Thumbnail Youtube Fastaqim-01

 

MUQADDIMAH
فاستقم كما أمرت
Memaknakan PAS sebagai sebuah Harakah Islamiah berwajah gerakan massa yang unggul dan bertanggungjawab menggalas amanah memimpin dan membimbing ummah kearah menghasilkan perubahan total pada sistem dan dasar pemerintahan negara sekaligus Membina Malaysia Sejahtera berteraskan panduan wahyu dan sunnah, maka seluruh keupayaan tenaga PAS dan rakyat prihatin mesti segera digerak dan dikerah membentuk gelombang kebangkitan.
 .
Masyarakat kini sedang menanti bahtera penyelamat untuk mereka keluar dari arus dan gelora politik  negara yang tidak stabil dan ekonomi yang kian rencam. PAS adalah harapan dan kepercayaan ummah. Bangunlah ! Bangkitlah ! Fastaqim ! Pacu perjuangan ini . Justeru itu buat pertama kali dalam sejarah, 4 sayap penting parti bergandingan mencetus kebangkitan.
 .
HIMPUNAN FASTAQIM H60K
Tarikh   : 17 Oktober 2015
Hari      : Sabtu
Masa    : 4.00 petang – 11.55 malam
Tempat : Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu Kelantan Darul Naim.
TEMA : FASTAQIM
 
MATLAMAT :
Pengembelingan kekuatan dan memimpin kebangkitan  pejuang untuk terus Istiqamah mendepani cabaran dan memuktamadkan kemenangan.
 .
OBJEKTIF :
1. Menyemarak semangat perjuangan.
2. Memusatkan pengarahan dan memimpin tindakan
3. Mewujudkan Wehdatul Fikri dan wehdatul Amal
4. Merapatkan saff dan mengeratkan ukhuwwah Fillah
5. Persiapan spiritual, mental dan fizikal menghadapi PRU 14
 .
Sekian
Nasrudin bin Hassan
Setiausaha Himpunan Fastaqim

 

FASTAQIM: PART 1

 

 

FASTAQIM: PART 2

FASTAQIM: PART 3

FASTAQIM: PART 4

FASTAQIM: PART 5

FASTAQIM: PART 6

FASTAQIM: PART 7

 

P/s: Terdapat Sebahagian Audio Telah Di MUTE kan, Ini Kerana Video Tersebut Mengandungi Kandungan Lagu Hak Cipta ( Copyright)

Call Now Button