Apa itu  Huruf-huruf Jar (حُرُوْفُ الْجَرِّ). 

Huruf jar adalah huruf-huruf tertentu yang membuat kata benda (isim) menjadi majrur (contoh majrur untuk isim mufrad adalah tanda harakat kasrah).

Fungsi Huruf Jar.

Membaris bawahkan Isim Selepasnya.

Kaedah Huruf Jar 

  • Sebelum  Huruf jar itu  adalah isim, ia bersambung pada isim.
  • Huruf jar itu tidak bersambung pada fi’il (kata kerja yang terikat waktu).
  • Huruf jar merupakan tanda pengenal isim.

9 Huruf Jar

  1. مِنْ = dari
  2. إِلىَ = ke
  3. عَنْ = dari
  4. عَلىَ = di atas
  5. فِي = di dalam
  6. رُبَّ = banyak/sedikit
  7. ب = dengan
  8. ك = seperti
  9. ل = milik/kepunyaan

Contoh Penggunaan Huruf Jar

Contoh penggunaan مِنْ adalah:
– Isim = النَّاسُ , Ertinya manusia
– Disebabkan didahului oleh huruf jar مِنْ , maka isim menjadi majrur = النَّاسِ
– Jadinya = مِنَ النَّاسِ = minan naasi
– Ertinya = dari manusia.

Contoh penggunaan إِلىَ adalah:
– isim = السُّوْقُ , Ertinya pasar
– Disebabkan didahului oleh huruf jar إِلىَ , maka isim menjadi majrur = السُّوْقِ
– Jadinya = إِلىَ السُّوْقِ = ilas suuqi
– Ertinya = ke pasar

Penceramah : Ustaz Mohd Safwan Bin Mohd
Tajuk : Huruf-huruf Jar (حُرُوْفُ الْجَرِّ)

Set VCD Bahasa Arab Harfiah (Asas) :  http://www.fatehteam.com/bahasa-arab/vcd-bahasa-arab-harfiah/
Sila Klik Gambar Di Bawah :

 

 
%d bloggers like this: