Di antara ilmu terawal yang di cabut oleh seseorang adalah ilmu khusyuk sehingga kita tidak terasa yang kita telah kehilangan ilmu khusyuk.

Sewaktu kita solat perlunya khusyuk. Kenapa pentingnya khusyuk dalam ibadah? Dengan tujuan untuk menjadikan ibadah solat kita hidup. Nilainya solat yang hidup kerana ia adalah satu nikmat.

Solat keluar dari jasad kita bagaikan makhluk. Jika kita jaga solat tersebut, solat tersebut akan mohon pada Allah, Moga-moga Allah menjaga kamu seperti kamu menjaga kami.

Apa yang berlaku sekiranya solat itu tidak dijaga dan tidak khusyuk? Solat tersebut akan memohon pada Allah, Allah akan mensia-siakan kamu seperti mana kamu mensia-siakan kami. Selepas itu ia koyak2-koyakkan tubuh badannya sebagaimana di koyaknya kain buruk dan di tampar-tampar ke atas muka kita kerana tidak puas hati nya terhadap solat yang dilakukan kita.

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al-Ma’un: 4-5)

Pentingnya khusyuk dalam solat. Solat bagaikan makhluk yang menghidup dan mencantikkan peribadi kita. Jika peribadi seseorang buruk, cuba check dan muhasabah solat. Untuk betulkan diri, betulkan solat.

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai  penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah: 45-46)

image

 

Kesedaran dan pemahaman tentang hakikat solat yang sebenar merupakan faktor utama jika kita ingin miliki solat yang khusyuk.

Apakah itu solat? Apakah pengertian solat buat kita? Adakah pemahaman kita terhenti sekadar solat itu hanyalah satu ibadah yang wajib ditunaikan? Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu tempat yang sangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Untuk merasakan Allah itu sangat dekat di hati kita, syaratnya ialah mestilah kita beriman dengan keimanan yang sebenar, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. Dan kita dapat merasakan kemanisan iman itu. Jika iman kita lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hati kita kepada cinta dunia, mustahil kita akan dapat merasakan kedekatan Allah. Apa khabar iman kita saat ini?

 

image

 

Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana banyaknya maksiat yang kita lakukan dengan melanggari perintah Allah. Menyebabkan hati mulai menjadi hitam. Oleh itu makin sukar untuk kita menerima bisikan nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita mula dengari. Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungi kejumudan nafsu adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.

 

image

 

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Suatu masa Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda berkata: “Kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum solat”.

Lelaki itu lalu solat semula seperti tadi, tetapi Rasulullah SAW tetap menyatakan yang sama iaitu menyuruh lelaki itu solat semula kerana menurut Rasulullah SAW, lelaki itu belum mengerjakan solat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali. Lalu lelaki itu berkata: Demi zat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku.

Baginda pun mengajarnya: Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan duduk. Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis di atas terkandung rahsia meraih solat yang khusyuk yang diajarkan terus oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tomakninah bertujuan untuk memberikan kita kekosongan fikiran.Tomakninah bukan sahaja bererti tenang pada anggota badan tetapi juga tenang fikiran.

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa: 103)

Apabila anggota badan tenang dan fikiran juga tenang, maka kita akan bersedia (alert) dan fokus.  Seringkali apabila kita solat dan terlalu mengambil mudah akan perihal solat kita, kita akan mula memasuki mode automatik dan fikiran kita akan segera melayang memikirkan perkara-perkara yang tidak selari dengan apa yang kita lakukan dan apa yang kita sebut ketika sedang rukuk, iktidal, duduk dan sujud.

Ini serupa dengan perlakuan kita sewaktu bercakap sambil memandu kereta di mana fikiran kita dapat memproses pemanduan dan keadaan sekeliling jalanraya secara tidak sedar (unconscious) walaupun kita sedang asyik berbual.

Ketidakhadiran minda sedar inilah yang mengakibatkan khusyuk tidak mudah diraih. Dengan tomakninah, yakni dengan diam seketika bagi tujuan mengosongkan fikiran, kita akan berupaya untuk  mengalihkan bacaan dan perbuatan dalam solat dari minda tidak sedar kepada minda sedar (conscious) dan supaya apa yang kita ucapkan itu selari dengan apa yang kita lakukan.

 

image

7 Tips Mudah untuk Miliki Solat Yang Khusyuk 

  1. Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat pada waktunya
  2. Menyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecil
  3. Menyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNya
  4. Diam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-Fatihah
  5. Segera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-Nya
  6. Merasakan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidup
  7. Merasakan IHSAN

“Apakah itu Ihsan?

Baginda menjawab: Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.”  (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita solat setiap hari. Sepatutnya makin lama kita solat, makin berkualiti dan makin khusyuk. Tapi ketika solatlah hati kita merayau dari daerah ke daerah yang lain. Sentap dengan kuliah ustaz.

Mungkin kita pernah alami situasi begini. Mencari jawapan bagaimana ingin miliki khusyuknya solat seperti sahabat Rasulullah. Bagaimana ingin menjadikan solat itu sebagai nikmat.

SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK TEMPAHAN CD KOMPILASI KHUSYUK SOLAT

Alhamdulillah dengan izin Allah, Fatehteam dapat kumpulkan silibus tentang khusyuk solat secara terperinci melalui pengajian kitab Tazkiyatun Nafs. Dihuraikan secara detail oleh Ustaz Ahmad Dusuki dan apakah 6 rahsia untuk miliki solat khusyuk dan jadikan kita tak sabar untuk solat. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat😊

 

USTAZ AHMAD DUSUKI

KEHILANGAN ILMU KHUSYUK

#FatehteamNotaKuliah

12Dec 2019

10 Tanda Gangguan Ketika Tidur  1. Mimpi yang menakutkan berlaku secara berulang 2. Mimpi jatuh dari tempat tinggi 3. Mimpi tempat kotor yang menjijikkan seperti tandas 4. Mimpi menyusukan @ mendukung bayi 5. Mimpi air yang banyak atau lemas di lautan 6. Mimpi dikejar @ diserang binatang bisa seperti ular , kala jengking, anjing, serigala […]

30Nov 2019

Pagi masih lagi muda. Aku mendekati seorang mak cik yang terlihat sedang keletihan dalam mencari ritma nafas yang selesa. Dadanya turun naik mencari oksigen untuk diisi ke dalam paru-paru. Senyuman masih juga dihadiahkan kepadaku. “Assalamualaikum mak cik. Mak cik masuk  wad ni kenapa ye mak cik? Hari ni rasa macam mana?” Tanyaku sebagai permulaan. File pesakit kubelek […]

22Nov 2019

Jika ahli keluarga kita sedang sakit dan tiba-tiba nazak, bagaimana untuk kenali tanda-tanda orang yang sedang nazak? Selepas saat nazak, mereka akan mengalami proses sakaratulmaut dan kematian. Keadaan orang yang nazak ni, kita kena kenalpasti dan wajib kita tahu cara untuk uruskannya bagaimana. Saat nazak tersebut, ahli keluarga terdekat boleh hubungi ahli keluarga dan anak-anak […]

22Nov 2019

“Ya Allah, jangan kau biarkan syaitan menggonggong iman aku dalam masa lima minit ini sedangkan aku telah istiqamah selama 60 tahun dan aku memohon sangat-sangat kepada kamu wahai Allah, tolong hantarkan malaikat rahmat untuk membantu aku ketika sakaratul maut.” Barangsiapa yang mengamalkan tiga perkara ini iaitu dia yakin, istiqamah dan dia sentiasa membacakan satu doa […]

15Nov 2019

14 amalan yang dapat dikirim sebagai hadiah kepada ibubapa selepas ajal menjemput mereka terlebih dahulu dari kita  1 – Pengurusan Jenazah Ramai yang memandang remeh urusan jenazah ibubapa kita kerana beranggapan ada pihak lain yang lebih pakar. Maka cukuplah membayar khairat kematian dan biarkan jenazah dua insan tiada galang ganti ini diuruskan orang lain. Orang […]

15Jul 2019

Jika rumah kita kemas dan tersusun, kita akan sentiasa bersedia untuk meraikan tetamu. Begitu juga kehidupan kita. Jika sentiasa melakukan amal soleh, kita sentiasa bersedia untuk bertemu Allah.  Ajal itu datang tepat pada waktunya. Tidak cepat sesaat dan tidak lambat sesaat. Sentiasa berdoa penuh harap pada Allah moga Allah akhirkan hidup kita dalam husnul khotimah.  Hidup adalah […]

Call Now Button