Ada setengah orang seronok hari Jumaat sebab esoknya nak cuti. Ada setengah orang takut hari Jumaat sebabnya Hari Jumaat berlakunya hari Kiamat.

Untunglah pada mereka yang takut pada hari Jumaat kerana mereka akan mempersiapkan diri untuk menempuh hari itu dengan bekalan iman dan amal. Semoga kita sentiasa upgrade iman kita setiap hari dengan amal kebaikan.

Apa-apa pun cuba usahakan Untuk Kita Sama-sama  amalkan Surah Al-Kahfi  walaupun 10 ayat. Paling “sikit” pun hafal 1 surah.

Bulan ini Ustaz Ahmad Dusuki baru memulakan pengajian tafsir Surah Al Kahfi. Bagi yang ingin mengikuti dan menghayati pengajian tafsir Surah Al Kahfi bolehlah dapatkan cd pengajian tafsir Surah Al Kahfi  terbitan  Fatehteam.

IMG_0007.JPG

 

Begitu banyak kelebihan Dan manfaat bagi yang mengamalkan bacaan Surah Al Kahfi setiap Hari Jumaat.

 

👉Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

 

👉Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.” [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa’i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

 

👉Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.” [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa’i ]

 

👉Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dari surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” [ Hadis Riwayat Ahmad ]

 

👉Daripada Abi Said Al Khudri berkata:”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.” [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

 

Moga Kita Bukan sekadar membaca Sahaja  bahkan Kita menghayati intipati Dari Surah Al Kahfi.

 

#FatehteamNotaKuliah

Kuliah : Ustaz Mohammad Najmi
Tajuk : Nilaian TAQWA

Sebarkan ilmu dan kebaikan.
Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/
Sila Klik Gambar Di Bawah Ini :

%d bloggers like this: