jangan-menikah-01.jpg.jpeg

Dikisahkan di sebuah pesta emas peringatan 50 tahun pernikahan dari sepasang nenek yang dikenali sangat romantis. Di meja makan mereka berdua tersedia hidangan ikan kegemaran pasangan tersebut. Sang datuk melayani sang nenek dengan mengambilkan kepala ikan, kemudian mengambil sisa ikan tersebut untuk dirinya.

Sang nenek berkata, “Suamiku, kita telah menikah 50 tahun, dan selama ini aku begitu mencintaimu. Namun terus terang, aku kecewa mengapa engkau selalu memberiku kepala ikan sehingga ke hari ini? Tahukah engkau sebenarnya aku sangat tidak suka makan kepala ikan? Selama 50 tahun ini, aku selalu berusaha memberikan bahagian daging terbaik untukmu dan hanya menyantap kepala ikan yang tidak enak ini. Engkau sungguh tidak memahamiku. Aku tidak tahan lagi untuk mengungkapkan hal ini.”

Mendengar ungkapan kekecewaan sang nenek, sang datuk terkejut dan hatinya sangat sedih mendengarkannya. Akhirnya, sang datuk pun menjawab, “Isteriku, saat engkau memutuskan menikah denganku, aku bertekad untuk selalu membahagiakanmu dengan memberikan yang terbaik untukmu.

Sejujurnya, hidangan kepala ikan ini adalah hidangan kesukaanku sejak kecil. Namun, aku selalu menyisihkan hidangan kepala ikan ini untukmu, kerana aku ingin memberikan yang terbaik bagimu. Semenjak menikah denganmu, tidak pernah lagi aku nikmati hidangan kepala ikan kegemaranku. Aku hanya menikmati daging ikan yang tidak aku suka kerana banyak tulangnya itu. Aku minta maaf, isteriku.” Mendengar hal itu, sang nenek pun menangis terharu. Mereka pun akhirnya berpelukan.

 

Kadang kala hanya kerana sedikit masalah dan salah faham , hubungan berakhir begitu sahaja tanpa persefahaman dan toleransi. Kualiti hubungan bergantung kepada sejauh mana kita mengenali pasangan kita, serta fahami mereka. Berlapang dada. Adakala kita perlu waktu untuk bersama pasangan kita. Sediakan waktu khusus untuk berbicara secara peribadi, dari hati ke hati. Bukalah interaksi dan komunikasi dengan komitmen melalui keterbukaan, berterus-terang, diiringi penyampaian yang baik, nescaya akan dapat mengeratkan hubungan itu.

Tidak semestinya apa yang Kita suka pasangan kita suka. Berterus-terang itu penting dalam proses mengenali pasangan Kita. Raikan perbezaan agar Kita boleh suai kenal dengan pasangan kita.

USTAZ AHMAD DUSUKI
PASANGAN DUNIA VS AKHIRAT

Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Mahligai Cinta Oleh Ustazah Norhafizah Musa.  :

👇

Call Now Button