Manusia tidak dapat lari daripada detik kematian. Mereka sudah melihat detik sakaratul maut orang di sekeliling mereka. Tetapi mereka masih lagi leka dan tidak mengambil pengajaran daripada kematian tersebut.

Detik sakaratul maut berbeza dari seorang dengan orang yang lain mengikut amalan semasa hidupnya mereka. Secara umumnya kedatangan maut ini boleh berlaku secara tiba-tiba atau didahului dengan amaran. Tanda-tanda kematian ini boleh jadi berupa penyakit dan penderitaan yang memerlukan kesabaran. Kematian boleh berlaku tanpa sebarang tanda. Berapa banyak kemalangan atau bencana alam berlaku ketika manusia sedang berfoya-foya. Semuanya akan menghadapi kematian samada bersedia ataupun tidak.

“Setiap yang bernyawa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan. Dan kamu akan dikembalikan hanya kepada Kami.” (Al Anbiyaa’: 35).

Dalam ayat lain disebutkan:

“Tiap-tiap Yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya.” (Surah Ali Imran 3:185).

Ada juga Allah memberi peringatan dalam bentuk lain seperti:

“Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa. Dan yang kekal hanyalah tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan. Maka Yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, Yang kamu hendak dustakan? ” (Al Rahman 26-28);

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu sekalipun kamu berada dalam kota yang tinggi lagi kukuh” (al Nisa 78) ataupun

“Sesungguhnya kita ini milik Allah dan kepada Allah kita akan kembali” (Al Baqarah 156)

Detik sakaratul maut adalah menyakitkan. Kita boleh melihat bagaimana saudara kita menghadapi kematian. Bagi mereka yang ingkar dan kufur, kematian itu lebih menyakitkan lagi. Firman Allah:

Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: “Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?” Dan ia sendiri yakin, bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; Serta kedahsyatan bertindih-tindih; (Maka) kepada Tuhanmu lah – pada waktu itu – engkau dibawa (untuk menerima balasan). (Al Qiyamah 26-30)

Ayuh kita dalami beberapa topik penting yang di huraikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dalam Kitab Rahsia Kematian Alam Akhirat Dan Kiamat berkaitan kematian. Berikut adalah senarai Link untuk panduan semua.

 

1) BERTAUBAT KETIKA ROH KELUAR
Ketika ajal menjemput, tidak ada lagi gunanya seseorang bertaubat meminta ampunan kepada Allah SWT. Sebab pada saat itu pintu taubat telah ditutup, sehingga taubat yang dilakukan adalah taubat yang terlambat.

Sebagaimana firman Allah SWT, “”Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang – orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang diantara mereka, (barulah) ia mengatakan, ‘Sesungguhnya aku bertaubat sekarang,”” (QS. An-Nisa’: 18)

Kemudian dalam sebuah riwayat dari Abu Abdurrahman Abdullah Ibn Umar Ibn Al-Khattab disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, “”Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selama nyawanya belum sampai pada kerongkonganya,”” (HR. At-Tirmidzi dan ia betkata: Hadits hasan).

 

2) BERUNTUNG DAPAT ANAK SOLEH
Apabila di akhirat, orang yang meninggal dunia  boleh diangkat kedudukannya disebabkan doa  anak soleh . Rasulullah saw menjelaskan; bahawa darjat orang yang telah meninggal masih boleh terangkat. Orang yang telah meninggal itu terkejut dan tidak menyangka, “ya Allah, apa yang terjadi?” maka dijawab, “anakmu selalu meminta ampun untukmu”. (HR. Bukhari)

 
3) AJAL DATANG SPONTAN
Kematian datang berulang-ulang, menjemput setiap orang, orang tua maupun anak-anak, orang kaya maupun orang miskin, orang kuat maupun orang lemah. Semuanya menghadapi kematian dengan sikap yang sama, tidak ada kemampuan menghindarinya, tidak ada kekuatan, tidak ada pertolongan dari orang lain, tidak ada penolakan, dan tidak ada penundaan. Semua itu mengisyaratkan, bahwa kematian datang dari Pemilik kekuatan yang paling tinggi. 

Hanya di tangan Allah, pemberian kehidupan kepada manusia. Dan hanya di tanganNya, mengambil kembali yang telah Dia berikan pada ajal yang telah digariskan. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali Imran:185].

 
4) MATI DALAM UNTUNG
Orang yang meninggal kerana tenggelam, kerana kejatuhan bangunan atau tebing. Abu Hurairah meriwayatkan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda;

الشُّهَدَاءُ خَمْسَةٌ الْمَطْعُونُ وَالْمَبْطُونُ وَالْغَرِقُ وَصَاحِبُ الْهَدْمِ وَالشَّهِيدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

“Orang yang mati syahid itu ada lima; orang yang meninggal karena penyakit tha’un, sakit perut, tenggelam, orang yang kejatuhan (bangunan atau tebing) dan meninggal di jalan Allah.” (HR. Bukhari)

 
5) [SOALAN PENYESALAN DISANA]
Sesungguhnya pada suatu saat nanti, kita semua akan mati, akan menyesal dan tentu dengan kadar yang berbeza. Bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya, kerana  pada saat itu barulah terlihat dengan jelas  dari semua perbuatannya di dunia. Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana  ingin bersedekah. Namun kematian akan datang pada waktunya, tidak awal sesaat dan tidak lewat sesaat.
 

 
Ketahuilah kita adalah orang yang telah bertunang dengan kematian. Bersedialah untuk berkahwin dengannya. Berwasiatlah bagaimana kita mahu orang di sekililing kita lakukan untuk kita apabila kita menghadapi sakaratul maut. Kita sudah tidak mampu berkata-kata apabila berada dalam keadaan sedemikian. Bagaimana kita mahu anak isteri, kaum kerabat atau masyarakat membantu kita apabila berhadapan dengan kematian. Adakah kita mahu mereka mengadakan pesta di saat kematian kita? Adakah kita mahu mereka menunjukkan kemewahan yang kita berikan kepada mereka di saat tersebut?

Atau Adakah kita mahu anak kita yang soleh membelai lembut jasad kita sambil membisikkan kalimah syahadah di telinga kita? Jiran  tetangga datang memberi kata-kata yang baik dan mendoakan kita. Sahabat handai datang menyebut kebaikan kita agar pahala terus mengalir. Atau bagaimana? Ketahuilah bahawa saat kematian itu adalah bila-bila masa. Berwasiatlah bagaimana kita mahu menghadapi sakaratul maut. Dengarilah Cd Kompilasi Senafas Ke Barzakh agar kita boleh berwasiat pada keluarga kita apa yang kita ingin mereka lakukan untuk kita saat Sakaratul Maut.

Sebarkan ilmu dan kebaikan.
Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/
Sila Klik Gambar Di Bawah Ini :

Call Now Button