Subhanallah, Maha Pemurahnya Allah. Lalu di kubur pun dapat pahala.

Bayangkan kalau kita buat kerja sikit dan majikan kita bagi bonus banyak. Mesti seronokkan.

Allah lagilah Maha Pemurah untuk HambaNya.

Siapa yang lalu di kuburan, lalu dia membaca 21 kali surah al ikhlas dan ditujukan pada si mati, maka pahala yang mereka dapat sebanyak mana orang yang di kebumikan di perkuburan itu.

Subhanallah. Orang yang mati pun terselamat dari azab kubur dan orang yang hidup pula mendapat ganjaran pahala.

Sungguh Allah Maha Baik. Ruginya jika kita sebagai hamba masih leka dan lalai.

Ayuh para ibu berpesan pada anak-anak. Bila berada di kubur baca ayat kursi dan surah al ikhlas. Didik dari awal. Bila kita meninggal, menjadi kebiasaan anak menziarahi kita di pusara.

Beruntunglah bila mana kita meninggal dunia, ramai orang soleh datang ziarah pusara kita dan bacakan doa untuk kita.

Orang soleh itu mungkin anak-anak kita, ahli keluarga kita, sahabat-sahabat , jiran- jiran atau rakan sekerja kita. Oleh itu pentingnya untuk kita lahirkan ramai masyarakat islam yang soleh.

Moga kita dikalangan orang yang beruntung.

Moga bila kita meninggal dunia, ramai orang soleh yang datang ziarahi ke pusara kita dan membacakan doa buat kita.

Penceramah : Ustaz Ahmad Dusuki

Tajuk : Ganjaran Di Perkuburan

Ziarah Alam Barzakh : http://www.fatehteam.com/ziarah-aku-di-pusara/
Sila Klik Gambar Ini :

Call Now Button