anak mereka? Soalan tersebut akan terjawab pada kuliah di bawah ini.

Penceramah : And Rani
Tajuk : Anak, Tungguku Di Pintu Syurga

Ziarah  Ke Alam Barzakh : http://www..com/ziarah-ke-alam-barzakh/
Sila Klik Gambar Di Bawah :

 

 
%d bloggers like this: