Duhai hati, apa khabar iman? Antara tanda hati yang hidup ialah hati yang dikurniakan cinta dan rindu kepada Allah s.w.t. Merasa kemanisan iman dalam ibadah. Manakala tanda hati mati apabila melakukan maksiat, langsung tidak rasa bersalah dan sedih. Bahkan berasa bangga. Tanyakan pada diri sama ada hati kita sedang hidup atau mati? Ayuh kita sama-sama muhasabah iman.  Hidupkan balik hati kita dengan istighfar, sedekah dan melakukan amal soleh.

Dari Ibnu Abbas r.a katanya : ” Ada tujuh petanda kebahagiaan dunia, iaitu :

  1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur
  2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh

  3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh

  4. Albiatu sholihah, iaitu suasana yang kondusif (baik) untuk iman kita

  5. Al malul halal, atau harta yang halal

  6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama

  7. Umur yang barakah – ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah.”

Moga kita miliki ketujuh-tujuh kebahagiaan di atas. Setiap saat, pastikan hati kita sentiasa bersih. Bila kita memandang seseorang dengan pandangan yang baik, itu antara tanda hati yang bersih. Bersih dari iri hati, sakiti hati, benci dan sifat mazmumah. 

Siapa yang ingin baik hidupnya maka perbaikilah hatinya, sebab dari baiknya hati, lahirlah kebaikan hidup..

Siapa yang ingin baik hatinya maka perbaikilah solatnya, sebab dari baiknya solat, lahirlah kebaikan hati..

Siapa yang ingin baik solatnya maka perbaikilah ilmunya, sebab dari baiknya ilmu, lahirlah kebaikan solat..

Sesiapa yang ingin baik ilmunya maka perbaikilah amalnya, sebab dari baiknya amal, lahirlah kebaikan ilmu..

Sesiapa yang ingin baik amalnya maka perbaikilah imannya, sebab dari baiknya iman, lahirlah kebaikan amal..

β€œKebaikan hidup tidak bergantung pada tubuh badan yang sempurna tetapi ia bergantung pada hati dan iman yang sempurna.”

Perbaiki Akhlak dengan Solat.

HATI HIDUP VS HATI MATI : USTAZAH NORHAFIZAH MUSA 

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Hati Hidup VS Hati Mati

 

Sila Klik Gambar Dibawah Untuk Dapatkan CD PERCUMA :πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

 

Sumbangan Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz : https://goo.gl/ghXoJF

Sila Klik Gambar Di Bawah :πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

 

Rancangan JomToJannah Bersama Ustazah Norhafizah Musa di page Facebook JomToJannah: www.facebook.com/jomtojannah

Sila Klik Gambar Di Bawah :πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

 

 

%d bloggers like this: