Keluarga Sakinah Menuju Jannah

 

Setiap dari kita ingin membina keluarga sakinah menuju jannah. Oleh itu,  Islam sangat menitikberatkan ketenteraman jiwa kedua-dua belah pihak suami dan juga isteri dalam pernikahan.Dalam sebuah rumah tangga, peranan isteri untuk merangsang suasana yang ceria dan romantis sangat disanjung oleh Islam. Sesungguhnya Allah mencintai seorang isteri yang pemujuk, halus pekertinya terhadap suami dan pandai menjaga diri dengan orang lain.

Manakala, para suami juga  perlu melihat suri teladan yang telah dipamerkan oleh Rasulullah selaku seorang suami yang unggul seni pergaulannya dengan isteri-isteri Baginda.

Anas r.a menceritakan: “Nabi s.a.w seorang yang berperangai halus dan penyayang.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain: “Rasulullah s.a.w ialah orang yang paling banyak bergurau dengan isteri-isteri Baginda.” (Riwayat al-Bazzar, al-Tabarani dan Ibn Abi Dunia)

Aisyah r.a menceritakan: “Nabi pernah membaca al-Quran, sedang kepala Baginda berada si atas pangkuanku, padahal aku dalam keadaan haid.” (Riwayat al-Bukhari)

Kasih sayang dalam rumah tangga bukan setakat pada hubungan suami isteri. Malah ia juga melibatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Sesungguhnya dengan kejadian pelbagai gejala sosial mutakhir ini, menjadi suatu yang amat mustahak untuk kita semua bermuhasabah sejauh mana rumah tangga kita subur dengan kehangatan kasih sayang.

Anak-anak yang rasa disayangi dan menyayangi ibu bapanya akan lebih prihatin untuk menjaga nama baik keluarga dan sentiasa rasa bermotivasi untuk berusaha meraih kecemerlangan hidup.

Abu Umamah berkata: “Rasulullah s.a.w pernah melihat seorang ibu dengan dua orang puterinya, seorang didukung dan seorang lagi dipimpin tangannya. Lalu Rasulullah bersabda: ‘Kamu ibu yang tabah dan penyayang. Apabila mereka (ibu-ibu) tidak derhaka kepada suami, maka sesiapa antara mereka yang menjaga solat pasti akan masuk syurga.” (Riwayat Ibn Majah)

Puisi ringkas dari Ustazah Norhafizah Musa :
Ya Allah, jadikanlah aku alat kasih-Mu,
Di mana ada benci, biar aku tebarkan cinta,
Di mana ada hati-hati terluka, biar aku menjadi penghiburnya,
Di mana ada keraguan, biar aku menanam keyakinan,
Di mana ada putus asa, biarkan aku menyuntik harapan,
Di mana ada kegelapan, biarkan aku menyuluh cahaya.

Semoga Allah memberkati rumah tangga kita semua. 

CD Kompilasi JomToJannah  Siri 1 – Ustazah NorHafizah Musa Dan Ustaz Dr Azahar Yaakub

CD ini merupakan kompilasi perkongsian bersama Ustazah NorHafizah Musa Dan Ustaz Dr Azahar Yaakub yang telah bersiaran menerusi slot Kapsul Dan Hikam  di Page JomToJannah. 
 
Ia memberi penekanan kepada elemen rumahtangga,  kekeluargaan, kasih sayang, kerjaya muhasabah, motivasi dan pengajaran ke arah membina keluarga sakinah. Tazkirah ringkas dengan doa,  penceritaan dan pengajaran yang santai membuatkan para pendengar mudah memahami ilmu yang disampaikan. 

12 siri Tazkirah Santai ini sesuai untuk dijadikan silibus dalam rumahtangga dan di dengar bersama anak-anak dan ahli keluarga di dalam kereta. Cd Kompilasi JomToJannah  juga sangat sesuai dihadiahkan kepada teman-teman yang bakal mendirikan rumahtangga.

Moga Cd Kompilasi JomToJannah ini dapat membantu para pendengar dalam meningkatkan motivasi, mengkoreksi diri serta membentuk keluarga sakinah menuju jannah.

CD ini mengandungi kompilasi 12 siri tazkirah santai JomToJannah.  Atas permintaan ramai, siri ceramah ini diterbitkan dan diharapkan ianya memberi manfaat dan kebaikan yang banyak.

Senarai Tajuk Cd Kompilasi JomToJannah (Siri 1) :
1. Penyelam Mutiara
2. Berkongsi Gigi.
3. Rumahtangga Perlu Kematangan
4. Harga Segelas Susu
5. Telinga Ibu
6. Nilai Diri
7. Tukang Gunting Rambut
8. Warna Belon
9. Keluarga Sakinah
10. Tempayan Pecah
11. Membeli Masa Ayah
12. Belajar Dan Terus Belajar


CD KOMPILASI JomToJannah (Siri 1)

Penceramah : Ustaz Dr Azahar Yaakub Dan Ustazah Norhafizah Musa
Jumlah Tazkirah : 12 Tazkirah
Format : MP3
Harga : RM20.00 
Terbitan : Fatehteam

Dapatkan sekarang CD Kompilasi  JomToJannah dengan whatssap Fatehteam di 019 60 666 97 dengan kod J2J 

ATAU

Tempahanhttps://goo.gl/5xSShz

SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK TEMPAHAN

 

 

%d bloggers like this: