Di antara ilmu terawal yang di cabut oleh seseorang adalah ilmu khusyuk sehingga kita tidak terasa yang kita telah kehilangan ilmu khusyuk.

Sewaktu kita solat perlunya khusyuk. Kenapa pentingnya khusyuk dalam ibadah? Dengan tujuan untuk menjadikan ibadah solat kita hidup. Nilainya solat yang hidup kerana ia adalah satu nikmat.

Solat keluar dari jasad kita bagaikan makhluk. Jika kita jaga solat tersebut, solat tersebut akan mohon pada Allah, Moga-moga Allah menjaga kamu seperti kamu menjaga kami.

Apa yang berlaku sekiranya solat itu tidak dijaga dan tidak khusyuk? Solat tersebut akan memohon pada Allah, Allah akan mensia-siakan kamu seperti mana kamu mensia-siakan kami. Selepas itu ia koyak2-koyakkan tubuh badannya sebagaimana di koyaknya kain buruk dan di tampar-tampar ke atas muka kita kerana tidak puas hati nya terhadap solat yang dilakukan kita.

Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al-Ma’un: 4-5)

Pentingnya khusyuk dalam solat. Solat bagaikan makhluk yang menghidup dan mencantikkan peribadi kita. Jika peribadi seseorang buruk, cuba check dan muhasabah solat. Untuk betulkan diri, betulkan solat.

“Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai  penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya” (Al-Baqarah: 45-46)

image

 

Kesedaran dan pemahaman tentang hakikat solat yang sebenar merupakan faktor utama jika kita ingin miliki solat yang khusyuk.

Apakah itu solat? Apakah pengertian solat buat kita? Adakah pemahaman kita terhenti sekadar solat itu hanyalah satu ibadah yang wajib ditunaikan? Bagi yang merasa sukar untuk solat dengan khusyuk, dan merasa bahawa Allah berada di satu tempat yang sangat jauh dan sukar untuk dihubungi, ketahuilah bahawasanya yang jauh itu bukan Allah tetapi hati kita yang sudah dihinggap penyakit cintakan dunia.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), “Aku itu dekat”. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Untuk merasakan Allah itu sangat dekat di hati kita, syaratnya ialah mestilah kita beriman dengan keimanan yang sebenar, yakni percaya dengan sepenuh keyakinan terhadap kewujudan dan keagungan Allah SWT. Dan kita dapat merasakan kemanisan iman itu. Jika iman kita lemah kerana sudah dibahagikan sebahagian besar hati kita kepada cinta dunia, mustahil kita akan dapat merasakan kedekatan Allah. Apa khabar iman kita saat ini?

 

image

 

Antara sebab mengapa sukar untuk meraih khusyuk di dalam solat adalah kerana banyaknya maksiat yang kita lakukan dengan melanggari perintah Allah. Menyebabkan hati mulai menjadi hitam. Oleh itu makin sukar untuk kita menerima bisikan nurani dari Allah SWT. Sebaliknya bisikan syaitan yang melalaikan kita mula dengari. Hati yang keras membatu akibat terlalu mencintai dunia dan diselubungi kejumudan nafsu adalah mustahil untuk disirami dan dibasahi dengan siraman Nur hidayah-Nya.

 

image

 

“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya? Baginda menjawab: Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Suatu masa Rasulullah SAW memasuki masjid, lalu masuk seorang lelaki ke masjid untuk melakukan solat. Selesai solat, ia mendatangi Rasulullah seraya mengucapkan salam. Setelah menjawab salam, Baginda berkata: “Kembalilah ke tempatmu dan solatlah, kerana sesungguhnya engkau belum solat”.

Lelaki itu lalu solat semula seperti tadi, tetapi Rasulullah SAW tetap menyatakan yang sama iaitu menyuruh lelaki itu solat semula kerana menurut Rasulullah SAW, lelaki itu belum mengerjakan solat (secara sepatutnya). Hal ini berulang sampai tiga kali. Lalu lelaki itu berkata: Demi zat yang mengutuskan engkau dengan kebenaran, aku tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini, maka ajarlah aku.

Baginda pun mengajarnya: Apabila engkau berdiri menunaikan solat maka bertakbirlah, kemudian bacalah ayat al-Quran yang mudah bagimu, kemudian rukuklah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau rukuk, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan engkau iktidal, kemudian sujudlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan sujud, kemudian bangkitlah sehingga engkau tomakninah dalam keadaan duduk. Engkau buatlah yang demikian itu dalam semua solat engkau.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis di atas terkandung rahsia meraih solat yang khusyuk yang diajarkan terus oleh Rasulullah SAW kepada kita. Tomakninah bertujuan untuk memberikan kita kekosongan fikiran.Tomakninah bukan sahaja bererti tenang pada anggota badan tetapi juga tenang fikiran.

“Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, Maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.” (An-Nisa: 103)

Apabila anggota badan tenang dan fikiran juga tenang, maka kita akan bersedia (alert) dan fokus.  Seringkali apabila kita solat dan terlalu mengambil mudah akan perihal solat kita, kita akan mula memasuki mode automatik dan fikiran kita akan segera melayang memikirkan perkara-perkara yang tidak selari dengan apa yang kita lakukan dan apa yang kita sebut ketika sedang rukuk, iktidal, duduk dan sujud.

Ini serupa dengan perlakuan kita sewaktu bercakap sambil memandu kereta di mana fikiran kita dapat memproses pemanduan dan keadaan sekeliling jalanraya secara tidak sedar (unconscious) walaupun kita sedang asyik berbual.

Ketidakhadiran minda sedar inilah yang mengakibatkan khusyuk tidak mudah diraih. Dengan tomakninah, yakni dengan diam seketika bagi tujuan mengosongkan fikiran, kita akan berupaya untuk  mengalihkan bacaan dan perbuatan dalam solat dari minda tidak sedar kepada minda sedar (conscious) dan supaya apa yang kita ucapkan itu selari dengan apa yang kita lakukan.

 

image

7 Tips Mudah untuk Miliki Solat Yang Khusyuk 

  1. Menghormati dan menyahut panggilan azan dengan menyegerakan solat pada waktunya
  2. Menyempurnakan wudhuk pada zahir dan batin dan menyakini bahawa wudhuk itu dapat membersihkan dosa-dosa kecil

  3. Menyakini akan penghadapan kepada Allah dan menjaga segala pantang larang dan adab ketika menghadapNya

  4. Diam sejenak ketika rukuk dan sujud supaya dapat merasakan kenikmatan rukuk dan sujud itu sebelum menuturkan bacaan yang harus dibaca serta merehatkan fikiran dan memahami pengertian solat pada setiap rukunnya. Hayatilah perbualan spiritual dua hala di antara hamba dengan Allah di dalam surah Al-Fatihah

  5. Segera bertaubat dan menjauhkan diri daripada melakukan dosa besar mahupun dosa-dosa kecil yang kerap dilakukan sehingga mengakibatkan hati menjadi hitam dan menghalang sampainya nur hidayah Allah. Seandainya dalam keadaan berdosa, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu luas. Serahlah diri dan sambutlah pengampunan-Nya

  6. Merasakan solat yang dilakukan itu sebagai solat yang terakhir dalam hidup

  7. Merasakan IHSAN

“Apakah itu Ihsan?

Baginda menjawab: Sesungguhnya kamu beribadat kepada Allah seolah-olah kamu melihatnya, walaupun kamu tidak melihatnya, akan tetapi Allah melihat kamu.”  (Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita solat setiap hari. Sepatutnya makin lama kita solat, makin berkualiti dan makin khusyuk. Tapi ketika solatlah hati kita merayau dari daerah ke daerah yang lain. Sentap dengan kuliah ustaz.

Mungkin kita pernah alami situasi begini. Mencari jawapan bagaimana ingin miliki khusyuknya solat seperti sahabat Rasulullah. Bagaimana ingin menjadikan solat itu sebagai nikmat.

SILA KLIK GAMBAR INI UNTUK TEMPAHAN CD KOMPILASI KHUSYUK SOLAT

Alhamdulillah dengan izin Allah, Fatehteam dapat kumpulkan silibus tentang khusyuk solat secara terperinci melalui pengajian kitab Tazkiyatun Nafs. Dihuraikan secara detail oleh Ustaz Ahmad Dusuki dan apakah 6 rahsia untuk miliki solat khusyuk dan jadikan kita tak sabar untuk solat. Semoga lebih ramai yang mendapat manfaat😊

USTAZ AHMAD DUSUKI

KEHILANGAN ILMU KHUSYUK

#FatehteamNotaKuliah

18Mar 2019

Iman kita terkadang naik dan turun. Begitu juga semangat kita. Up and down. Kadang-kadang kita rasa bahagia. Terkadang kita rasa gelisah. Terkadang terasa sedih membuai jiwa. Terkadang terasa sunyi dan sendiri. Ada kalanya merasa gembira dan senang hati. Itulah perasaan, tak nampak. Tapi dapat di rasa. Allah berikan pelbagai perasaan di hati ini. Untuk kita […]

07Mar 2019

Apa yang kita buat sekiranya ada yang berbuat jahat kepada kita, menzalimi kita, menyakiti kita, dan melakukan bermacam-macam perkara yang kurang baik terhadap diri kita. Pastinya sukar untuk membalas kebaikan. Tenang. Tanyakan pada diri. Kalau kita buat baik kepada orang yang buat baik kepada kita, itu tandanya kita buat baik kerana diri kita.. bukan kerana […]

20Feb 2019

6 WAKTU PALING MUSTAJAB UNTUK BERDOA 1. WAKTU ANTARA AZAN DAN IQAMAH Semasa azan berkumandang, pintu langit terbuka dan doa mudah dimakbulkan bagi hamba yang taat. Allah turut mengurniakan waktu istimewa untuk hambaNya yang berdoa pada awal waktu solat iaitu antara azan dan laungan iqamah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Doa di antara azan dan iqamah […]

15Feb 2019

Assalamua’laikumwarahmatullah.. Insyaallah, mudah-mudahan sebagai jalan ikhtiar, mari kita buat air penawar sendiri, untuk apa jua niat yang baik-baik, khususnya untuk kesihatan/ kecerdasan mental, fizikal, emosi dan kesucian diri zahir dan batin. Bagaimana cara untuk buat air penawar untuk diri sendiri dan anak-anak? Amalan ini ustazah rujuk dalam kitab ‘Dua’ al-solihin’ ( doa orang-orang soleh), karangan […]

15Jan 2019

Pesan pada hati, agar sentiasa memulakan hari dengan bersyukur. Sesungguhnya, syukur itu mengusir kegelisahan, menghilangkan sangka buruk, melebur takbur, meredakan marah dan menjauhkan hasad. Alhamdulillah itu bukan hanya penyudah…tetapi juga satu muqadimah. Orang bersyukur bicaranya lunak, bahasanya lembut dan banyak tersenyum. Syukur itulah yang menjemput rezeki, ketenangan dan keberkatan dalam hidup! Syukur menjadikan kita bahagia. Bahagia itu pastinya […]

11Jan 2019

Harga diri pastinya jauh lebih mahal dari harga sebutir intan berlian. Ini kerana Allah telah memasukkan pada diri kita “perhiasan” berbentuk hati dan perasaan. Maka dengannya kita mampu merasa dan memilih baik dan buruk, iman atau kufur. Sudahkah anda memilihnya di hari ini? JANGAN MERASA DIRI BAIK Jangan merasa diri kita ” Baik ” walaupun […]

%d bloggers like this: