KISAH perebutan harta pusaka berlaku di mana-mana. Hubungan adik-beradik ketika si ibu dan ayah masih ada sangat baik. Hubungan rapat di antara anak-anak menyebabkan si ibu dan ayah berasa lega. Jika suatu hari nanti ditakdirkan mereka menutup mata buat selama-lamanya, adakah anak-anak mampu menyelesaikan dan membahagikan harta yang ditinggalkan secara baik?

Masalah pembekuan harta pusaka bukan disebabkan faraid tetapi kurang pengetahuan tentang sistem pentadbiran harta pusaka. Perancangan harta hendaklah dibuat dengan baik untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu dan tidak menimbulkan masalah di kalangan ahli waris. Maka, perancangan harta lebih mudah sekiranya si mati telah berwasiat atau melantik wasi.

 

Pengurusan harta perlu dirancang dari awal bagi mencari kaedah terbaik untuk memanfaatkan harta kepada generasi akan datang tanpa berlaku perbalahan dan pertikaian serta perancangan harta yang tidak bercanggah dengan hukum faraid.

Apa itu wasiat dan kenapa penting untuk pengurusan pusaka? Ramai orang diluar sana salah faham fungsi wasiat sebenarnya.Jadi apa itu wasiat  sebenarnya?

Dari segi Imam Shafie adalah Pemberian atau sumbangan kepada orang lain setelah dia meninggal dunia.

Wasiat ialah iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati. 

Masalah pembahagian harta selalu timbul dan wujud dalam kalangan masyarakat Muslim kini. Masalah-masalah ini akan dirungkaikan dan bakal dijawab secara tersusun oleh para panel yang pakar dalam bidang Faraid serta mengetahui selok belok hukum-hakam faraid menerusi video di bawah.

Video ini sesuai untuk ditonton oleh masyarakat Muslim yang tergolong dalam golongan dewasa serta pada masa yang sama mengharap golongan anak muda untuk turut cakna mengenai kupasan faraid yang bakal diberikan. Moga pengisian ini dapat memberi kesedaran dan kefahaman betapa pentingnya pengurusan harta. 

 

Wasiat – Tanya Murabbi 

 Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Siapa Yang Patut Berwasiat?

  Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Kes Tuntutan Harta Sepencarian

   Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Kepentingan Wasi Dalam Urus Tadbir Pusaka

 Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Tanggungjawab Wasi 

 Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Syarat Menjadi Wasi

Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Celik Pusaka Bukan Saka

 Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Kepentingan Wasi Dalam Urus Tadbir Pusaka (Mula Tonton Di Minit 8:15)

 Penceramah : Ustaz Muhammad Salleh 
Tajuk : Celik Pusaka, Bukan Saka (Mula Tonton Di Minit ke 4.30)

Moga dengan perkongsian ini dapat memberi kefahaman pendidikan ilmu faraid khususnya kepada diri masyarakat. Di samping itu, anda yang menonton akan lebih memahami peranan anda untuk mengurus harta dengan lebih bijak selain berfokus untuk mengumpul harta di muka bumi Allah ini.

 

Senafas Ke Barzakh  : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Sila Klik Gambar Di Bawah :

%d bloggers like this: