Zaman Jahiliyyah,  mereka membunuh anak perempuan. Di Zaman Firaun mereka membunuh anak lelaki. Manakala Di Zaman kita,  mereka membunuh anak lelaki dan perempuan. Antara banyak zaman, zaman mana paling teruk? 

Adakah kita sedar kita di akhir zaman yang penuh kekejaman dan kezaliman.

Dalam hidup ini,  kita tidak boleh paksa rasa kasih sayang itu. Allah lah yang mencampakkan sifat kasih sayang dan kesian itu pada hati HambaNya. Jika dalam keluarga ada perselisihan, baca ayat ini (Surah Taha, Ayat 39). 

وَأَلْقَيْتُ عَلَيْكَ مَحَبَّةً مِّنِّي وَلِتُصْنَعَ عَلَىٰ عَيْنِي

 Maksudnya : “dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu. 

Ayat ini juga boleh dibaca kepada anak yang degil atau pasangan yang Keras hati. Kaedahnya boleh di Baca pada air atau dibaca pada jasad. Ia sangat bagus Di amalkan untuk melembutkan hati anak-anak yang degil atau pasangan yang tak bersefahaman. Kita pun boleh amalkan doa ini. Terutama orang yang bawa agama. Bila kita bercakap mengenai agama, orang yang tidak ada agama akan bermusuh dengan orang yang ada agama. Jadi kita perlukan sangat pengawasan dan penjagaan Allah walau siapa pun kita

Bila kita naik kenderaaan , siapa yang boleh awasi kita melainkan Allah. 

Walaupun Firaun itu melampaui Batas . Allah wahyukan pada Nabi Musa untuk ceritakan Islam pada Firaun dalam keadaan lemah lembut dan teratur. Kita dalam berdakwah, jangan guna bahasa kasar. Kena bagi nasihat walaupun sejahat mana mereka pun. Guna bahasa yang baik dan lemah lembut. Guna kaedah yang terbaik dalam berdakwah. Allah ajar teknik berdakwah. Ada di sebut dalam surah Toha ayat 44. 

فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَّيِّنًا لَّعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَىٰ

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.

Walaupun Allah tahu perangai Firaun, Allah ajar teknik berdakwah pada Nabi Musa. Dakwah itu tak kenal pada siapa hatta pada Firaun yang mengaku Tuhan. Apatah lagi kepada pemimpin. Kena juga sampaikan Islam. 

3  kategori penuntut ilmu ;

1) Dengar kuliah dan rasa biasa sahaja

2) Dengar dan terima dengan hati

3) Dengar, terima dengan Hati dan Beramal dengan ilmu

Kita yang mana? 

#FatehteamNotaKuliah 

​Pengajian : Kuliah Tafsir TQ 137 | Surah Toha | Ayat 39 [170117] 

Bersama Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani

Surau Al Ansor, Seksyen2, Shah Alam

 

%d bloggers like this: