kemuliaan-01.jpg

Ada dua sahabat yg terpisah cukup lama. Rahman dan Mizi. Rahman seorang yang pintar , bijak dan cerdas. Dari keluarga yang susah. Manakala Mizi dari keluarga yang sederhana.

Setelah terpisah cukup lama, keduanya bertemu di tempat yang istimewa; di koridor wudhu, koridor toilet sebuah masjid megah dengan infrastruktur yang cantik, yang memiliki pemandangan pergunungan dengan kebun teh yang terhampar hijau di bawahnya. Sungguh indah mempesona.

Sekarang Mizi seorang pegawai kerajaan . Dia tetap menjaga kesolehan dan amal ibadahnya.

Biasanya setiap kali Mizi keluar kota, dia sempatkan diri untuk singgah di masjid di kota yang dia singgahi. Dia akan memperbaharui wudhu, dan sujud syukur. Jika ada waktu untuk Solat sunat,dia akan Solat sunat di masjid yang disinggahinya.

Seperti biasa, dia tiba di Puncak Pekanbaru. Mizi mencari masjid lalu dia bergegas masuk ke masjid yang dia temui.

Di sanalah dia bertemu dengan Rahman. Cukup terperanjat Mizi. Dia tahu sahabatnya ini berasal dari keluarga susah, tapi seorang yang pintar luar biasa.

Mizi tidak menyangka setelah hampir dua puluh tahun kemudian dia ditakdirkan bertemu dengan Rahman sebagai tukang jaga atau siak di masjid.

“Maaf,” “Kamu Rahman kan? Rahman kawan SMKB saya dulu?”.
“Ya”
Lalu berpelukan mereka.
“Hebat sekali Kamu ya Mizi… mashaallah…”.
puji Rahman saat melihat Mizi masih dalam keadaan memakai suit koprat. Lengan yang digulungnya untuk persiapan wudhu, menyebabkan jam mewahnya terlihat .
“Ah, biasa saja…”.balas Mizi

Mizi merasa hiba. Rahman dilihatnya sedang memegang mop. Seluarnya disentengkan, dan kopiahnya ditarik ke belakang sehingga kelihatan dahinya yg lebar.

“Man… Ini kad nama saya…”.

Rahman melihat. “Pegawai…”. Wuah, mantap dan hebat.”

“Man, nanti habis saya solat , kita sembang ya. Maaf, jika awak berminat, di pejabat saya ada pekerjaan yg lebih baik dari siak di masjid ini. Maaf…”.

Rahman tersenyum. Ia mengangguk. “Terima kasih ya… . Selesaikan solat awak dahulu. Saya ingin selesaikan mop lantai ini… Silakan ya. ”.

Sambil wudhu, Mizi asyik memikirkan Rahman. Mengapa Rahman yang pintar, cuma bekerja sebagai siak di masjid ini. Ya, bukan salahpun kerja sebagai siak , tapi siak… ah, fikirannya tidak mampu membenarkan.

Air wudhu membasahi wajahnya…

Sekali lagi Mizi memerhatikan Rahman yang sedang mengemop. Jika Rahman mengerjakan pekerjaannya ini di pejabat, maka sebutannya bukan siak. Melainkan “office boy Atau cleaner”.

Tanpa sedar, ada yg solat di belakang Mizi. Sama-sama Solat sunnah agaknya.
Ya, Mizi sudah solat fardhu di masjid sebelumnya.
Mizi sempat melirik orang sebelahnya. “Mungkin ini kawannya Rahman…”, katanya.
Mizi menyelesaikan doanya secara singkat. Ia ingin segera bertemu dengan Rahman.

“Encik,” tiba-tiba anak muda yg solat di belakangnya menegur.

“Iya dik..?”

“Encik, kenal dengan Haji Rahman…?”

“Haji Rahman yang mana…?”

“Itu, yang Encik bersembang tadi…”

“Oh… Rahman … Iya. Kenal. Kawan saya dulu di SMKB. sudah haji dia?”

“Dari dulu sudah haji encik. Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…”.

Kalimat itu begitu datar. Tapi cukup menampar hati Mizi… Dari dulu sudah haji… Dari sebelum beliau bangunkan masjid ini…

Anak muda ini kemudian menambahkan, “Beliau orang hebat . Tawadhu’. Sayalah siak masjid ini sebenarnya. Saya pekerja beliau. Beliau yang dirikan masjid ini di atas tanah wakafnya sendiri. Beliau bangun sendiri masjid indah ini, sebagai masjid transit bagi mereka yang ingin solat. encik nampak mall megah di bawah sana? Juga hotel indah di seberangnya? … Itu semua milik beliau… Tapi beliau lebih suka menghabiskan waktunya di sini. Bahkan salah satu kesukaannya, aneh. Iaitu menggantikan dengan tempat saya. Kerana suara saya bagus, kadang kala saya disuruh mengaji dan azan…”.

Terdiam Mizi, entahlah apa yg ada di hati dan di fikirannya…

Bagaimana menurut kita ?

Jika Rahman itu adalah kita, mungkin saat bertemu kawan lama yang sedang melihat kita membersihkan toilet, segera kita beritahukan posisi kita siapa yg sebenarnya.

Dan jika kemudian kawan lama kita ini menyangka kita siak masjid, maka kita akan menyangkal dan kemudian menjelaskan secara detail begini dan begitu. Sehingga tahulah kawan kita bahwa kita inilah pewakaf dan yang membangunkan masjid ini.

Tapi kita bukan Haji Rahman. Dan Haji Rahman bukannya kita. Dia selamat dari rosaknya nilai amal, Tenang saja. . Haji Rahman merasa tidak perlu menjelaskan apa-apa. Dan kemudian Allah yg memberitahu siapa dia sebenarnya…

MashaAllah

Orang yang ikhlas itu adalah orang yang menyembunyikan kebaikannya, seperti dia menyembunyikan keburukannya

#FatehteamTeladan

Sertai Telegram Fatehteam Channel: PERCUMA!!!
Dengan Click Link:
👇👇👇
Telegram: Contact @teamfatehteam

Call Now Button