Biodata Ustazah Norhafizah Musa

Ustazah Norhafizah Musa atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Cik mendapat pendidikan pada peringkat Sarjana Muda di Universiti of Yarmouk, Jordan dalam bidang Sastera Bahasa Arab dan Pengajian Islam. Seterusnya beliau menyambung pengajian pada peringkat sarjana di Universiti Malaya di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan. Pada usia mencecah 43 tahun dan ibu kepada  tujuh orang anak ini telah menerima Penganugerahan Doktor Falsafah (PhD)  dari Akademi Pengajian Islam.

Oktober 2018, Ustazah Norhafizah telah  menerima anugerah pengajian PhD, bahkan beliau turut dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Daerah Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus 1440 Hijrah bersamaan 2018 Masihi.

Ustazah Norhafizah Musa bertugas sebagai pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur. Kemahiran khusus beliau adalah Psikoterapi Dakwah dan Pembangunan Insan. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Ustaz Dr. Azahar Yaakub dan dikurniakan dengan tujuh cahaya mata.

Penglibatan beliau dalam dunia dakwah bermula sejak kepulangannya dari Jordan lagi. Kini beliau merupakan penulis buku, kolumnis majalah, panel tetap slot Usrati di ikim fm, panel program Tanyalah Ustazah TV9, Al-Hidayah TV3, Forum Perdana TV1, dan lain-lain program penerbitan bersifat keagamaan.

Selain aktif di radio dan televisyen Ustazah Norhafizah Musa merupakan master trainer ( pembimbing pelatih ) untuk konsultan Daraini Management Academy dan master trainer untuk Syarikat Airbone Discovery Sdn.Bhd. Beliau telah mengasaskan banyak modul dalam pelatihan untuk remaja, wanita dan korporat.

Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Dr Azahar Yaakub merupakan Pengerusi Dan Penasihat kepada Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz di Gombak. Beliau juga telah mencetuskan rancangan beliau sendiri iaitu Rancangan JomToJannah. Boleh ikuti rancangan JomToJannah di www.facebook.com/jomtojannah atau www.youtube.com/jomtojannah

Sila Klik Gambar Di Bawah ini untuk dapatkan Siri Kuliah Ustazah Norhafizah Musa :

Call Now Button