Cantik itu subjektif. Cantik mempersona. Apa yang kita faham tentang cantik? Semua inginkan kecantikan. Dan harini kita nak bercakap tentang cantik tapi dari sudut yang lain. Al-Quran dan hadis ada menyebut perkataan ” JAMIL “. Jadi ada beberapa keadaan yang menggambarkan kecantikan yang sebenarnya.

Yang pertama ialah ‘ SOBRUN JAMIL ” yang bermaksud sabar yang baik, sabar yang indah, sabar mempersona dan sabar sehingga adapun sabar yang tidak ada keluhan padanya. Itulah sobrun jamil, tidak mengeluh.

Kalau mengeluh pun hanyalah sedikit sangat semata mata mengadu, merintih, merayu, menyerahkan kembali urusan kepada Allah.

Ada 3 jenis Cantik Yang Mempesona
1. “SOBRUN JAMIL”
🌸 Iaitu sabar yang terbaik, sabar yang indah, sabar yang mempersona dan sabar yang tidak ada keluhan padanya.
🌸 Jika mengeluh pun sikit sangat iaitu hanyalah mengadu, merintih, merayu dan menyerahkan kembali urusan kepada Allah.

2. “SAFHUN JAMIL”
🌸 Iaitu memaafkan.
🌸 Memaafkan ni benda baik tapi ada memaafkan ni banyak lukakan hati orang lain. Bagaimana tu?
🌸 Maksudnya kita kata kita memaafkan tapi kita masih mengungkit ungkit lagi tentang kesalahan mereka.
🌸 Kita sepatutnya memaafkan dan dalam masa yang sama tidak menyakitkan hati orang lain.

3. “KHOIRUN JAMIL”
🌸 Iaitu buat kebaikan tetapi tidak rasa mengeluh mahupun terpaksa.
🌸 Rasa seronok apabila melakukan kebaikan.
🌸 Itulah yang digambarkan dengan kebaikan dalam islam.

Begitu indah dan begitu cantik sekali. Antara ketiga di atas kita yang mana? Tepuk dada, muhasabah Iman.

Penceramah : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Cantik Mempesona

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada video ini.
InsyaAllah.

Kapsul : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Cantik Mempesona
Olahan : Mardhiah Mustapha
Terbitan : Fateh Team

 Klik Gambar Di Bawah Untuk Dapatkan CD Kuliah PERCUMA  : 👇👇👇👇

 

 Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz : https://goo.gl/ghXoJF

Sila Klik Gambar Di Bawah Untuk Info Lanjut : 👇👇👇👇

 

 

Rancangan JomToJannah Bersama Ustazah Norhafizah Musa di page Facebook JomToJannah www.facebook.com/jomtojannah

Sila Klik Gambar Di Bawah Untuk Info Lanjut : 👇👇👇👇

Call Now Button