Iman kita terkadang naik dan turun. Begitu juga semangat kita. Up and down. Kadang-kadang kita rasa bahagia. Terkadang kita rasa gelisah. Terkadang terasa sedih membuai jiwa. Terkadang terasa sunyi dan sendiri. Ada kalanya merasa gembira dan senang hati. Itulah perasaan, tak nampak. Tapi dapat di rasa. Allah berikan pelbagai perasaan di hati ini. Untuk kita belajar memahami, menghayati, menghargai dan syukur. Walau bagaimanapun perasaan kita saat itu, sentiasa hadirkan hati kita pada Allah. Allah yang membolak balik hati ini. Sentiasa berdoa pada Allah agar hati kita sentiasa dalam keimanan.

Sebuah doa yang kita sering terlalai dari meminta nya. Menjelaskan soal hikmah dan kebijaksanaan. Di dalam Surah Yusuf Ayat 22. Apabila Nabi Yusuf sampai umur dewasa, Allah kurniakan kepada Nabi Yusuf Kebijaksanaan. Hikmah dan hukman wailman.

Mari kita mohon pada Allah doa ini supaya bertambah ilmu kita. Di zaman moden ini kita perlukan ilmu dan hikmah. Jangan terlupa untuk bermohon pada Allah untuk memohon ilmu dan hikmah.

Sama-samalah kita tarbiyah diri kita. Jom hayati pengisian dari Ustazah.

USTAZAH DATUK DR NORHAFIZAH MUSA – JANGAN LUPA DOA INI

 

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Jangan Lupa Doa Ini

Jom hayati pengisian dari Ustazah. InsyaaAllah

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Jangan Lupa Doa Ini
Olahan : Mardhiah Mustapha
Terbitan : Fateh Team

Dapatkan CD Kuliah Ustazah Norhafizah Musa Disini : https://goo.gl/CeyBCT

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Mahligai Cinta Oleh Ustazah Norhafizah Musa.  : 👇👇

%d bloggers like this: